Bab 16

115 20 0
                                    

ADRIAN merebahkan tubuhnya ke atas katil empuk setelah hampir tiga jam menyiapkan kerjanya tanpa henti. Lengannya ditekap pada dahinya sambil matanya terpejam rapat. Ingin nyenyak memandangkan matanya memang sudah kuyu sedari tadi.

Dua minit kemudian, matanya kembali dicelikkan. Keluhan penat meniti bibirnya. Dia mengangkat tubuhnya lalu bersandar pada hujung kepala katil. Dahinya dipicit perlahan. Kepalanya didongak ke atas sedikit. Matanya berkelip beberapa kali memandang siling biliknya.

"Huh.. Again.." dia meraup rambutnya ke belakang.  Decitan geram kedengaran keluar dari mulutnya. Tak tunggu lama, dia bingkas bangun dari katil menuju ke balkoni yang terletak di hujung bilik. Telefon sempat dicapai sebelum dia membuka sedikit sliding door balkoni, membenarkan angin masuk.

Dia duduk di atas sebuah kerusi kecil yang menghadap balkoni, mendedahkan kulitnya kepada angin malam yang sejuk itu. Telefonnya dihidupkan sebelum jarinya mula bergeser pada skrin tersebut.

Jam pada telefonnya menunjukkan angka 3. Memang sudah pukul 2 pagi namun dia masih tidak dapat lena. Dia menekan ikon aplikasi Whatsapp apabila melihat ada notifikasi mesej daripada salah seorang rakan sekerjanya, Khair.

Khair :

Aku ada dua lagi kes yang hampir sama dengan kes fail kau ambil tu. Bukti peluru yang sama ( 10.39 p.m )

Just tell me if you need it too. Tapi aku rasa, satu fail pun dah cukup untuk Eryan, kan? Am I right? ( 10.40 p.m )

Adrian membaca dua mesej teratas dalam hati. Jari-jemarinya mula bergerak untuk menaip balas pada papan kekunci namun buat seketika, ianya terhenti ketika matanya membaca satu lagi mesej di bawah itu.

Adrian Eskandar. Kau patut buka emel sekarang. Aku dapat satu berita daripada kawan aku. Now! ( 12.44 a.m )

Berkerut dahi lelaki itu melihat mesej rakannya. Daripada setiap bait perkataan memang ingin memberitahunya sesuatu. Terus dia keluar daripada aplikasi Whatsapp sebelum ikon Email pula ditekan.

Terdapat satu emel yang dihantar oleh seorang penghantar yang tidak dikenali namun Adrian yakin, itulah kawan yang Khair maksudnya.

Emel yang telah dihantar sejak tiga jam yang lalu itu ditekan. Satu fail bersaiz 1.2 GB telah dihantar oleh penghantar tersebut. Mata amber itu naik memandang nama fail tersebut.

2330.12042024.

"11.30 malam.. 12 April 2024? Empat jam lepas?" Adrian berbisik perlahan. Dia tidak bodoh untuk memahami maksud tajuk tersebut. Sepanjang dia berada dalam bidang guaman jenayah, memang beginilah contoh-contoh nama dokumen mahupun fail yang diberikan kepada dia. Percayalah, kebanyakannya memang akan ada duit dekat dalam tu. Sengaja nak kaburkan mata pihak-pihak lain dengan letak nama begitu. Senang cerita, nak bagi rasuah.

Tapi tak apa, dia adil. Memang ke dalam terus orang yang cuba merasuahnya untuk menang kes.

Fail itu dimuat turun. Selang beberapa saat, skrinnya dipenuhi dengan beberapa buah gambar dan maklumat yang berasal daripada fail yang dimuat turun sebentar tadi.

Anak mata ambernya tajam membaca satu-persatu maklumat yang tersusun. Dalam masa yang sama, jarinya perlahan bergeser ke bawah sehinggalah terhenti pada bahagian yang dipenuhi dengan gambar.

Gambar lokap. Beberapa orang anggota polis berkerumun. Gambar bilik CCTV. Gambar pada bahagian tingkap yang sudah ditutup rapat dengan kain dan terdapat sebotol besar penyembur yang Adrian sendiri tidak tahu fungsinya kerana tidak ditulis di dalam fail ini.

Akhirnya, dia sampai pada bahagian akhir. Di situ, terdapat satu biodata lengkap seseorang. Daripada nama, umur, pekerjaan dan sebagainya.

"Sekejap. Ini bukan ke.." matanya membulat apabila dia teringat sesuatu. Laju sahaja jarinya menarik slide itu ke atas semula untuk melihat gambar-gambar tadi.

His RulesWhere stories live. Discover now