Jealous

514 49 8
                                    

POV Choa

Sungguh aku tak sangka. Rakan-rakan Namjoon baik terhadap aku. Mereka melayani aku seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Walhal baru saja berjumpa. Mereka amat peramah. Aku jadi tidak kering gusi apabila bersama mereka.

Pelbagai karenah dan perwatakan yang berbeza yang ditunjukkan. Aku terasa aneh apabila mendapati Namjoon tidak ikut serta dengan kami keluar makan. Sibuk katanya.

Mungkin tugas sebagai ketua mafia amat banyak. Yela, boss mestila mempunyai tanggungjawab yang berat.

Tapi, kenapa dia terlalu baik terhadap aku atau dia memang baik dengan semua perempuan?

Setahu aku, mafia amat kejam terhadap perempuan. Banyak aku terbaca di akhbar, media massa dan lama web tentang mafia yang semakin berleluasa.

Selesai makan bersama rakan Namjoon. Mereka menghantar aku pulang ke kediaman Namjoon.

"Bye Choa. Nanti kita jumpa lagi." - Jungkook

"Choa! I will miss youuuuu!" - V

"Selamat Malam cantik." - Jimin

"Mimpikan oppa ye.." - J-hope

"Bye Choa. Goodnight." - Jin

Suga melambaikan tangan kepada aku.

Ketawaku meletus. Melihat gelagat diaorang yang tak ubah macam budak kecil.

Aku membalas lambaian Suga.

"Haha. Bye. Me too. Baiklah. Selamat Malam oppa sekalian. Night.''

Aku memberi beberapa ketukkan pada pintu. Senyap. Tiada jawapan. Tombol pintu aku pulas perlahan. Aneh. Pintu tidak berkunci.

Gelap. Seperti tidak ada orang di dalam. Mungkin dia keluar masih belum pulang. Sangkaku. Aku menutup kembali pintu tersebut.

"Aahhh!"

Aku menjerit. Terkejut melihat seseorang dalam gelap berdiri dihadapan aku.

"Aduh. Jangan la asyik jerit je. Boleh pekak kalau hari-hari dengar kau jerit. Rupa aku ni macam hantu ke?" - Rapmon

"T-tak.. Maaf.. Saya memang lemah semangat. Kenapa awak tak tidur lagi?"

"Aku risaukan kau la. Dah lewat tak balik-balik." - Rapmon

"T-tapi.. kenapa pi..."

Aku belum sempat menghabiskan ayat dia dah potong.

"Dah. Pergi tidur. Jangan nak bersoal jawab dekat sini." - Rapmon

"Hmm.. Okey."

Aku akur tanpa banyak soal.

POV Appa

"Boss. Choa dah kena culik dengan Ketua Mafia. Rapmon." - Donghae

Ddushh!

Penumbuk melayang pada wajahnya.

"Bodoh! Macam mana korang buat kerja? Aku suruh korang jaga anak aku yang sorang pun susah. Apa yang korang buat? Nak jaga sorang pun tak pandai?"

"K-kami tertidur. Maafkan kami boss" - Eunhyuk

"Sial! Lembap! Habis la aku anak aku, Choa. Kalau Rapmon dapat tahu itu anak aku mampus dia kerjakan. Kau berdua pergi cari Choa sampai dapat."

"Baik boss." - Donghae & Eunhyuk

"Jangan balik selagi tak jumpa anak aku. Faham?"

"Faham boss." - Donghae & Eunhyuk

POV Rapmon

Dangerous Love [Malay] On HoldWhere stories live. Discover now