Aku alihkan punggung ke lantai. Aku lihat saja Mak mencedok nasi ke dalam pingganku sebelum Mak meletakkannya di hadapanku. Lauk ayam masak merah aku ambil.

  "Kenapa tadi Hafiz termenung?" tanya Mak lagi. Senyuman palsu aku ukirkan sambil menggeleng-geleng, cuba mengatakan bahawa aku tidak apa-apa.

  "Beritahu sajalah. Nak berahsia pula~"

  Aku mengeluh sedikit. Satu demi satu, aku ceritakan apa yang terjadi di sekolah pagi tadi. Aku sudah biasa berborak, mengadu masalah dan mengadu domba kepada Mak. Mak yang umurnya masih dalam era 20-an berperangai sporting dan masih seperti remaja bermasalah. Ciri-ciri Mak itu membuatkan aku tidak teragak-agak untuk berkongsi kisah atau masalah hidup aku ni.

  "*#*#*#*##*"

  "Mak... Bukankah Mak kata supaya jangan bercakap ketika mulut penuh?" aku ejek Mak. Kami berdua ketawa sedikit.

  "Huh... Oh ya, apa tadi? Ah. Jadi Mak agak kamu agak sedihlah sekarang ni?"

  "Hmm."

  Suasana di ruang tamu senyap seketika. Aku mula menyuap makanan mengisi perut yang kelaparan.

  "Hafiz tahu tak apa maksud kawan baik sebenarnya?"

  Aku hanya mengangkat bahu.

  "Kawan baik ialah sahabat istimewa yang selalu ada di sisi kita dalam suka dan duka. Kawan baik juga pasti ada masa untuk kita. Kita cuma perlu pilih seorang dua kawan baik... Dan mereka tidak pilih Hafiz sebagai kawan baik mereka. Mereka anggap Hafiz sebagai kawan biasa sahaja..."

  "T-Tapi... Hafiz masih nak berkawan baik dengan semua orang!"

  "Hafiz... Cuba bayangkan. Ada lima kawan baik Hafiz ajak Hafiz berjalan-jalan pada waktu yang sama namun ke tempat yang berbeza. Hafiz nak pilih siapa?"

  Aku terkedu. Air sirap limau ais aku teguk sedikit.

  Mak menyambung lagi, "Hafiz perlu buat seorang kawan baik. Sebab kawan baik mempunyai jalinan yang lebih istimewa dan unik daripada kawan biasa.

  Apabila Hafiz sudah jumpa kawan baik nanti, Hafiz jadilah seorang kawan baik kepadanya juga. Masing-masing menjaga antara satu sama lain. Boleh?"

  Aku pandang Mak lalu mengangguk. Perasaan aku waktu itu? Bercampur baur. Tak tahu nak kata apa.

  "Jadi? Hafiz dah fikirkah dalam otak, nak pilih kawan mana untuk dijadikan kawan baik?"

  "Entahlah... Ramai sangat kawan. Tak apalah! Hafiz pilih Mak sebagai kawan baik Hafiz!"

  Nasi berterbangan ke sana sini akibat semburan mulut Mak. "Apa?"

  "Mak kan sentiasa ada di sisi Hafiz, dengar sahaja cerita atau masalah Hafiz. Mak selalu layan Hafiz dan berborak-borak bersama. Mak pun sentiasa marah dekat Hafiz sebab Hafiz tahu, Mak hanya nak mendisiplinkan Hafiz untuk menjadi manusia yang baik! Jadi, Maklah kawan baik Hafiz walaupun Mak cuma mak angkat Hafiz!"

  Mak senyap saja apabila aku berkata begitu. Muka Mak yang cantik persis anak dara melayu terakhir mengukir senyuman kecil. Tetapi, mata Mak merah macam naga.

  "Menangis, eh~~~?"

  "Ish, mana ada. Eh, dah! Cepat makan! Kejap lagi Bapa kau tu balik kerja. Alang-alang dia sudah bersiap dengan motosikalnya tu, lebih baik dia hantar Hafiz ke tuisyen sekali!"

  Lalu dengan itu, aku cepat-cepat menyuap nasi bersulamkan air, kemudian bersiap siaga untuk ke tuisyen sebagai persediaan untuk UPSRku.

  Di tuisyen...

  "Hafiz-oppa, hafiz-oppa, tahu tak yang ini?"

  "Oh, ni aku tahu... Macam ni caranya..."

  "Ek eleh, macam tu sajakah? Nampaknya aku perlu berfikir di luar kotak..."

  "Hahaha betul tu... Tapi, kau tahu tak yang soalan 3(b) tu pula? Yang ini aku blur."

  "Hmm, kau ajar aku tadi... Jawapan kepada soalan 3(a) ialah 10. Jadi 3(b) dah tentu-tentu 60 sebab 70 tolak dengan 10 tadi."

  "Oooohhhhhhhhhh............"

  " Haish, tu pun tak tahu! Ahahaha....."

  Betul-betul di sebelah aku ni... Kawan tuisyen aku dari dulu lagi. Baik. Sentiasa tolong aku. Selalu menemani aku apabila kawan-kawan lain sudah pergi. Dan yang peliknya, sentiasa duduk di sebelah aku di dalam kelas tuisyen.

  "Apa kata..."

  "Ya?"

  Kenapa aku tak perasan akan dia sebagai kawan baik sebelum ni, ya?

  "Apa kata, kalau kita jadi kawan baik?"

  Izzah gelak besar tiba-tiba. Lama pula tu. Hairan aku.

  "Aku dah lama anggap kau kawan baik aku! Aku ingat kau sudah tahu dari dulu! Rupanya tak!!"

  Aku juga ketawa. Kelakar ada, terharu pun ada.

  "Oh ya~ Nah!"

  Izzah menghulur sebuah kotak kecil yang dibalut kertas bercorak polka dot. Apabila aku buka, aku nampak beberapa, bukan, mungkin berpuluh origami bintang berwarna-warni.

  "Selamat Hari Kawan Baik Sedunia!!!"

  Aku...

  ...tak mampu berkata-kata.

  Bintang-bintang itu... Walaupun cuma hasil kraf lipatan kertas, aku rasa bagai telah menakluki angkasa malam...

  "T-Terima kasih, Izzah! Aku hargainya!! Oh ya!! Aku tak...."

  "'Kau tak' apa?"

  "Aku tak ada hadiah untuk kau."

  "APAAA??"

  "Ah, ini!"

  Fuh! Nasib baik ada satu lagi bar besar coklat susu.

  "Terima kasih, Hafiz Oppa! Jomlah, kita makan sama-sama coklat ni!"

  "Okey!"

HilangWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu