Episod 44

25 5 0
                                    

" Eh, kau nak pergi mana ni Bang Imran ? ", tegur Pak Afi dengan berasa aneh sebaik sahaja dia terlihat Imran yang sedang membawa turun bagasi hitamnya dari tangga.

" Aku nak pergi ke mansion aku kat Melaka ", balas Imran sambil menempatkan bagasinya di tepi tangga.

Selain daripada rumah Pak Afi di Selangor, Imran ada lagi satu tempat tinggalnya, iaitu sebuah rumah agam yang terletak di hujung Bandar Hilir. Rumah itu jarang dikunjungi Imran. Dia hanya ke sana paling kurang sebulan sekali. Dan rumah agam itu sangat istimewa kerana di situlah terletaknya segala khazanah Imran daripada pengembaraannya sepanjang 550 tahun.

" Ada apa ? ".

" Urusan penting ".

" Kalau ye pun bagilah tahu ".

" Dah-dah, jom makan sana ".

Tidak sempat dibalas Pak Afi, Imran pun terus sahaja menuju ke meja makan. Di atas meja tidak banyak menu yang dihidangkan. Hanya asam laksa dan air teh biasa dan teh hijau sahaja.

" Eh, dah kenapa pakai hoodie je tu ? Tak kerja ke ? ", tegur pula Mak Nab yang sedang menuang air satu persatu ke dalam cawan kaca.

" Nak ke Melaka. Katanya ada urusan penting ", jawab pula Pak Afi mewakilkan Imran yang telahpun mula mencedok laksa.

" Urusan apa yang penting sangat tu ? ", soal Mak Nab lagi sambil melabuhkan punggung di atas kerusi.

Malangnya, jangankan menjawab, menoleh pun tidak. Imran hanya fokus dengan menguyah asam laksanya sahaja.

" Tak ke awal sangat ? Kalau ye pun geraklah lepas subuh. Ini waktu sahur pun belum habis ", omel Pak Afi.

" Nanti jalan jammed ".

Pak Afi pun pasrahkan sahajalah.

Kemudian, Mak Nab yang baru duduk pula menyoal.

" Jadi, Tuan tak ikut kami beraya kat Busanlah nanti ? ".

Imran mengangguk.

Mak Nab pun mengeluh.

" Ingatkan, kalau bawa Tuan bolehlah jumpa dengan ayah saya kat sana. Dia memang betul-betul rindu sangat dengan Tuan ".

Imran pun memandang Mak Nab.

" Oh ya ke ? Kalau macam tu kirimkan salam saya kat dia. Cakap dengan dia saya kat Melaka ".

Mak Nab pun melepaskan keluhan yang berat. Sementara Pak Afi yang perasan akan air muka isterinya segera dipujuk. Dia mengusap tangan Mak Nab di bawah meja. Mereka pun saling berpandangan.

" Eh ni, mana lagi sorang ? Tak sahur ke ? ", tanya Imran secara tiba-tiba.

Kedua-dua pasangan tua itu pun seakan-akan menyedari sesuatu. Dengan pantas, Mak Nab mengatur langkah menaiki tangga. Sambil berjalan, dia sempat mengomel.

" Haishhhh, budak Zafirul ni ! Dah besar panjang pun liat nak bangun ! ".

" ZAFIRUL ! BANGUN ! KAU UZUR KE SAMPAI TAK BANGUN NI ?! ".

Selepas kelibat Mak Nab sudah naik ke tingkat dua, Pak Afi memandang Imran semula.

" Urusan apa yang penting sangat ? ".

Imran pun menghela nafas.

" Aku nak lawat kampung aku. Salah ke ? ".

" Tapi, takkan kau nak beraya sorang-sorang kat sana ? ".

" Tak, Hanafi. Kau ingat lagi Edward dan Edmond ? ".

Lama Pak Afi terdiam.

" Oh budak kembar tu. Kenapa ? ".

550 TahunOnde as histórias ganham vida. Descobre agora