Bab 2

48 3 4
                                    

“Sayup-sayup, rintihan mu jatuh ke tanah,
Mengandungi rentak dan irama seakan lagu yang menenangkan jiwa,
Seakan tahu jiwa ini pun pernah,
Hidup tidak bernyawa”

Peluh yang mula merenik di dahi tidak dapat aku sapukan.Lama aku baring.Tubuh terasa lesu seakan tidak mahu memberi kerjasama untuk aku bangun dan laksanakan tugas sebelum bergerak ke Kolej.Kepala yang seakan faham situasi tubuh turut berdenyut.Perit.Membuka mata saja aku rasa tidak mampu.Lama aku memejamkan mata sehingga duniaku seakan berpusing.

Sekali lagi..masa seakan berulang.

Kertas keputusan Spm dalam genggaman aku tenung.”Alhamdulillah..9A 1B”Impian aku pada mulanya ingin menjadi seorang doktor mula tergugat.B dalam slip keputusan aku adalah Subjek Biologi.Hailah,nak buat macam mana..

Pada masa yang sama aku sangat sukakan Matematik.Dan aku gemar melukis bangunan impian sejak umur 16 tahun.Aku membuat kira-kira untuk surprisekan mama dan papa.Agak-agak mereka terkejut tak,ya?.

Namun,aku tetap tersenyum riang.
Entah bagaimana pula masa seakan berputar kembali.Aku berada di Majlis makan malam sempena sambutan hari jadi mama yang ke 41.

Keluargaku mengadakan Majlis di Restoran Nasi Arab Hadramawt.

          “Err…Bang,boleh saya minta tolong tak?”Aku menegur salah seorang pekerja di situ.

          “Minta tolong apa?”Tanyanya.
Aku terus menghulurkan sijil slip keputusan ku padanya sambil memberikan senyum sehingga gigi yang putih kelihatan.

          “Oh,Bijaknya kau,dik.Alhamdulillah.Ini mesti kau nak buat kejutan dekat meja sana tu,kan?”Soalnya seraya memandang pada meja dimana keluargaku berkumpul.Aku hanya mengangguk suka.

Aku nampak dia seakan berfikir untuk membuat kira-kira.Mungkin dia fikirkan cara yang terbaik.Hmm?.Sijilku digulung lalu dia mencapai tali dan mengikatnya seperti segulung sijil yang diikat kemas dengan riben berwarna Merah.

Aku hanya diam memerhati dengan riak teruja.Entah dari mana pula datangnya Paper bag putih.Tapi macam pernah nampak.

          “Adik pergi duduk dulu,kejap lagi abang dengan team abang pergi dan bawa hadiah ini serentak.Abang akan pasang lagu sekali”Ujarnya.

          “Di,kek dah siap belum?”
Sempat aku dengar dia bertanya kepada rakan sekerjanya.Dan setelah itu aku kembali ke tempat duduk ku.Ish,tak sabarnya…Nak buat Mama dengan papa bangga.Dia happy!.Sangat happy!

Setibanya,di meja yang disediakan khas untuk keluargaku.Aku mengambil tempat di sebelah Mama di sebuah meja segi empat panjang.Manakala,Papa berada di tengah-tengah.Di hadapan aku dan mama adanya Si kembar.

          “Kak Zara,tak beli hadiah istimewa untuk mama macam kami ke?”Soal Alafia.Alania hanya mengangguk pertanyaan itu.Aku hanya memandang seraya tersenyum saja.Takkan nak sebut dekat sini pulak.Nanti habis hadiah dia.

Tiba-tiba lagu “Ibu engkaulah ratu hatiku” mula dipasang.Tidak lama setelah itu,lagu selamat hari jadi pula menjadi sambungan dan serentak itu semua pekerja datang bersama sambil membawakan kek.Masing-masing memakai topi hari jadi.Tidak lupa dengan aku yang turut menepuk tangan.Aylan di sebelahku turut terkejut dengan lagu yang dimainkan secara tiba-tiba.Dia turut menepuk tangan dan menyanyi mengikut rentak.

          “Happy birthday to you…”Kami menyanyi serentak.

Sebaik sahaja lagu tamat,kek diletakkan di atas meja.Dan lelaki tadi membawa satu hadiah istimewa.Masih ada 3 orang di belakangnya yang turut memegang hadiah.
Lelaki itu menghulurkan satu paper bag yang sangat aku kenali.Di dalam paper bag yang itulah sijilku berada.Dada yang semakin berdebar ku pujuk agar bertenang.

Silent in PainWhere stories live. Discover now