Episod 91

15 0 0
                                    

SETELAH seminggu lagi terperap di Negeri Sembilan, akhirnya dapat juga Kayla pulang ke Kuala Lumpur semula. Satu senyuman panjang terukir sepanjang dia berkemas. Tetapi rindunya terhadap hotel ini terlalu tinggi. Manakan tidak, Imran memberikannya bilik VVIP. Fuh...

Sebenarnya, Kayla tidak ke sini dengan keretanya. Oleh kerana keretanya rosak, dia menaiki bas. Itulah mengapa sepanjang Kayla di Jempol, dia selalu menumpang di kereta Imran yang berwarna hitam itu. Wah, cantik betul Proton Persona itu !

"Awak nak ke KL dengan bas ke, Kayla? Kereta awak mana? " soal Imran apabila Kayla memintanya untuk hantar ke stesen bas.

"Kereta saya rosak. Hehe, saya ke sini pun dengan bas. Hantarkan saya, please? " Kayla sengih.

"Tak payah. Naik kereta saya je. Nanti bagitahu alamat rumah awak" balas Imran dengan prihatin.

"Eh, tak pelah. Awak hantar saya ke bengkel. Lagipun hari ni saya dah boleh ambil".

Imran pun mengangkat kening.

"Ok, share lokasi bengkel tu nanti ".

"Yess, boss ! ".

Perjalanan dari Jempol ke Kuala Lumpur telahpun berlalu. Imran juga telah menghantar Kayla ke bengkel untuk mengambil Myvi kesayangan Kayla. Selepas itu, mereka pulang bersama-sama.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

"ISH, apa pasal kereta tu asyik ikut aku je? " soal Kayla sendirian.

Di belakangnya, sebuah kereta Lamborghini kuning yang sedari tadi mengekorinya sejak tadi selepas beberapa minit kereta Imran hilang dari pandangan. Kini, diganti dengan kereta kuning itu pula.

"Lain macam ni.. Aku tak rasa benda ni kebetulan. Sampai ke sini dia ikut " Kayla menjadi tidak keruan.

Dia yang baru tiba di kawasan perumahan Syanis tidak jadi masuk untuk mengelakkan orang itu tahu kediaman rakannya. Hish, tidak jadi juga mengambil Melly.

"Dia nak culik aku ke? Ish, janganlah macam tu! Aku ni bukannya ada harta pun! " Kayla mengomel sendirian.

Dia menjadi panik. Tempat yang ada dalam bayangan mindanya sekarang ialah balai polis.

Apabila tiba di luar balai polis, Kayla sengaja memarkir di situ. Tidak mahu masuk ke dalam. Dia sengaja menunggu kereta itu pergi. Malangnya boleh pula kereta itu turut berhenti di seberang jalan.

"Apahal dia tunggu jugak kat situ! Pergilah balik ! ".

Jika diikutkan hati, ingin sahaja dia ke seberang jalan untuk memaki orang yang mengikutinya itu. Tetapi dia risau sekiranya dia ditarik masuk ke dalam. Masalah utamanya, apa motif orang itu? Dahlah guna Lamborghini !

Akhirnya, penantian itu menjadi 20 minit. Telefon Kayla bergetar. Alamak, Syanis menelefonnya !

" Hello Syanis? ".

"Eh hello? Apa yang lama sangat ni? Bila kau nak sampai. Aku dah setengah jam tunggu kau tau! ".

Telinga Kayla hampir bingit. Nasib baiklah di telefon.

"Weh, kau tolong sabar boleh tak? Ada orang ikut aku ni.. Tadi aku dah sampai kat kawasan perumahan kau. Tapi ada orang ikut. Aku terpaksa pergi tempat lain.. Kau tunggu eh? ".

" WHAT ? Ada orang ikut kau? Siapa weh? Pergilah buat report polis ! ".

"Sekarang ni memang depan balai polis pun! Masalahnya dia pun tunggu kat seberang jalan! Kalau aku report, dia boleh lari. Kalau masa tu aku on the way , tiba-tiba dia ikut balik? Naya aku nanti ! ".

"Aduh, Kayla.. Macam ni lah. Kau ambil gambar kereta tu. Pastu kau ada pasang tak dashcam dalam kereta kau? Kalau ada boleh jadi bukti ".

"Alah.. Gaji tak masuk lagi bulan ni.. Aku ambil gambar je lah .. " Kayla mengeluh. Malangnya nasib.

