BAB 10

765 25 0
                                    

Anis turun dari kereta Naufal. Nasibnya baik kerana rumahnya dengan haifa dalam kejiranan.Setelah membersihkan diri, dia teringat kejadian tadi.


"Cepatlah. Okey,cuba fikir. Ni dah lewat malam. Takkan nak jalan kaki. Dibuatnya kena kejar babi hutan ke. Tak silap saya dulu, awak cerita yang dekat sini ada babi hutan." Kata Naufal dengan nada bersahaja.

"Erm,saya tidur rumah Haifa je lah. Tak payah balik." Jawab Anis. Otaknya masih ligat berfikir.

"Agak-agaklah. Awak ni kacau pengantin je. Lagipun,saudara-mara Haifa ramai tidur sini. Mana awak nak menumpang kasih." Balas Naufal.

Akhirnya Anis bersetuju kerana Naufal berjanji bahawa dia tidak akan melakukan perkara buruk kepada Anis. Tambahan lagi rumah Anis di dalam kawasan perumahan,jadi senang untuk dia meminta pertolongan.

"Hailah hati. Bila dia tak ada dulu kau rindu. Bila dah ada nak jual mahal." Ucap Anis sambil memandang anak patung beruang yang dipeluknya.

***********

Beberapa minggu kemudian.

Anis mengemaskan failnya yang berada di atas meja. Sebelum dia ke mana-mana,pasti dia akan mengemas meja kerjanya agar kelihatan teratur. Dia terus mencapai begnya dengan cepat takut terlambat melawat ke rumah anak yatim.

" Anis,balik dari rumah anak yatim, datang offica saya. Owh ya, belikan makanan sikit sebab nanti ada meeting urgent. Banyak benda saya kena prepare. Thanks." Pesanan yang diterima oleh Anis dari Naufal melalui aplikasi Whatsapp dibaca.

"Hamboi. Macam tak boleh suruh PA dia je. Nasib baik aku memang nak gi office dia nak hantar proposal ni." Luah Anis seorang diri sambil menghidupkan enjiin keretanya.

Anis keluar dari lif,terus menuju ke arah bilik kerja Naufal. Dia menjinjing plastik berisi Subway. Dia tahu makanan ini merupakan makanan kegemaran Naufal.Tambahan lagi, setelah beberapa minggu bekerjasama,hubungan Anis dan Naufal semakin rapat semula.

Baru sahaja Anis ingin membuka pintu bilik Naufal, tangannya terhenti. Cukup apa yang dilihatnya melalui pinti kaca ini. Melihat Naufal yang memeluk Alaisha dari belakang. Hatinya hancur. Dia terus menolak pintu itu dengan kasar.

"Encik Naufal,maaf mengganggu. Nah makanan yang you nak dan ni proposal tentang rumah anak yatim yang you usahakan. So, everything was done. By the way, kalau nak buat perangai macam tu,please ingat ni office and i'm wondering, is that how your work attitude?" Perkataan yang keluar dari mulut Anis cukup pedas didengar. Anis terus meninggal bilik tersebut.

"Anis." Panggil Naufal. "Sorry,semua pasal saya nak pitam tadi." Ucap Alaisha dengan nada bersalah.

"Tak ada apalah. Salah faham je. Lagipun awak memang nak cuti tadi tapi saya tak bagi. Salah saya jugak." Jawab Naufal.

"Saya keluar dulu Encik. Encik, dalam hal ni memang encik tak salah. Lagipun, paperwork ni urgent untuk meeting nanti. Ada masa nanti,saya akan terangkan dekat Cik Anis." Ucap Alaisha lalu beredar.

Naufal terus duduk di atas sofa di didalam bilik itu dan menyandarkan kepalanya. Dia melepaskan keluhan berat. Hatinya agak senang dengan cara Anis yang cemburu, tetapi tidak senang dengan cara begini.

Alaisha yang dudum di tempatnya mula tersenyum sumbing. "Berbaloi aku sakit macam ni." Jerit hati Alaisha.

*********

Lukman yang ingin melintas jalan ke kawasan tempat letak kenderaan terlihat Anis yang ingin melintas jalan. Dia berjalan ke arah Anis dengan perlahan-lahan.

"Anis." Tegur Lukman. Anis berpaling dengan drastik. "Hei,kenapa ni?" Soal Lukman lembut. Dia melihat riak wajah Anis yang agak muram cukup dia tahu Anis mempunyai masalah.

"Ikut saya sekarang! " Kata Lukman dengan tegas apabila Anis mengambil langkah berdiam diri sahaja.

"Jangan salahkan saya kalau saya tarik tangan awak." Ugut Lukman sedangkan dia pasti tidak akan melakukan perkara itu. Nama pun mengugut.

Anis yang mendengar terus bersetuju untuk mengikut Lukman berjumpa di restoran yang selalu dikunjungi oleh Lukman, Amirul dan dirinya.

Alaisha yang ketika itu berada di situ mengambil gambar mereka. "I'm sure this game will lot of fun." Desis Alaisha.

*********

P/s: tolong doakan sepupu saya. Dia kemalangan petang tadi dan tidak sedarkan diri. Terima kasih.

Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now