13

302 14 0
                                    


SEKARANG dia susah nak lupakan lelaki yang tolong dia pada tiga hari lepas, Hayyan Kaiser. Entah lah tiba-tiba dia rasa ingin tahu fasal lelaki itu. Tapi, lelaki itu macam tak suka dia. Pandang pun tak. Hm,entah lah. Baik dia layan si Elias!

"Teringat dekat seseorang ke tu?" Tanya El selepas dia perasan yang rakan dia itu mengalamun.Entah apa yang difikirkannya.

"Siapa je aku nak fikir sekarang? Tunang pun tak ada. Dah lah aku tak bagitau keluarga aku lagi! Mampus lah kalau mak aku tahu. Kau faham-faham je lah,mak aku tu dah bagitau semua kawan dia fasal aku dengan si jantan tak guna tu!" Ujar Ameera sambil bermain-main dengan rambut Elias. Rambut Elias lembut, pandai El jaga sebagai Ibu tunggal.

"Aku faham, tapi kau kena bagitau juga. Kalau tak nanti mesti diorang tanya bila kau nak kahwin dengan dia. Nak elakkan soalan macam tu, terus terang sahaja lah. Tapi...kalau takut sangat,apa kata kau cari penganti?" Kata El sambil mengemas meja di hadapanya. Haih,Elias baru habis makan keropok, bersepah! Ameera pun satu pergi belikan keropok dekat budak tu. Rosak gigi dia siap kau Ameera!

Terdiam Ameera. Eh Jap apa kawan dia kata tadi? 'Penganti'?

"Eh kau sedap-sedap je suruh aku cari penganti. Kau tu patutnya yang cari penganti bukan aku!" Gurau Ameera.

"Penganti? Mama dah jumpa papa baru untuk Elias ke?" Tanya Elias, hah mampus. Aku nak jawab apa sekarang?

"Tak sayang...Elias nak ke...?" Tanya El berhati-hati. Dia pun mahu. Seseorang yang boleh tanggung dia dan anak dia. Sayangi dia,terima dia walaupun dia mempunyai kekurangan. Tapi ada ke yang nak dia?

"Nak! Elias dah ada calon untuk mama!"

Terbeliak mata El dan Ameera. Siapa pula budak ni? Memandai je...keluar pun jarang.

"Uncle Aryan! Dia baik pastu kaya! Dia selalu belanja Elias kek!"

Allahuakbar, nak tercabut jantung aku ni oi. Ameera tersengih nakal sambil menjungkitkan kening dia berkali-kali. Ada yang nak mati ni... Aryan Zayren. Dia tu memang lah baik, tapi kenapa mesti dia. Bukan tak suka... Dia hanya takut, kalau Aryan macam...

Argh! Tak mungkin. Nyah kau setan!

"Elias kenal dia pun tak, macam mana Elias tahu dia baik?" Tanya Ameera. El baru je nak Tanya tapi sibuk lah minah ni. Nasib kawan.

"Sebab dia selalu bukakkan pintu kereta untuk mama! Pastu belanja Elias kek!" Ujar si comel. Ya Allah anak siapa ni comel sangat? Sekarang Elias dah semakin tembam. Mungkin sebab banyak makan makanan manis.

Ameera tersenyum nakal, fuyoo untung lah ada orang bukakkan pintu. El menjeling Ameera dengan ekor mata.

"Ehem, kalau dia baik mesti dia dah masuk meminang." Ujar El perlahan.

"Kalau dia masuk meminang, jangan kau terkejut pula nanti..." usik Ameera. Dari tadi asyik mengusik El. El hanya menayang riak wajah menyampah. Tak habis habis nak usik orang. Tunggu kau!

┈┈♥︎┈┈

MENYESAL dah tak guna. Dia sekarang berada di company Aryan. Katanya ada kerja kosong. Ya, Aryan dah tahu semuanya. Macam mana? Sebab dia cari El dekat butik tu. Tahu-tahu El kena buang.

Sekarang dia hanya menunggu giliran untuk interview. Simple sahaja pemakaian dia, kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar dan seledang berwarna putih. Dia mesti pastikan dia pakai tudung bawah dada. Dia hanya mencalit sedikit lipstick dan sedikit bedak. Dia tak mahu berhias sangat, takut menarik perhatian ajnabi.

"Puan Eleanora Aulia?" Seorang perempuan memanggil dia untuk interview. Aduh dia punya nervous tu tak payah cakap. Tengok tangan dah tahu, menggigil teruk. Risau dia tergagap-gagap nanti.

Masuk sahaja ke dalam bilik itu, agak gelap sedikit tetapi sejuk. Dia ternampak muka Qayyum! Aik, Qayyum ke yang akan interview dia? Sebenarnya dia tak pernah lagi interview dekat syarikat besar. Seram sejuk...

"Puan boleh bawa bertenang. Jangan risau,saya tak makan orang," kata Qayyum lembut.

┈┈♥︎┈┈

HABIS juga interview. Nak tercabut nyawa dia tadi. Dah lama juga dia tak bercakap dengan orang. Tadi pun ada tergagap sikit. Nasib baik Qayyum tu kawan baik Aryan! Kalau orang lain mesti dah marah dia....

Bukan dia tak tahu, masa dia kerja dekat butik tu pun dia asyik kena marah je. Dah la orang asyik fitnah dia. Lepas dah fitnah, buli kita. Tak apa lah, kita ni jenis penyabar. Orang buat apa pun kita diam je. Tapi kalau melampau sangat...keluar lah singa dalam diriku, Eh?

Kau mengarut apa ni El.

Teringat masa dia interview kerja dekat butik tu, ada yang gelakkan sebab nama dia panjang sangat. Eleanora Aulia, panjang apa nya?

Dia menggeleng, ternampak seorang jejaka tinggi berjalan menuju ke arahnya. Sempat tak dia lari sekarang? Aduh, kenapa asyik terserempak ni. Eh memang terserempak lah, dah kau dekat company dia!

"How's interview? Qayyum layan dengan baik tak?" Tanya lelaki itu. El mengangguk laju. Entah kenapa dia malu sekarang. Mungkin ada banyak mata memandang. Isy! Tak payah lah pandang... Tau lah Aryan bos kau orang...

"Hm, Elias macam mana? Dah lama tak jumpa dia."

"Elias okay je, cuma dia sekarang semakin gedik," ujar El. Betul lah, asyik-asyik mintak nak papa baru lah nak kek lah.Dua-dua dia tak boleh nak bagi sebab tak mampu.

Aryan tersenyum nipis. "Kau tak kerja pun takpe, ada orang boleh jaga kau nanti," bisik Aryan. Terbuntang mata El, eh apasal dekat sangat dia ni? Jarak diaorang sangat dekat. Terus El melangkah selangkah ke belakang. Aduh! Dia tak tahu ke pekerja dia yang lain memandang?

"Er.. saya balik dulu."

Terus dia melangkah laju menuju ke lift. Sebenarnya dia tak faham maksud Aryan tu. 'Apa maksud dia? Ada orang boleh jaga kau nanti? Apa ni!' bisik El dalam hati, tidak sedar yang muka dia berona merah sekarang.

Aryan hanya tergelak kecil melihat El kemerahan dari jauh. "Comel."

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now