"Bolehlah gambar pun.. Aku rasa better kau report polis. Benda ni bahaya tau! Aku tak nak kau diapa-apakan ".

"Ye, Syanis. Nanti aku buat. Sekarang ni kau tunggu je tau. Aku nak settlekan benda ni dulu".

"Hah, ye lah kalau macam tu. Take care, tau! ".

Panggilan pun dimatikan. Kali ini Kayla sudah nekad. Dia tidak mahu tunggu lama-lama. Dia pun meneruskan perjalanan.

Seperti yang diagak, kereta itu pun mengekorinya. Kayla akan menggunakan helah. Dia bersungguh-sungguh mencari tempat persembunyian. Lagipun, keretanya kecil. Myvi kot. Myvi the king.

Akhirnya, ikhtiar lain muncul di depan mata. Mata Kayla juga bersinar-sinar. Manakan tidak, lampu isyarat hijau mula berkelip. Jaraknya beberapa meter dari kereta Kayla.

"Ohh yess! Ni peluang aku! Let's go, Myviku ! " ucap Kayla dengan bersemangat . Tadi bukan main panik.

Kelajuan keretanya semakin meningkat. Dari 100 km/j berubah menjadi 160 km/j. Fuh, laju betul. Semakin teruja Kayla dibuatnya.

Akhirnya, dia berjaya melepasi dan kereta kuning itu terpaksa berhenti. Kayla tersenyum melihatnya melalui pantulan cermin sisi.

"Pergh, challenging betul. Agaknya siapalah yang ikut aku. Hazarol ke? Tak pun konco dia? " soal Kayla sendirian apabila dia merasakan dirinya aman dari bahaya.

"Lantaklah, yang penting pergi rumah Syanis balik. Kacau betul Lamborghini tu. Dahlah bawak tak laju. Nasib baik Myvi the king" kemain Kayla berseloroh.

Sepanjang perjalanan itu juga, tidak henti-henti Kayla mengucapkan syukur kepada Allah. Bibirnya sentiasa memuji Yang Maha Esa.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

"ARGHHH TAK GUNA !!!! " bentak Hazarol sekuat hati.

Akibatnya, segara barang du atas meja jatuh berderai. Malah ada juga yang pecah.

"Eh Jay, kau ni reti ke tak buat kerja ni? Bukan ke kau memang top dalam ikut orang? Asal kau boleh gagal ni? Apa masalah kau hah? " cemuh Hazarol lagi.

Jay hanya menayang wajah menyampah. Dia berpaling dari memandang Hazarol.

Sudah dua kali Jay gagal. Pertama, cubaan untuk melanggar Kayla di Negeri Sembilan tempoh hari. Kedua, cubaan untuk mencari tempat tinggal Kayla. Malah dia gagal kerana Kayla memandu terlalu laju. Keretanya pula entah bagaimana boleh kehabisan minyak.

"Hish, kalau macam ni lah gaya kau, memang lambat aku nak dapat Kayla. Punyalah sikit lagi, senang-senang kau terlepas ! Bodoh betul! " Hazarol menghentak meja pula.

"Eh Arol ! Aku dah kata cara kau ni kasar sangat! Guna jelah cara halus, apa yang susahnya? Dengan perangai gelojoh kau, sampai kiamat pun kau tak dapat si Kayla tu ! " balas Jay pula dengan cemuhan.

Hazarol mendengus geram lalu menendang meja pula. Hatinya tidak puas selagi Kayla tiada di depan mata.

Jay yang sememangnya masak dengan sikap Hazarol terus keluar dari bilik. Dia sangat menyampah setiap kali menghadap wajahnya. Namun, jika bukan kerana nilai jutaan ringgit, dia tidak akan buat kerja ini.

Setelah Jay keluar, Hazarol cuba menenangkan diri. Dia pun duduk di atas kerusi. Dia berfikir sejenak sambil menatap langit malam.

Tidak lama kemudian, wajahnya tersenyum. Hampir dia terlupa bahawa dia sudah tahu identiti Imran yang sebenarnya.

"Takpe Kayla, kau selamat sebab Imran. Aku akan buat kau benci dekat jantan tu " bisik Hazarol sendiri.

*
*
*
*

Al-Fil 105:2

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

-Berpada-pada lah nak merancang benda jahat 😈‼️

550 TahunWhere stories live. Discover now