Prologue

48 2 0
                                    

Di Taman Tema Air The Lost World of Tambun,aku termenung memandang satu arah.Seorang lelaki yang seronok bermain.

Bestnya kalau aku dapat pergi sana.

"Hai awak, nama kita Izz Zara.Nama awak?"budak lelaki itu memandang ke arahku.Memandangkan dia lebih tinggi bermakna dia lebih tua la kan?.Patut ke Zara panggil dia abang?

"Nama aku Qiran.Qiran Al-Fatteh.Budak kecik tak boleh duduk sini ,macam mana kau boleh ada dekat sini?"Qiran memandang hairan.Matanya melilau mencari seseorang."Mana Ummi dengan Abi kau,budak kecik?"

Aku memandang keningnya yang terangkat sebelah.Cantik kening dia.Lebat."Mama dengan papa Zara dekat sana.Mereka tak tahu zara duduk sini"Pantas aku angkat satu jari halusku ke mulut."Shh,jangan bagitahu papa.Kita takod"cepat-cepat aku pegang tangan kekar Qiran dan menyorok di belakang tubuh tingginya.

Aku dengar Qiran mengeluh perlahan."Nasib baik kau budak kecik aje tau.Tapi aku dah 11 tahun.Mana boleh lelaki dan perempuan bersentuhan macam ini,budak kecik"

"Kenapa pulak tak boleh?.Umur Zara baru aje 5 tahun.Zara tak ada abang tapi Zara teringin nak main gelongsor besar tu.Papa cakap gelongsor tu untuk budak besar tapi Zara kecik,Kurus.."Aku mencebik ke arah Qiran.Sampai hati dia tak bagi kita main.Pastu cakap kite budak kecik.

"Kau ini...bukan Mat Salleh celup kan?.Risau aku.Nak kata kau melayu tulen pun muka kau dah terang lagi bersuluh kacukan,Budak kecik."Berkerut dahi aku memandang Abang Qiran.

"Ish!,Zara bukan budak chelup lah.Tak nak kawan dengan Abang Qiran."tubuh ku aku peluk kemas tanpa memandang ke arah Qiran lagi.

"Aku tanya aje.Kita kan muslim mana boleh kau pegang aku macam aku ini abang kau.Aku dengan kau tak sedarah,budak kecik"Qiran menghulurkan sesuatu sebelum tangan kecilku gatal ingin menyambutnya.

Dan setelah itu aku sudah tidak tahu apa yang terjadi.Dari kejauhan aku hanya mendengar suara yang sayup memanggil namaku.

"Izz Zara Amanda!"

Terkejut punya pasal aku tidak sedar aku sudah berada di sisi katil.

GEDEBUK!

"Auch! Iya mama...kakak dah bangun!"Cepat-cepat kaki pendek ini aku bawa melangkah ke tandas.Macam mana boleh terbawa mimpi sampai pukul 6:30.Hari ini hari apa ek?
Aku mula termenung diri sendiri di sebalik cermin.Sejak kejadian itu..seseorang yang bernama QIRAN AL-FATTEH tidak pernah luput dalam ingatan.

Kini umurku sudah 15 tahun.Umur dimana setiap remaja akan mengalami fasa perubahan mental dan fizikal.Dekat sekolah pun cikgu selalu menekankan bertapa pentingnya tahap kesihatan mental memandangkan di usiaku ini sudah seharusnya berperang dengan yang mana betul dan salah.Itu adalah perkara wajar.

Baru aku ingat hari ini adalah Hari dimana sekolah ku mengadakan Show Case untu pelajar tingkatan 1 hingga 3.Dan sudah tentulah aku ketua bagi kumpulan Kelas 3A.

Usai mengenakan jersey Pink Hitam yang tertulis nama kumpulanku 'the stars' aku terus ke bawah untuk sarapan sebelum roti bersalut marjerin aku ambil dan terus meluru ke kereta.Papa sudahpun menungguku di dalam.
Segala-galanya aku lakukan semampuku dan segalanya sempurna.

Tugasku..hasil kerja keras aku dan rakan-rakan sekelas ku yang lain.Semuanya menunjukkan reaksi ceria.Aku membuka apron serta melangkah ke satu arah.

Hasya?

Hasya yang termenung pada hujung dewan.Aku tahu renungan itu..renungan yang seperti seseorang dilanda masalah.

"Ehem,merenung apa tu Hasy?."Aku menyoal lembut.Hasya yang baru menyedari kehadiran ku menganggkat wajah.

