Sempurna

94 3 0
                                    


Tiada manusia yang tidak mahu kelihatan sempurna,
berpura-pura sempurna,
mahupun menipu untuk jadi sempurna,

sudah terlihat di anak mata betapa murah harga sepotong ayat "sempurna"?
sudah bertahun lalu kau melakar bentangan putih hidupmu dengan corak warna,
sehingga kau terbang jauh terlupa dari landansan yang utama ?

begitu?

mungkin terlalu awal untuk kau jadi seorang yang pelupa .
mungkin juga terlalu awal untuk kau terus terbang jauh meninggalkan apa yang utama .

hitam--
kuning--
unggu--
merah--
Jingga--

setiap warna yang kau corek kasarkan mempunyai pelbagai cerita,
dipengakhirnya segalanya adalah sifar,

kau mahu disanjung mulia ?
atas amalanmu yang mampu dikira ?
bagaimana ?

kau bunuh setiap anak mata yang memandangmu!
kau warnakan kembali selempar kain yang kau corakkan dulu dengan warna putih suci itu.
kau lihat kembali warna suci itu pudar tanpa rasa,
sejauh mana kau berlari untuk kau membohong setiap mata yang memandangmu ,
pasti segalanya akan tersingkap kaku membusuk ,
kau tidak mampu untuk berbohong didalam setiap amalmu,

Bersedialah meletak tepikan ego mu,
Dan kembalilah kejalan yang satu,
usah kau menipu pada mereka yang memandangmu,

biar dipandang keji,
biar tidak berbakti,
tapi kau tetap berhati-hati agar langkahmu tidak terus mati,

segalanya sudah dicorak menjadi satu cerita,
bagaimana buruk baik dirimu hanya tuhan saja yang tahu,
usah kau menilai manusia dari setiap amalnya,

berhenti dari terus menjadi separa Tuhan didunia ini.
berhenti dari terus menghukum dibumi yang bulat ini,
kerana tiang hidupmu masih belum utuh,
jika ditiup sang angin biru maka rebah menyembah bumi,
kerana kau tidak sempurna,
kerana masih ada sompek pada dirimu,
usah dibangga dengan ibadahmu,
kerana kau bukan malaikat suci,
kau hanya seorang yang bernama manusia,
yang pada penamatnya akan dihitung setiap amal hidupmu.
dan disitu berakhirlah titik noktah segala cerita......

Lorong-Lorong PuisiWhere stories live. Discover now