Bab 1

632 77 37
                                    

"HAURA!"

Lydia kelihatan terkocoh-kocoh mendekati Haura yang sedang berjalan ke luar pagar kampus. Menyedari kehadiran rakan baiknya, Haura menghentikan langkah. Dia memusingkan badan sambil berpeluk tubuh.

"Ha apa dia?" soalnya datar. Dia tengah tak sabar nak balik ni tiba-tiba minah ni kacau.

Lydia sampai di hadapannya. Dia menarik nafasnya sedalam mungkin setelah berlari tak cukup tanah mengejar rakannya itu.

"Haura... kau..." Lydia telan air liurnya kesat. "Kau.. ada dengar tak berita pagi tadi?" soalnya dengan riak panik.

Haura berkerut dahi. "Berita apa?" soalnya hairan.

"Kau kenal tak Julia Marissa? Anak Madam Alissa?" Haura diam sekejap. Cuba untuk mengingati kembali.

"Oh ya! Kenal. Madam Alissa lecturer aku lah. Mestilah tau. Lagipun dia ada kan waktu karnival bulan lepas?" Lydia pantas mengangguk. Riak wajahnya saat itu seakan ada sesuatu yang tersembunyi.

"Dah tu?" soal Haura lagi. Apa lah yang Lydia cuba nak sampaikan ni?

"Julia Marissa.. dia.." nafasnya ditarik sedalam mungkin. "Dia mati kena bunuh! Pagi tadi, around pukul 2 ke 3 pagi!" ujarnya senafas.

Membuntang mata Haura mendengar khabar tersebut. Mati? Kena bunuh?

"Kau biar betul?!" Haura memandang Lydia tak percaya. Gila! Berita apa yang sampai ditelinganya petang ni?

Lydia mengangguk laju. "Betul. Aku tak tipu! Kes ni dah jadi kes polis dah. Masuk berita kat semua media. Takkan kau tak tau?"

Haura perlahan menggeleng. Sumpah dia tak tau. Sepanjang seharian di kampus ni dia hanya buat hal dia sahaja. Patutlah sewaktu kelas Madam Alissa, wanita itu tidak hadir.

"Aku tak tau... sekejap. Benda ni ada kat papan notis depan cafeteria ke?" soal Haura. Dia baru teringat sewaktu habis kelas pukul 10 pagi tadi, ramai pelajar berkumpul di hadapan papan notis tersebut. Dia jenis yang tidak mahu masuk campur jadi dia hanya berlalu pergi sahaja.

"Ada. Itu yang aku nak tunjuk ni," Lydia seluk poket seluarnya sebelum mengeluarkan telefon.

"Pukul 8 pagi, polis cuba kumpulkan bukti kes pembunuhan ni. Nak tau tak apa yang polis jumpa?" jari runcing itu menekan skrin telefon.

"Apa?" Haura tidak sabar mahu tahu. Berdegup jantungnya untuk melihat bukti tersebut. Hilang terus rasa ingin pulang ke rumah setelah mengetahui berita yang mengejutkan ini.

"Ni ha. Polis jumpa telefon milik arwah Julia berdekatan dengan sebuah bangunan lama. Bila polis buka, dia terus keluar aplikasi Whatsapp dan.." Lydia menghentikan katanya. Wajah Haura dipandang.

"Dan?" Haura telan air liur. Rasa seram pula hinggap di jiwanya.

"..polis jumpa ada satu mesej yang dihantar ke group keluarga dia. Around pukul 4 pagi,"

Berkerut dahi Haura. "4 pagi? Bukan ke kau kata dia.." terhenti kata-kata Haura apabila dia menyedari sesuatu. Riak wajahnya bertukar pucat lesu.

Melihat perubahan wajah rakannya, Lydia angguk kepala.

"Julia Marissa disahkan meninggal pada jam 2 atau 3 pagi. Jadi berkemungkinan yang hantar mesej pada pukul 4 pagi itu adalah... pembunuh tu sendiri,"

Zupp!

Meremang habis bulu roma mereka berdua saat kata-kata itu bernoktah. Mata masing-masing saling berpandangan.

"Apa mesejnya?" sukar Haura mahu menyoal. Kenapa rasa seram sejuk ni?

His RulesWhere stories live. Discover now