BAB 16

624 16 0
                                    

Tiga bulan kemudian.

AKU TERIMA NIKAH, Anis Nadira Binti Razak dengan mas kahwinnya dua ribu enam ratus lapan ringgit tunai." Lafaz lelaki itu dengan lancar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Di sebalik kemeriahan acara pernikahan itu, ada mata yang memandang dengan sayu pernikahan itu. Naufal terus beredar setelah selesai upacara pernikahan itu.

Semua sudah selesai, Anis dan Lukman mengambil peluang berjumpa dengan rakan-rakannya yang lain. Tengah hari ini mereka akan bersanding. Jadi, ini sahajalah masa yang terluang.

" Selamat pengantin baru, wei. Patutlah macam marah je bila aku pernah try nak usha Anis." Ucap Amirul dengan nada senda.

" Sorry sikit. By the way, Anis yang paksa aku kahwin dengan dia tau." Balas Lukman. Anis hanya menjeling tajam. Lukman membalas dengan senyumannya.

" Pengantin, jangan bergaduh pula ya. Baru nikah." Kata Arisya.

" Alah, sayang. Sekarang bergaduhlah. Nanti malam karang... Hihi.. " Seloroh Amirul sambil tangannya memeluk pinggang Arisya.

" Eh, abang! Anis nak pergi sana. Haifa dah sampai tu. Korang, time kami bersanding nanti, jangan balik awal pulak. " Ucap Anis lalu beredar. Amirul dan Arisya hanya mengangguk sahaja.

*********

Haifa mencari-cari kelibat Anis. Baru sahaja berpaling, Anis sudah berada di belakangnya.

" Choi !! Terperanjat aku. Kesian anak dalam perut aku ni. Kalau terberanak sini, kau yang susah kang. " Ucap Haifa. " Nah, ambik." Sambung Haifa lalu menyerahkan bungkusan hadiah itu kepada Anis. Haifa terus mengambil tempat duduknya. Tidak larat berdiri terlalu lama.

" Rilek ar, mummy to be. Comel je aku tengok kau sekarang. Pipi makin tembam. Semangat, kau. Boleh tak kalau aku nak pegang perut kau? Rasa teringin pulak. Entah sempat ke tidak. " Balas Anis tetapi entah mengapa hatinya terasa pilu.

" Heh, apa pula cakap macamtu. Dengan izin Allah, kau dapat rasa ada anak, jaga dan besarkan anak-anak kau. Kau baru je kahwin. Enjoy dulu. Tak payah sedih-sedih, meh pegang perut aku. Cair kau punya make up ni." Ucap Haifa. Anis yang mendengar terus mengusap perut Haifa. Hati Anis terasa syahdu sekali.

" Mana suami kau ni? " Soal Anis.

" Tengah cari parking. Takut parking jauh pulak. Aku ni jalan jauh dah payah dah. Lagipun, laki aku tak bagi. Banya bebenor pantang larangnya.By the way, sorry tak ada masa kau nikah. Suami aku entah kenapa ada meeting pulak hari sabtu ni. " Balas Haifa panjang lebar sambil meluahkan ketidakpuasan hatinya.

" Aishah tau tak kau kahwin harini?" Soal Haifa pula.

" Tahu. Nanti dia datang. Dengar cerita ingatan dia dah pulih . Tapi tak tahu kenapa dia tak cerita apa-apa dekat kita." Luah Anis.

" Biarlah. Asalkan dia ingat kita ni kawan dia, dan terima pula kita, it's already enough." Nasihat Haifa. Dia malas mahu bersikap prejudis terhadap rakannya sendiri.

" Assalammualaikum. " Ucap seseorang sambil memberikan senyuman kepada mereka.


******8

Saya masih lagi ada exam final year. Harap sentisa sabar menunggu. Terima kasih..

#Crush_on_u


Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now