BAB 23

2.3K 98 1
                                    

BARU dia perasan, hari ini dia terlalu mengikut perasaan dia, tak. Maksudnya dia nampak terlalu cepat selesa dengan Aryan sedangkan baru je beberapa hari mereka halal.

Menyesal? Tak. Takut? Ya. 

Kenapa? Sebab dia takut akan perkara lama terjadi lagi sekali. 'Jika perkara yang tidak diinginkan terjadi, maka jauhkan lah daripada ku.'

FLASHBACK 6 TAHUN YANG LALU

Dia agak berdebar, dia sudah bergelar sebagai isteri kepada lelaki yang bernama Han Iwan.Perkahwinan yang diaturkan oleh ibunya sendiri. Kata ibunya, keluarga pihk lelaki ialah seorang yang baik. Ibu siap cakap bahawa Iwan sesuai menjadi seorang Iman kepadanya.

Entah kenapa dia terima sahaja perkahwinan yang diaturkan oleh ibunya sendiri. Mungkin, pilihan seorang Ibu adalah yang terbaik. Dia hanya percaya sahaja. Tidak pernah terdetik walau sekali pun membiarkan perkara negatif

‘Macam mana lah agaknya bercinta bersama Iwan…’ fikirnya dalam hati. Berdebar juga, lelaki itu sangat kacak!

El menghenyak punggungnya di atas katil selepas selesai sahaja membersihkan diri. Dia menunggu suaminya. ‘Nak buat macam mana ni? Argh!’ Debaran di dada tidak berhenti dari tadi.

Sudah lah dia berkahwin di usia muda, mana tak debarnya

Terdengar bunyi pintu bilik di buka, terus dia bangun dari duduk. “Awak!” Katanya kepada suaminya, Han Iwan.

Lelaki hanya beriak biasa sahaja Dan tidak memandang wajah seri si isteri. Dia menolak El ke tepi,kasar. El mendesis sakit kerana terlanggar buju meja. Bilik mereka sedikit sempit.

Semak,” bisik lelaki itu.

“Apa awak cakap?” Tanya El.

“Tak ada apa,” Iwan memberi senyuman palsu kepada El. Dia membaringkan dirinya di atas katil. Lalu, El menghenyak punggungnya di atas katil bersebelahan Iwan. “Kau makan apa tadi, asal macam gemuk je,” kata Iwan sinis.

Terasa. El terasa, pertama Kali orang berkata demikian kepadanya. Lagi-lagi daripada lelaki yang baru sahaja bergelar suami kepadanya.

“Maafkan saya, tadi saya makan nasi ayam masak merah… sikit je!” Ujar El dengan senyuman nipis. Namun hanpa, tiada jawapan daripada Iwan. Bilik itu sungguh sunyi.Patut lah El berat hati mahu menerima semuanya sebelum akad nikah pada pagi tadi. 

El menunggu respon dari Iwan tetapi lelaki itu hanya diam. “Tidur bawah.”

“Ha apa?” El bingung.

“Aku cakap, kau tidur bawah. Atas lantai. Kau pekak ke apa?” Ujar Iwan sinis. El terdiam lalu dia terus bangun dari katil. Dia mengambil bantal lalu meletakkan di atas lantai yang sejuk itu. 

Dia mengambil selimut extra di dalam almari. Terus dia menghampar selimut itu di atas lantai

Her Happiness: Mrs Aryan (C)Where stories live. Discover now