Bab 8

147 26 2
                                    

HARI Isnin.

Hari yang dinantikan oleh Haura. Dia bangun seawal jam 6 pagi. Tubuhnya dibersihkan sebelum menyarungkan baju yang ingin dipakai ke kampus hari ini. Kemudian dia menunaikan solat Subuh.

Habis solat, dia bersiapkan dirinya sebelum turun ke dapur tepat jam 7.15 pagi. Sampai sahaja di dapur, hanya susuk tubuh Puan Maria sahaja yang kelihatan. Bayang bapa dan kedua orang abangnya tidak pula dilihat.

"Mama," tegur Haura ceria. Puan Maria yang sedang mengacau air kopi panas didekati. Lantas pipi wanita itu dicium sekilas.

"Ya sayang," tersengih Haura menerima panggilan itu. Ni kalau papa dengar ni memang tak dapat keluar bilik sebukan jawabnya. Papa dia dah lah kuat cemburu bila anak-anak bermanja dengan mama dia sendiri.

"Masak apa?" Haura jenguk kepala untuk melihat isi di dalam periuk yang masih panas.

"Spaghetti carbonara! My favourite!" si gadis bersorak riang apabila melihat makanan kegemarannya berada di dalam periuk itu.

"Ya, makanan favourite papa juga. Semalam papa kamu minta mama buatkan," mendengar balasan Puan Maria, Haura dah tarik muka. Mama dia ni asyik nak menangkan papa aje.

"Dah kenapa dengan muka tu? Nah pinggan ambil sendiri," tegur Puan Maria lalu menghulurkan satu pinggan kepada Haura. Haura hela nafas perlahan sebelum mengangkat sedikit spaghetti itu daripada periuk.

"Mana yang lain?" soal Haura lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Puan Maria ikut sama duduk berhadapan dengannya.

"Kat atas lagi lah tu. Tengah bersiap. Kamu kelas pukul berapa?" soal Puan Maria.

"8.30 pagi," jawab Haura lalu membaca bismillah dan menyuap spaghetti ke dalam mulut.

"Dah beritahu papa?"

Haura geleng. "Tak," balasnya ringkas.

"Kenapa?" Puan Maria berkerut dahi.

"Pagi ni Haura nak pergi kampus dengan kawan," jawab Haura lalu menyuap sesudu lagi spaghetti tersebut.

Semalam sebelum tidur, tiba-tiba dia dapat satu mesej daripada Kai mengatakan bahawa dia mahu menumpangkan Haura dan Lydia ke kampus pagi ini memandangkan dia classmate mereka berdua. Tak fikir panjang, Haura terus bersetuju.

Lagipun Kai ni bukan sesiapa pun, kawannya juga. Bahkan sudah lama dia dan Lydia berkawan dengan Kai sejak dari sekolah menengah lagi. Cuma tak sangka pula sambung belajar pun tempat yang sama. Makanya persahabatan mereka tetap diteruskan.

"Kawan?" Puan Maria terkebil seketika. Lama otaknya berfikir. Baru dia tahu Haura ni ada kawan. Ingatkan lonely memanjang. Dulu pernah dia sampai menangis memikirkan apa nasib Haura di kampus dengan ketiadaan rakan. Ceh, buat bazir air mata aje. Ada rupanya kawan tu. Dia aje yang kuat berdrama.

Bukan apa, tak pernah-pernah lagi dia berjumpa dengan kawan Haura. Selalunya si Kash tu je yang heret Adam datang rumah dari sekolah menengah sampai sekarang. Sampaikan rumah mereka ni boleh dijadikan rumah kedua untuk Adam. Punyalah rapat sampai kalau sehari tak bersama, Kash merajuk gila-gila. Manja sangat. Anak bongsunya, Haura Medina pun tak adalah teruk sangat manjanya.

Luth Razzel? Lambat lagi nak manja dengannya. Selalunya sekaki dengan bapak dia aje. Ni kalau tiba-tiba Luth bermanja, memang dia buat kenduri tahlil awal.

Darwish Firhan tak dilupakan juga. Nak kata manja tu tak lah sangat. Anak keduanya itu yang paling matang dan bertanggungjawab. Sifatnya mengalahkan si sulung pun ada. Bahkan, Luth yang selalu bergaduh dengan adik beradik yang lain sementara Darwish akan meleraikan pergaduhan mereka.

His RulesWhere stories live. Discover now