Episod 93

27 2 3
                                    

WAJAH Hazarol daripada berharap bertukar menjadi sebal. Dalam diam, dia tidak berpuas hati. Tak guna betul.

Semua penonton kelihatan terdiam melihat reaksi Hazarol yang tidak bergerak. Kemudian dia dipujuk oleh pengacara majlis supaya bertenang dan meminta dua orang pemenang itu kembali duduk.

Kayla hanya menayang riak wajah selamba apabila dia direnung tajam oleh Hazarol. Nampaknya Hazarol akan melaksanakan rancangan seterusnya.

Setelah itu, apabila tiba giliran pula yang diumumkan sebagai johan bagi The Best Leader, seluruh dewan itu juga bergema dengan tepukan dan sorakan. Kayla juga tidak terkecuali. Dia sangat gembira kerana Imran juga senasib dengannya. Manakala Hazarol pula sekadar menjeling.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

SELEPAS pemberian anugerah telah tamat, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh tetamu termasuk Kayla. Waktu makan. Jamuan makan sudah disedia di tepi dewan. Bahagian kiri untuk lelaki manakala perempuan di kanan.

Kayla hanya mengambil spagetti dan air sirap yang sejuk. Dia tidak sempat mengambil lagi makanan memandangkan dia sudah beratur panjang. Isy, spageti pun spagetilah.

Semasa Kayla baru sahaja meletakkan makanan dan minuman di atas meja, dia terasa bahunya terkena air suam. Kayla yang terkejut lantas berpaling ke belakang. Terlihat seorang wanita yang berpakaian ketat berwarna merah. Eh, dia ni pemenang tempat ketiga.

Wanita itu juga terkejut.

"Oops, sorry Miss Kayla. You rendah sangat. I tak nampak you. Oh my god.. Habis bahu you basah.. " kata wanita itu dengan nada yang manja.

Kayla mencebik. Ada bau-bau sengaja perempuan ni.

"Mata you ni buta sangat ke sampai I ni tak nampak. Padahal, tinggi kita bukannya beza sangat pun sis.. " balas Kayla dengan tangan bersilang.

Wanita itu menutup mulut dengan tangan kanan kerana terkejut dengan kekasaran Kayla.

Saat itu juga datangnya Hazarol di sebelah wanita itu.

"Hey, are you okay, Angel? " soal Hazarol kepada wanita yang dipanggil Angel.

Kayla menayangkan muka menyampah. Angel konon. Siap berpeluk pula dengan Hazarol. Rasanya drama pukul lima petang sudah bermula.

Kayla tersenyum sinis.

"Baguslah dah ada perempuan lain.. Mesti Belinda tu dah bosan kan dengan kau, Hazarol? Lepas ni, giliran you pula, Angel.. ".

"Miss Kayla, for your information, Hazarol ni orangnya baik. Dahlah good looking, kaya, romantik.. Orang bodoh macam you je yang reject lelaki macam ni.. Kan darling? " ucap Angel sambil memegang dada Hazarol.

Astaghfirullah, pemandangan ini sungguh menjijikkan..

Hazarol tersenyum. Nampaknya dia berkenan dengan Angel yang gedik itu.

"Oh, baguslah kalau you suka dengan 'Prince Charming ' tu! Nasihat I, jaga baik-baik tau Hazarol ni. Dia tu dahlah panas baran. Macam neraka? ".

"Keep your mouth shut, Kayla! " amarah Hazarol tiba-tiba membara apabila Kayla mengutuknya.

Kayla sudah tidak takut, malah dia semakin berani. Inilah masanya dia membalas dendam. Dia masih teringat Hazarol juga pernah menghinanya sewaktu makan malam pada hari tu sebelum diselamatkan oleh Faiq.

"Angel, nanti bila dah kahwin dan duduk serumah dengan Hazarol, jangan lupa tau tengok-tengok keadaan Hazarol selalu. Yalah, risau je kalau dia ada skandal lain. Tapi, you kena ajar dia jadi lelaki soleh. Sebab kadang-kadang dia tu nakal sikit. Macam babun ? ".

550 TahunWhere stories live. Discover now