Untuk Si Separa Tuhan

156 10 0
                                    


Siapa saja yang tidak pernah meninggalkan apa yang dilarang ?
Siapa saja yang tidak pernah berbangga dengan kebaikkan yang pernah dilakukan ?
Siapa saja yang tidak pernah berlumba-lumba menjadi separa tuhan ?

Bukankah kita ?
Kau ?
Atau dia ?

Bertatih-tatihlah semula wahai manusia kegerbang kebaikkan ,
Melihat datangnya engkau adalah dari sesuatu yang paling dimuliakan,
Melihat dirimu yang adanya sompek yang akan kekal sebagai satu peristiwa,

Tidak berubah--

Usah kita menghukum mereka yang masih bertatih sendiri dibawah sana untuk berlajar cara berlari,
Kerana pasak tiang gerbang kita masih mampu rebah menyembah bumi ditiup angin sangkakala,

Kerna kemuncak gerbang kebaikan itu yang membuat kau terus terbang tinggi melupakan yang dibawah,
Kau hanya mampu hidup didalam dunia kesempurnaan yang dicipta sendiri ,
Kau akan terus menerus menjadi separa tuhan,
menghukum setiap yang dilakukan oleh mereka yang masih bertatih untuk berjalan,

Dipengakhirannya segalanya tidak akan menyebelahi diri kau "si separa tuhan".

Lorong-Lorong PuisiWhere stories live. Discover now