Bab 3

190 30 2
                                    

KEESOKAN paginya, Luth bangun macam biasa. Bersiap untuk pergi ke Damansara. Selesai memakai pakaian dan mencapai briefcase miliknya, dia terus keluar dari bilik sebelum turun ke tingkat bawah.

Sampai sahaja ke dapur, dia disapa oleh Puan Maria.

"Good morning anak sulung mama!" habis pipinya dicium oleh wanita itu.

Luth hanya tersenyum sedikit. Aduh mama aku ni..

"Mana papa?"

"Papa kamu pergi rumah kawan sekejap. Bukan ke kamu yang nak kena pergi Damansara awal ni?" Luth mengangguk kepalanya.

Matanya tiba-tiba tajam mencari kelibat dua ekor tenuk terlepas. Sudah tentu Kash dan Haura. Namun mereka berdua langsung tidak kelihatan di meja makan mahupun di ruangan dapur.

"Mana diorang?" soal Luth kepada mamanya.

"Oh, Kash dengan Haura ya? Diorang kata nak keluar sama-sama tadi," jawab Puan Maria sambil tersenyum.

Keluar?

Luth berkerut dahi. Keluar pergi mana pula ni? Budak dua orang tu bukannya boleh diharap sangat. Karang balik-balik ada yang bawa anak anjing nanti.

Betul ya. Itu pernah berlaku dekat Kash. Entah anak anjing mana dia rembat pun tak tau. Sudahnya kena marah dengan papa.

Luth tidak banyak kata. Dia hanya mengangguk sebelum menyalami tangan mamanya.

"Tak nak breakfast?" soal Puan Maria walaupun sudah tahu jawapan anak sulungnya itu.

"Tak," jawab Luth sepatah. Dia tidak gemar bersarapan pagi. Puan Maria mengangguk faham.

"Hati-hati ya, Luth," ujar Puan Maria lagi.

"Ok," dengar jawapan anaknya, Puan Maria buat muka. Susahnya nak dengar seorang Luth Razzel bercakap lebih dalam setiap perbualan. Kalau cakap banyak pun bila pasal kerja aje. Itu oun sekadar bahagian penting sahaja.

Sebijik perangai bapaknya!

Luth terus melangkah keluar dari ruangan dapur sebekum melintasi ruang tamu untuk menuju ke pintu utama rumah. Sambil itu, tangannya diseluk ke dalam kocek seluar slack untuk mengeluarkan kunci kereta.

Sebaik sahaja tiba di sebuah kereta berjenama Audi R8 berwarna black matte, dia menekan punat yang berada di kunci kereta sebelum pintu ditarik. Dia melabuhkan diri di atas kerusi pemandu sebelum menutup kembali pintu kereta tersebut.

Seketika, dia termenung.

"So.. kita nak ke mana dulu?"

Tiba-tiba kedengaran satu suara dari sebelah, yakni di kerusi bahagian penumpang, bertanya kepadanya.

"Pavilion first!" sampuk satu lagi suara yang berada di seat bahagian belakang.

Luth terkaku. Tak tunggu lama, dia terus menoleh ke sisinya sebelum pandangan matanya dihiasi dengan wajah Kash yang sedang duduk di kerusi bahagian penumpang.

Dipaling wajah kebelakang. Haura elok sahaja duduk di kerusi belakang sambil membelek kukunya. Tubuhnya disarungkan dengan kardigan ungu gelap seakan sudah bersedia untuk keluar bersama.

Tangannya yang berada di stereng kereta digenggam sekuat hati sehingga menampakkan urat. Rahangnya dikertap kuat. Wajah dua adiknya itu direnung lama.

"Get out!" keras suaranya mengarah. Macam mana mereka boleh berada di dalam kereta ni?

"Tanak," Kash geleng kepala.

Nak aje Luth hentak kepala budak tu kat dashboard kalau diikutkan barannya. Wajah Haura pula ditenung lama membuatkan si gadis tersenyum janggal.

His RulesWhere stories live. Discover now