BAB 8

715 22 0
                                    

Usai acara bersanding dan bergambar,acara makan beradab diadakan. Anis duduk di tepi khemah sambil menunggu rakan-rakan sekolahnya. Ketika itu Naufal datang menghampirinya tetapi tidak disedari Anis.

"Anis!" Panggil Lukman saat Naufal menghampiri Anis. Lukman memberikan senyuman yang manis. Kulit kemerahan akibat cahaya matahari.Langkah Naufal terhenti apabila melihat Anis berbual dengan lukman.

"Ingatkan tak datang. Tak ada partner lah saya jawabnya kalau awak tak datang."Kata Anis. "Sorry.Kawan awak tak kisah ke saya datang. Dahlah saya tak kenal dia."Soal Lukman dengan nada tidak selesa. "Dia tak kisah.Lagipun saya dah mintak izin dengan dia lah.. Dahlah,jom makan."Terang Anis. Lukman berasa lega tentang penjelasan Anis lalu mengekorinya.

********************

" Mama,kenapa tak kita berdua je pergi. Nak ajak bagai dia ni kenapa?" Soal Aishah kerana tidak puas hati. " Mama tak laratlah bawa kereta."Jawab Puan Ina.

" Mama ni, akak bolehlah bawa. Ingatkan kita tumpang kawan mama yang tinggal dekat sana." Leter Aishah yang duduk di belakang. Fazril yang fokus memandu bersuara, " Aishah, kalau awak merungut dekat belakang tu, jangan salahkan saya kalau saya nak cepatkan perkahwinan kita."Aishah yang mendengar terdiam. Puan Ina yang duduk disebelah Fazril menyembunyikan senyumannya.

********************

"Assalammualaikum." Ucap Puan Ina. "Waalaikumussalam, acik!" Jawab Haifa. Ketika itu, acara memotong kek telah tamat. "Kejap nak panggil mak." Ucap Haifa. " Eh,tak apalah. Tadi dah jumpa." Jelas Puan Ina. " Kalau macamtu jemputlah makan." Pelawa Haifa. Baru sahaja hendak bertanya tentang Aishah,Aishah muncul bersama sebuah hadiah.

" Nah, selamat pengantin baru." Ucap Aishah senada. Hadiah yang dibawa itu bukan darinya tetapi dari emaknya. Fazril hanya memberikan senyuman sahaja."Thanks. Pergilah makan dulu." Kata Haifa. Dia mula pelik kerana Aishah tidak menunjukkan teruja berjumpa semula dengannya. Anis yang melihat dari jauh menghampiri Haifa.

" Dia dah lainlah wei." Kata Haifa seperti mengadu kepada Anis. " Tulah aku datang dekat kau. Aku tengok korang bercakap pon macam janggal je." Luah Anis. " Tunggu dia habis makan,kita redah dia. Budak-budak kelas kita dulu pon dah balik."Usul Haifa.

*************

Puan Ina sibuk berbual-bual dengan rakan-rakannya. Aishah dan Fazril hanya berdiam diri. Aishah hanya melepaskan keluhan. Tiba-tiba Anis dan dan Haifa datang duduk berhadapan dengannya.

" Lama kitaorang tak dengar cerita pasal kau. Tiba-tiba dapat tau kau dah bertunang. Kecik hati aku." Cerita Haifa. " Aishah yang mendengar soalan itu terhenti ketika meminum air. Cawan ditangannya diletakkan ke atas meja bersama keluhan.

" Maaflah ya. Saya datang sini sebab mak saya suruh saya datang. Kononnya recall memory back.At the end, it was nothing!!" Ucap Aishah lalu beredar. Dia berasa tertekan dan dia berasa seolah-olah semua ingin memaksanya supaya mengingati semua yang dia lupa.

" Sorry sebab dia berperangai macam tu. Dia sakit. Temporary Amnesia. Dia cuma kehilangan separuh memori. Erm, saya pergi dulu. Takut dia tunggu lama dekat kereta. Kunci dekat saya." Terang Fazril pendek.

" Semua salah aku !!" Bisik hati Fazril yang masih menyalahkan dirinya tentang keadaan Aishah. Hanya dia yang tahu puncanya dan dia ingin membiarkannya sebagai rahsia.

**************

"Cik, Aishah dah tunggu dekat kereta. Saya masuk kereta dulu." Terang Fazril." Ha, pergi dulu. Nak salam mak Haifa kejap." Ucap Puan Ina,

Fazril berlalu pergi. Tiba di keretanya dia melihat Aishah berbual dengan seorang lelaki. Anis berjalan ke arah Fazril kerana Puan Ina menyuruh dia menghantar berkat ini dahulu kepada Fazril kerana Puan Ina masih lagi berbual.

Anis yang menghampiri Fazril cuba untuk memanggil namanya tetapi seolah-olah tersekat di kerongkong setelah terlihat Naufal berbual bersama seorang perempuan yang amat dikenalinya. Aishah!!

######


Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now