24

301 14 4
                                    

Sejak kebelakangan ini, cuaca semakin panas. Sudah kali ke berapa dia membersihkan diri. Kalau dia malas sangat, dia terpaksa duduk di bawah penghawa dingin yang telah ada di dalam bilik. Lagi-lagi dia tengah membersihkan  rumah.

Dia baru sahaja siap mengemas bilik tidur Elias. Warna kegemaran Elias putih. Selalunya lelaki suka warna hitam, tapi entah kenapa anaknya suka warna putih. Sudah masuk tengah hari, dia perlu berhenti mengemas.

Makanan tengah hari belum masak lagi. Lantas, dia berjalan ke ruang dapur. Kelibat Aryan masih belum nampak, katanya nak beli barang. Dah tengah hari, masih belum balik lagi.

Dia membuka peti ais, dia dah tahu hari ini nak masak lauk apa. Masak lemak cili api, sudah lama dia tidak menjamu masak lemak cili api. Terus dia menyediakan bahan untuk di masak.

Selesai memasak, dia menghidangkan lauk di atas meja makan. Baru sahaja hendak menelefon Aryan, pintu rumah dikuak luas. Aryan berjalan ke arah El dengan penuh senyuman sambil mengangkat satu kotak besar. Nampak seperti almari, tetapi dia pun tak pasti. "Balik pun, ingatkan nak makan kat luar tadi," perli El lalu mengucup telapak tangan suaminya.

“Tempat tu jauh sikit lah, lagi pun bukan senang nak cari barang ni.”

Ada sahaja alasan,El menjeling ke arah kotak itu. “Apa yang awak beli tu?” Tanya El, teringin nak tahu.

“Oh ni? Ada lah, rahsia. Mana boleh bagitahu,” usik Aryan. El menjeling suaminya, rahsia konon nanti tahu juga. El berjalan ke arah meja makan. Aryan mengikuti jejak isterinya. Terus mata dia bersinar melihat lauk hidangan pada hari ini.

“Masak lemak cili api! Dah lama tak makan, sedapnya sayang. Sayang dah makan ke?” Tanyanya berjalan ke singki untuk membasuh tangan. Lalu dia mengambil pinggan dan mencedok nasi dan lauk.

“Belum, tunggu awak lah. Kalau boleh nak je makan tadi,” gurau El. Aryan mengambil tempat di sebelah El. Aryan hanya tersenyum lalu membaca doa makan sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“Makanan yang sayang masak semua sedap!” Puji Aryan sambil mengunyah ayam masak lemak. El hanya tersenyum lebar selepas mendarat pujian daripada suaminya sendiri.

Perut mereka penuh selepas makan tengah hari tadi. Selepas habis sahaja makan, Aryan terus masuk ke dalam bilik sambil mengangkat kotak itu. Perasaan ingin tahu timbul di dalam hati, tetapi biar sahaja terlebih dahulu.

El membersihkan meja makan. Selesai sahaja, dia mengerling jam. Sudah hampir pukul 1, dia masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.

Sudah masuk waktu zohor, baru nampak Aryan keluar dari bilik itu. El menutup hidungnya selepas nampak badan suami berpeluh lebat. “Busuk! Pergi mandi lepas tu solat zohor sama-sama!”

“Meh sini nak peluk,” gurau Aryan.

“Argh! Pergi jauh-jauh! Kita dah ambil wuduk,” jerit El, menjauhkan diri daripada suaminya. Aryan ketawa besar melihat wajah cemberut isterinya. Aryan menggeleng lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya.

..

HABIS solat zohor, Aryan memasuki ke dalam bilik itu. Hendak masuk juga ke dalam bilik itu untuk melihat apa yang di buat, tetapi dia pun sudah penat. Dia baring di atas katil untuk merehatkan dirinya. Banyak juga kerja yang dia buat di dalam rumah ini pada hari ini. Tiba-tiba dia mengimbau kembali pada masa di sekolah menengah. Teringat masa dia dengan Aryan sekilas dulu. Tak ada lah rapat mana disebabkan dia nak jaga sangat ikhtilat.

Tersenyum El bila teringat waktu Aryan memberikan novel kepadanya, bukan satu tetapi banyak. Dia pun main ambil je, dah orang nak bagi. Tertanya-tanya juga kenapa Aryan memberikannya hadiah. Sedangkan mereka tidak lah terlalu rapat, waktu itu pun Aryan bukan jenis yang banyak cakap. Sama juga sekarang, perangainya tidak berubah. Mungkin, Aryan banyak cakap dengannya tetapi tidak dengan orang lain.

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now