"Z-Zara aku..aku nak minta maaf sebab kumpulan kita tak sempat nak mulakan pepatah menarik sebagai pemula.A-aku rasa bersalah sebab kau yang sepatutnya baca peribahasa itu"Luahnya.Jelas terpancar riak bersalah pada anak mata hitam itu.Aku rasa simpati.Meski hanya hal biasa aku tahu apa yang dirasakan.

"It's okay,babe.Tak ada apa pun..kita dah berjaya buat sama-sama.Kenapa kau bimbang sampai macam ini sekali,hmm?.Aku tak makan kau pun..hal itu bukannya besar sampai kau perlu murung macam ini.Cuba kau senyum aku nak tengok sahabat aku ni senyum"Untuk itu aku turut berasa lega melihat wajahnya yang kembali ceria.

Apa yang dia fikirkan sehingga begitu takut?.Tak pula aku bertanyakan soal itu.Yang pasti dia kembali ceria.

Hari ini berakhir dengan baik.Aku bersyukur sangat kerana dipermudahkan segala urusan.Kalaupun ada masalah itu tidaklah terlalu besar.Apabila aku dan rakan-rakan bekerja dalam satu kumpulan semuanya akan jadi mudah.Untung pula dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik.




GERMAN-Dr.Qiran Al-Fatteh.

Anxiety disorder.Penyakit mental yang dianggap remeh tetapi mampu memamah kesihatan fizikal dan mental seseorang dengan lebih teruk dan mendalam.

Terkadang...kesan trauma dalam diri seseorang dapat dilihat daripada anak matanya..serta perbuatannya.Mereka akan lebih cenderung berasa takut melakukan kesilapan.Mungkin bagi kita ia hanya hal kecil..tetapi tidak bagi dia.Rasa kesal dan bersalah terkadang boleh menyebabkan tidur mereka terganggu.Fikiran mereka cenderung memikirkan kesilapan yang sama sehinggakan hal itu menjadi asbab mereka melakukan kesilapan yang seterusnya.

Laporan mengenai Anxiety disorder itu disemak semula.Dia merupakan pelajar medic.Meski banyak ilmu biologi yang dipelajari,dia lebih gemar dengan hal-hal yang berkaitan dengan psikologi.Itulah cita-citanya sejak kecil.
Kini umurnya sudah mencecah 21 tahun.Sudah setahun dia berada di German.Pelbagai jenis bidang sudah dihadapinya walaupun umurnya masih terlalu muda.Umur tidak menghalang kebijaksanaan seseorang bukan?.

"Other individuals..another fear they experienced. Not all people with anxiety disorder experience the same fear. There are times when it can appear when an individual is experiencing extreme stress. For example, Stress.. angry and disappointed"terangnya kepada dirinya sendiri.Bukan kerana gila,ye.Jika ingin memahami pesakit dia seharusnya memahami terlebih dahulu apa yang pesakit alami.

Namun,ubat segala penyakit adalah sebuah zikir.Tiada yang lain.Sekiranya ada,ia hanyalah ubat penenang.Tiada yang lain,doktor bukannya Tuhan.Doktor pun manusia biasa.Jika ingin sembuh percayalah..Tuhan tidak akan menguji seseorang diluar kemampuannya.Itu prinsipnya sebagai seorang doktor psikologi.

Semerta itu, beberapa orang rakan serumahnya menepuk tangan tanda kagum dengan pendapatnya mengenai pesakit ini.

"I was very impressed with Dr.Fatteh.A Doctor who was very deep in his patients' problems.A successful young Doctor"Dr.Nazmi yang semakin kagum dengan Dr.Qiran.Umur mereka tidak jauh berbeza hanya dua tahun saja.Tidak hairan dia dengan sahabatnya.Dr.Qiran sememangnya seseorang yang sangat memahami dan penyayang walaupun baru saja satu tahu mereka berkenalan.

Qiran menghadiahkan satu senyuman manis buat sahabatnya.Semoga suatu hari nanti dia menjadi seorang Doktor yang berjaya.Benar-benar berjaya.Bukan berjaya dalam segala exam semata tetapi berjaya menangani masalah dan merawat pesakitnya semampu yang boleh.Sesungguhnya segala yang baik yang ada pada dirinya datang daripadaNya dan segala yang buruk datang daripada dirinya sendiri.Dia hanya manusia..manusia yang lemah dan diyakinkan dengan KeesaanNya.

Silent in PainWhere stories live. Discover now