Chapter 24: Held in Fragile Hands

6 2 0
                                        

SEJAK malam itu, Carla semakin dingin. Jika Harry cuba untuk memulakan perbualan, jawapan yang dia berikan hanya pendek sahaja. Kadang kadang dia hanya mengangguk, langsung tak memandang muka Harry.

Harry masih terus mencuba. Memujuk Carla, dan hatinya sendiri.

"You nak ikut I keluar kejap? Just coffee, nothing heavy."

Carla menggeleng, mata masih merenung pada mug kosong. "No. You go."

Harry telan rasa kecewa. Hatinya makin rasa tak sedap. Dia dah cuba pujuk, marah, malah dia sanggup tunggu sehingga Carla membuka mulut, tapi semuanya tak jalan.

Malam-malam yang berikutnya pun sama. Apabila Harry baru pulang dari hospital, Carla dah masuk bilik, dia akan pura-pura tidur. Atau kalau dia masih di ruang tamu, ekspresi dia kosong, seakan orang lain, bukan Carla yang Harry pernah kenal.

Harry duduk seorang diri di meja makan, sambil menggenggam rambutnya sendiri. Fikiran dia kusut.

Something's wrong. Really wrong.

Pagi itu, Harry sudah bersiap untuk ke hospital. Kunci kereta digenggam erat, dia berdiri seketika di depan pintu.

"I'll be at the hospital the whole day," katanya, cuba berlagak biasa.
Carla hanya mengangguk. "Okay."

Dia melangkah keluar, menutup pintu perlahan. Enjin kereta dihidupkan, namun hatinya terasa berat.

Selepas 30 minit kemudian, pintu apartment kembali terbuka. Carla keluar dengan memakai blouse jarang dan cardigan labuh, sambil rambut diikat tinggi. Menyerlahkan lehernya yang jinjang. Langkahnya laju, matanya sempat melirik ke kiri dan kanan sekejap, seperti memastikan sesuatu.

Dari jauh di dalam kereta, Harry hanya memerhati. Nafasnya bergetar. "Where are you going, Carla?"

Sebuah kereta hitam akhirnya berhenti di hadapan apartment itu. Seorang lelaki keluar. David. Senyuman nipis terukir di wajahnya.

Carla terhenti sejenak. David membuka pintu penumpang, dan Carla masuk tanpa sepatah kata.

Harry rasa dadanya mengetat. Dunia seolah berhenti. Jari-jarinya mencengkam stereng sehingga sendi memutih. David sempat menoleh, senyum tipis seolah-olah sengaja, sebelum kembali ke tempat pemandu. Kereta itu bergerak pergi, meninggalkan Harry dengan degupan jantung yang tak menentu.

Enjin dihidupkan tanpa sedar. Dia menarik nafas panjang, lalu mengekori mereka dari jauh. Jaraknya dijaga cermat. "Why, Carla? What are you doing?"

Kereta hitam itu keluar dari kawasan apartment dan masuk ke jalan utama. Setiap kali lampu merah, Harry berhenti selang beberapa kereta agar tidak dikesan.

Melalui pantulan cermin sisi, dia nampak Carla di tempat penumpang. Wajahnya dingin, tidak berpaling langsung ke arah David. Bukan takut, tapi pandangannya sekadar kosong, seolah-olah David tak ada di situ.

Namun pada Harry, itu tidak melegakan hatinya. "You could have told me. Why keep this from me?"

Kereta hitam itu berhenti di tepi pagar kampus. Dari tempatnya, Harry boleh nampak David menoleh, mulutnya bergerak menuturkan sesuatu. Carla hanya mengangguk sekali sebelum membuka pintu.

"Carla..." David sempat menyentuh lengannya, membuatnya berhenti sejenak. Carla menepis perlahan, wajah masih tenang tapi dingin, lalu dia melangkah masuk ke kawasan kampus tanpa menoleh lagi.

David duduk semula, mengambil telefon dan sempat mengangkatnya ke arah pagar, entah apa yang dirakam olehnya, sebelum kereta hitam itu akhirnya meluncur pergi.

"Why would you meet him, Carla?" suaranya perlahan, tapi sarat dengan marah yang cuba dikawal. "And why did you lie to me?"

Dia menolak kepala ke belakang, mata dipejam. Tapi setiap kali dia pejam, bayangan itu muncul semula. David, berdiri terlalu dekat dengan isterinya.

Promise You'll StayOnde histórias criam vida. Descubra agora