Wasiat Tak Guna [1]

10.3K 166 14
                                    

Semenjak kematian abah, kehidupan kami terus berubah 360°. Aku kini merasa kehilangan seorang abah yang aku benci sehingga akhir hayatnya. Terdetik dihati ini kenapa aku boleh membenci abah kandung aku sendiri. Kini, aku mencuba untuk memaafkan abah atas apa yang berlaku. Kalaulah abah tidak melakukan perkara sedemikan rupa tentu tiada rasa benci tersurat didalam hati ini. Umi, merupakan wanita paling tabah yang pernah aku jumpa selama aku hidup 24 tahun ini. Walaupun diduakan oleh abah, di pulau oleh keluarga, dijadikan buah mulut paling hangat di kampung, umi masih kekal tabah menerima segala dugaan hidup. Masih menyayangi abah seadanya walaupun ada perempuan jalang yang merebut abah dari umi. Jika tidak kerana perbuatan abah, semua ini tidak akan berlaku.

"Aleesya. Esok pagi peguam arwah abah nak jumpa kita sekeluarga dekat rumah arwah abah."

"Rumah abah? Rumah perempuan jalang tu? Buat apa nak pergi ke sana, umi? Enough with all this shit, umi. Cukuplah dengan apa yang telah abah lakukan dengan kita."

"Aleesya. Jangan cakap arwah abah macam tu. Walau apa pun yang telah arwah abah lakukan, dia tetap abah Aleesya. Kita pergi kat sana sebab peguam abah nak bagitahu tentang wasiat arwah abah. Wasiat penting katanya."

"Wasiat penting? Wasiat apa juga, umi? Ada lagikah bahagian untuk kita, umi? Semenjak abah khawin dengan perempuan jalang tu, mustahillah abah nak bagi kita harta dia tu lagi. Mesti dia dah bagi perempuan jalang gila harta tu. Ataupun anak luar nikah mereka tu."

"Astagfirullah, Aleesya! Apa yang kamu katakan ni? Tak baik cakap macam tu kalau kita tak tahu perkara yang sebenar."

"Whateverlah, umi. Tapi, sampai detik ini Aleesya takkan maafkan perempuan jalang dan anak luar nikah mereka tu. Kalau tak kerana mereka, hidup kita ni takkan jadi macam ni, umi. Okaylah, malas nak bertekak dengan umi. Aleesya nak release tension jap."

Wasiat apa juga yang penting sangat tu sampai aku dengan umi kena pergi rumah perempuan jalang tu? Apa lagi masalah yang abah nak bagi dekat aku ngan umi ni? Tak cukup-cukup lagi kah dia sakitkan hati aku, hati ibu.. Malukan umi. Malukan aku. Buat semua orang benci dekat aku dan umi? Dah mati pun masih nak bagi orang masalah? Aku tak paham betul dengan semua orang. Umi pun satu. Kenapa umi nak bela perempuan jalang ngan anak haram mereka tu? Kan dua makhluk Allah tu yang buat umi sedih, sakit hati. Tak paham betul dengan perangai umi ni.
Esok pagi, aku bersiap awal sebab umi kejutkan aku dan kata pembacaan wasiat bodoh tu dimulakan seawal 9.00pagi. Bodoh betul, setakat nak baca wasiat bodoh tu nak suruh aku bangun awal. Aku memakai baju kurung biasa yang selalu aku gunakan ke pejabat. FYI, walaupun aku ni nampak macam kasar atau dalam perkataan lain kurang ajar dan juga orang berada, aku tetap seorang perempuan yang masih mengekalkan budaya memakai baju kurung ni. Baju kurung cantik apa? Orang lain jer bodoh cakap pakai baju kurung ni macam orang kampung. Well, aku kesah apa dengan apa orang cakap? Tersumbat dah telinga aku ni nak dengar apa orang cakap semenjak banyak kata cacian yang aku terima dahulu.

Selepas siap memakai lipstick Maybeline rona merah, aku mengambil kunci Toyota Vios yang terletak di meja make-up. Hmm, kereta pemberian abah sewaktu birthday aku yang ke-18 tahun. Kereta ini sehingga sekarang aku guna masih tiada cacat celanya. Aku menggunakannya dengan cermat dan selalu membawanya untuk servis. Aku masuk ke dalam kereta, diikuti oleh umi yang juga memakai baju kurung moden hitam berserta shawl kuning susu. Warna kegemarannya. Aku? Shawl? Tudung? Hmm, belum terbuka pintu hatiku ni nak bertudung. Mungkin lepas aku kahwin? Ada jugak ker lelaki nak kahwin ngan aku ni? Memang confirm merana lah hidup lelaki malang tu. Or maybe dapat hidayah dari Allah S.W.T? Entahlah. Buat masa ni, aku belum terfikir untuk bertudung.

Isteri Atas KertasWhere stories live. Discover now