Bab 10

160 24 0
                                    

SEHELAI kertas dikeluarkan dari dalam laci. Adam mencapai sebatang pensel kayu di sudut meja sebelum lampu meja dibuka. Hanya cahaya daripada lampu itu sahaja yang menerangi biliknya pada saat ini.

Matanya merenung satu-persatu patah perkataan yang tertulis di atas kertas itu. Akalnya cuba untuk memproses setiap perkara yang dibacanya.

Ini adalah mesej daripada telefon Julia Marissa yang dipercayai telah dihantar oleh pembunuhnya sendiri. Mesej ini cuba diselesaikan oleh pihak polis yang lain sebelum sampai ke tangan dia. Itupun atas arahan daripada inspektor.

Mesej ini, seakan riddle.

: —

I

KJADCAP – GAWQVRO – ATQNXIN – NOMHUEA – CLRUITX – HOUTASZ – BSKWAPY – KAEIJBL – LHINUTP – FAYXDBM – EKLPORC – JURZVEZN – MRYEHT – DEMQOLG ( 3.15 a.m )

Mesej itu seakan mahu dia menyelesaikan sebuah riddle. Dia boleh selesaikan benda ini tetapi bagaimana? Takkan sekadar tunjukkan perkara ini sahaja?

Sedang Adam khusyuk melihat satu-persatu huruf itu, tiba-tiba telefonnya berdering sekaligus mengganggu fokusnya. Dia merengus kecil sebelum melihat telefonnya itu. Nama 'Muaz' tertera pada skrinnya.

"A–"

"I've got the hint!" suara Muaz seakan bersorak. Berkerut dahi Adam dibuatnya.

"What hint?" Soalnya keliru.

"That message. Aku ada tengok, mesej tu serupa riddle kan?" soal Muaz di talian.

"Ya.." matanya mengerling sekilas ke arah kertas di tangan.

"Ingat tak surat yang mamat Hadhif tu letak?"

"So.. surat tu ada hint dia?" soal Adam semula. Rasanya dia dah boleh agak perkara tersebut.

Muaz mengangguk walaupun tidak terlihat. "Yup! Tapi aku tak mahir selesai benda macam ni. Aku forward dekat kau ya, detektif?" sempat dia ketawa sebelum menutup panggilan.

Adam pejam mata menahan geram. Macam tu je mamat ni letak call? Dia perlahan-lahan menurunkan telefonnya daripada tekapan di telinga sebelum lantas membuka aplikasi Whatsapp setelah mendapat satu mesej daripada Muaz.

Terdapat satu gambar yang dihantar oleh lelaki itu.

Muaz :

[ 📷 ]

' [ 1, 2, 4, 6, 9, 12, 14, 8, 5, 7, 11, 10, 13, 3 ] '



































































"INI semua salah you!" suara Laila bergema di dalam tandas. Baldi berisi air kotor itu disepaknya sehingga terjatuh membuatkan lantai basah kembali.

Haura yang sedang memegang mop sudah mengetap bibirnya menahan geram. Mop di tangan digenggam sekuat hati. Baru sebentar tadi dia bersusah-payah mengemop lantai di bahagian tersebut tetapi si Laila ini selamba sahaja mengotori lantai itu kembali.

"Sepatutnya malam ni I ada family dinner! Tapi disebabkan you dan kawan-kawan you, I terpaksa beritahu mummy I yang I ada study group! Entah celah lubang jamban mana tah I rajin buat study group ni. Look at this," jari-jemarinya yang halus dan runcing itu ditayangkan ke arah Haura.

His RulesWhere stories live. Discover now