Menjadi aku

122 2 0
                                    

Untuk menjadi aku,
bukan mudah--

untuk menjadi aku,
senyum itu senjata--

untuk menjadi aku,
kesabaran itu perisai berbisa--

untuk menjadi aku,
biar tabah isi hatinya--

untuk menjadi aku,
biar kental segumpal hati--

untuk menjadi aku,
pastinya tiada perasaan terobek membusuk--

segalanya bukan mudah !

bukan mudah untuk meletak tepikan perasaan yang sedia ada.
mungkin sukar mempamerkan senyuman palsu semata.

semuanya demi titik hitam permainan dunia .
yang tiada permulaan dan penghujungnya .
yang sedia ada cacat dan sompetnya .
yang sememangnya sedia ada kelam busuk gelap gelita.

bertahanlah menjadi "aku"
kerana "aku" adalah manusia --

yang tersedia kuat menjadi tongkat untuk sang kaki .
yang sedia bangun apabila ditolak jatuh sampai mati .

aku manusia --
yang dicipta tabah hatinya.....

Lorong-Lorong PuisiWhere stories live. Discover now