Bab 57 🎭🖤

365 39 4
                                    

KINI di rumah yang besar itu hanya didiami oleh Qaylisha dan Aysar sahaja kerana Alea dan Adam sudah berangkat kerja. Pada mulanya Qaylisha tidak tahu Alea kerja tetapi bila dia turun ke ruang tamu, dia lihat Aysar sedang main sendirian dengan beberapa mainannya.

Apabila sudah sedar rumah itu hanya tinggal mereka berdua sahaja, barulah Qaylisha tahu Alea bekerja hari ini.

Qaylisha merapati Aysar yang memain mainannya tanpa sebarang suara. Alahai... Bagus benar anak kecil ini. Tak ada pula meragam dan buas semasa bermain.

"Hai Aysar... Aysar main apa itu?" soal Qaylisha lembut dan melabuhkan punggung di sebelah Aysar. Aysar serta merta menoleh ke arah Qaylisha dan memandang wajah wanita itu dengan wajah polos.

Sedar akan tiada sebarang suara dari Aysar, Qaylisha baru teringat. Tak silap usia Aysar baru setahun lebih. Adakah Aysar sudah pandai bercakap? Dia tidak pernah lagi mendengar suara anak kecil itu padahal dia teringin mahu berbual dengan anak kecil seperti Aysar.

"Aysar dah makan?" soal Qaylisha lagi disambut gelengan oleh Aysar. Qaylisha tersentak lalu menoleh ke jam dinding. Ya Allah! Dah pukul sebelas! Kasihan benar anak kecil ini belum makan apa-apa.

"Aysar nak makan apa? Mummy boleh masakkan untuk Aysar. Mummy masak sedap tau!" Qaylisha cuba menceriakan suasana. Dia mahu biasakan diri dengan Aysar kerana Aysar sekarang ini ialah anak tirinya. Tak salah dia cuba rapatkan hubungan dengan Aysar.

"Askem?"

"Aiskrim?" Qaylisha tergelak kecil dan mengusap rambut lembut Aysar.

"Mana boleh makan aiskrim waktu macam ini sayang... Kena makan benda lain dulu. Jom! Kita tengok di dapur ada apa!" Qaylisha mengajak Aysar ke dapur dan Aysar hanya menurut. Satu kereta mainan dibawa bersamanya ke dapur. Qaylisha menggenggam lembut tangan mungil itu.

Sampai di dapur. Qaylisha menggeledah seluruh almari mahu mencari makanan dan akhirnya dia terjumpa roti dan coklat spread. Qaylisha tersenyum lebar dan mengambil dua makanan itu. "Kita makan roti dulu okay? Lepas itu baru mummy masak sekejap."

Aysar mengangguk kecil. Mereka duduk di kerusi meja makan dan memakan roti yang disapu dengan coklat spread. Air pula, Qaylisha buatkan air coklat untuk Aysar manakala dia, susu khas untuk ibu mengandung. Heh! Adam yang beria-ia suruh dia meminum susu ibu mengandung setiap pagi. Qaylisha hanya turutkan saja walaupun tidak gemar susu.

"Dap!" Aysar bersuara dan tersengih kecil, menayang giginya yang sudah tumbuh kesemuanya. Qaylisha mengukir senyuman manis. Hati siapa saja yang tidak cair melihat wajah comel Adam Aysar ini?

"Okaylah Aysar habiskan roti ini ya? Mummy nak buat bubur untuk Aysar." Setelah difikir-fikirkan semula, ada baiknya dia buat bubur saja untuk Aysar kerana dia tidak tahu Aysar ini makan apa. Karang kalau dia main masak sahaja, Aysar tidak suka pula. Kan susah itu! Baik buat bubur, senang!

Aysar mengangguk kecil. " Otey mi!"

Langkah Qaylisha ingin pergi ke dapur elektrik terhenti. Kaki bagaikan dipaku setelah mendengar Aysar memanggilnya 'mi'. Qaylisha kembali merapati Aysar dan menarik tubuh Aysar supaya menghadapnya. Qaylisha melutut dihadapan anak kecil itu dan merenungnya dengan renungan hangat.

"Ay-Aysar cakap apa tadi?" soal Qaylisha gugup.

"Otey mi!" Aysar dengan semangat mengulang perkataan tadi membuatkan Qaylisha terharu. Hati menahan sebak apabila ada anak kecil memanggilnya dengan panggilan mummy. Fikirannya terus hanyut pada anak pertamanya yang sudah lama tiada. Kalaulah... Kalaulah anaknya masih hidup mesti sudah ada dua orang yang memanggilnya mummy.

Air mata Qaylisha menitis teringat akan anaknya. Perasaan sebak menguasai dirinya. Orang mengandung memandang sensitif agaknya!

Jari mungil Aysar menyeka air mata Qaylisha. Wajah Aysar berubah muram melihat titisan air mata Qaylisha. Sebagai anak kecil, dia tidak tahu apa-apa. Tetapi setelah melihat mutiara jernih itu tumpah, Aysar pasti ada sesuatu yang membuatkan Qaylisha sedih.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now