BAB 12

702 20 0
                                    

Lukman sudah mengemaskan semua pakaian yang perlu dibawa. Cuma dia berasa sesuatu yang mengganggu fikirannya. Dia rasa dia perlu bertemu dengan Naufal. Dia terus mencapai telefon bimbitnya lalu membuat panggilan.

" Hello, Encik Naufal. Maaf mengganggu. Saya nak cakap sesuatu sikit sebelum saya pergi esok. Kita jumpa? Nak cakap sikit pasal Anis." Ucap Lukman. Naufal yang yang mendengar terus bersetuju.

" Anis, saya tau awak masih sayangkan Naufal. Saya akan tolong awak. Cukuplah jadi bayang-bayang awak." Bisik hati Lukman. Dia terus mencapai kunci motor dan topi keledarnya lalu beredar menaiki motor superbike Yamaha R1.

***********

Anis baru sahaja pulang dari menghantar Lukman ke Lapangan terbang. Dia terus masuk ke pejabat. Dia mula terfikir memandangkan hari ini dia tidak mempunyai apa-apa urusan, dia hendak ke rumah anak yatim. Dia terus beredar selepas meninggalkan pesanan kepada setiausahanya.

" Okey, jom kita main rebut kerusi. Dah penat belajar kan? Tolong akak susun meja ke tepi dulu,lepas itu susun kerusi dekat tengah ni. Okey? " Ucap Anis.

" Okey, akak !! " Jawab mereka dengan semangat. Hati Anis menjadi lapang melihat wajah-wajah mereka. Ketika lagu dimainkan melalui telefon bimbitnya, Anis berasa seperti ada seseorang memerhatikannya. Dia menoleh ke arah pintu bilik tersebut. Pintu bilik itu mempunyai sedikit ruang kaca yang boleh kita lihat. " Perasaan je kot." Bisik hati Anis.

************

" Fuh, nasib baik dia tak nampak." Desis Naufal. Keyakinannya mula bertambah untuk mendekati Anis setelah bertemu dengan Lukman semalam. Dia juga ada terfikir Anis seperti menyukai Lukman. Apa yang pasti dia ingin mencuba. Jika dia gagal, dia terima dengan seikhlas mungkin.

***********

Beberapa hari kemudian.

Anis ingin menyambung semula tidurnya selepas selesai menunaikan solat Subuh. Badannya terlalu letih kerana beberapa hari ini, dia begitu sibuk. Tambahan lagi hari ini hari minggu. Jadi, dia ingin berehat sepenuhnya. Baru sahaja dia hendak terlena, telefon bimbitnya berdering. Melihat nama yang tertera, dia segera menjawab panggilan tersebut.

" Assalammualaikum, ibu. Ibu apa khabar? Maaflah dah lama tak call. Adik busy sangat lately ni." Terang Anis.

" Waalaikumussalam. Yalah dah jadi orang bandar, lupalah yang dekat kampung ni." Ucap Puan Fatimah.

" Alah, janganlah cakap macam tu. Sorry, erk? " Pujuk Anis.

" Itu ibu tak terasa sangat. Ini yang ibu terasa. Semalam ada yang datang merisik. Abang kamu tu kenal lelaki tu. Ibu tengok pun, memang baik budaknya. Tapi, masalahnya kenapa tak cerita dekat ibu yang kamu dengan dia dah merancang nak kahwin. Tu ibu tak faham. Tak boleh cerita ke dekat ibu ni. Nasib baik abang kamu dah tahu semua benda." Panjang lebar Puan Fatimah berleter. Anis yang mendengar hanya mampu menadah telinga.

" Ibu, macammana dia boleh rapat dengan Abang Kimi? " Soal Anis pelik. Serasanya, dia tidak pernah kenalkan Kimi dengan Lukman.

" Kalau nak tau, tanya satu-satunya abang kamu tu. Hei, Nadira, Nadira. Dahlah ibu nak buat sarapan. Tak elok tidur lepas Subuh. Susah rezeki masuk." Anis yang mendengar apabila ibunya mula memanggil nama Nadira, sudah tahu bahawa ibu pasti geram atas sikapnya.

" Yalah ibu. Ibu ni macam tau-tau je yang adik ni nak tidur." Balas Anis.

" Ibu tahulah. Anak ibu. Jangan lupa sarapan. Nanti gastrik. Bye" Pesan Puan Fatimah lalu mematikan panggilan. Anis yang menerima panggilan tadi langsung tidak boleh melelapkan mata. Bagaimana mahu sambung tidur jika telinganya hampir menanah menahan leteran. Soal rombongan merisik dia tidak kisah. Hatinya sudah mula untuk memilih Lukman.

*********

" Kenapa aku rasa aku mula sukakan dia, sedangkan aku cume memerhatikan dia dari jauh?" Desis hati Alaisha sambil melihat foto yang berada di dalam telefonnya.

##########

Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now