Bab 12 : Terperangkap

Start from the beginning
                                    

"Hani..?"

"Y-Ya..."

Izzah teriak gembira. "Baguslah, kau dah sedar! Duduk?"

"Ya..."

Lalu Izzah pun membantu Hani untuk duduk dari pembaringannya.

"Kita di mana?"

Izzah tertawa. Itulah kali kelima dia ditanya soalan sama.

"Sebenarnya... Kami pun tak pasti..."

"Aku... Aku mimpi...-"

Raut Fithri berubah serta-merta. Terkejut.

"Kau bermimpikan kenangan kau dahulu?" tanya Fithri. Hani mengangguk.

"Ya... Kenangan dan memori aku apabila berkawan dengan Azim dulu-dulu. Memori tu diimbas kembali dalam mimpi aku tadi, macam tayangan filem saja!"

Semua yang mendengar melopong. Tidak berkerdip langsung mata mereka.

Teriakan Azim mengejutkan semua orang, "aku pun! Aku juga bermimpikan memori fasal kita berdua!"

"Samalah dengan aku," Hafiz menyampuk, "aku bermimpikan ingatan aku mengenai bagaimana aku mula-mula berkawan baik dengan Izzah. Kau pun sama, Izzah?"

"Ya, aku pun bermimpikan kenangan kita dulu."

Keluhan berat Fithri dilepaskan. Kecewa menguasai diri. Durjanya ketika itu, sesiapa pun boleh tahu apa yang mengganggu jiwanya.

Kerana dia juga bermimpikan memori bersama kawan baiknya.

"Bersabarlah, Fithri..." Hani memujuk.

"Aku... aku tak percaya Raja dah tiada..." Fithri tidak menangis walaupun suaranya sudah berubah.

"Sudah tertulis takdir Raja pergi meninggalkan kita. Kita tak mampu berbuat apa-apa lagi dah..."

"Ya, kata Hafiz tu betul. Maafkan kami, Fith. Bersabarlah, kami juga sedih..." Izzah memeluk Fithri, bersama-sama dengan Hani. Pelukan itu menenangkan sedikit Fithri, namun air matanya mengalir juga.

"Hei, hei. Sudah-sudahlah tu. Aku dah senak perut dah ni." lawaknya membuat Izzah dan Hani melepaskan pelukan dengan tawa. Fithri mengalih pandangan ke arah dua orang lagi rakannya.

"Wei, Irdina, Diyana! Senyap saja kamu berdua? Marilah, duduk di sini! Tak letihkah, berdiri lama?"

Ajakan Fithri tidak disambut ceria seperti selalu. Hanya gelengan dan senyuman kecil sahaja dibalas oleh Diyana. Irdina? Dari tadi berwajah sedikit kelat. Situasi ini membuatkan yang lain-lain berasa sedikit risau akan dua rakan mereka itu.

...

"Ha! Aku ada idea!"

"Tak, Hani. Kita tiada telefon bimbit untuk call polis."

"Oh. Aku lupa kita pakai baju ni."

"Baju macam baju banduan, cuma berwarna putih."

"Haha, ya..."

...

"Kita patut cari cara untuk keluar dari sini."

"Betul kata Hafiz. Marilah, kita berbincang-"

Pintu dibuka tiba-tiba. Seseorang yang berpakaian sut Hazmat meletakkan perlahan-lahan sedulang makanan yang dibawanya tadi di lantai bilik. Kemudian orang itu keluar menutup pintu kembali.

"Arh, kita patut pukul dia dan keluar ketika pintu masih terbuka!"

Betapa benarnya pernyataan Fithri sehingga semua orang menepuk dahi. Serentak.

HilangWhere stories live. Discover now