𝑩𝑨𝑳𝑸𝑰𝑺 𝑵𝑨𝑫𝑬𝑬𝑳𝑨:28

33 3 0
                                    

"Assalamulaikum Mommy Daddy"Ujar Farish sambil bersalaman dengan mak ayah mentua nya itu

"Waalaikumusalam lama tak nampak Farish"Ujar Dato Aryan

"Hey cucu atok"kata Dato Aryan sambil mengusap pipi gebu milik Adelia

"Duduk lah Farish..mommy dengan daddy nak bincang sikit"Kata Datin Deana

"Bincang apa tu?"Tanya Farish sambil memandang Datin Deana

"Kami sebenarnya nak mengeratkan lagi hubungan kita jadinya,kami nak Farish berkahwin dengan Emylia"Ujar Datin Deana sambil tersenyum

"Macam mana eh,Farish sebenarnya.."Belum sempat Farish menghabiskan percakapan nya Dato Aryan sudah memotong

"Tak apa kalau Farish belum bersedia..tapi kami harap Farish mahulah berkahwin dengan Emylia"Ujar Dato Aryan

"Farish Sayangkan Elora lagi"Kata Farish sambil memandang Dato Aryan

"Tak apa lah kalau macam tu,kami cuma cadangkan sahaja"Ujar Deana sambil memandang Dato Aryan

"Lagipun Nak cari perempuan yang boleh terima Adelia,susah nak cari..takut tersalah pilih perempuan"Kata Farish sambil membetulkan tali lehernya

"Lia nak aunty Balqis!"Suara si kecil menyampuk perbualan antara mereka

"Ehh lia dah ada calon ibu rupanya"Ujar Dato Aryan sambil ketawa tipis

"Budak ni memang selalu dengan Si balqis tu"Kata Farish sambil mengusap rambut Adelia

"Balqis tu siapa?.."tanya Datin Deana

"Anak kawan baik Umi,Datin Naura"Kata Farish

"Ouhh yang cantik tu ke?..untunglah Farish kalau jadi suami dia,pandai masak,serba boleh tau"Ujar Datin Deana

"Datin..makanan dah tersedia atas meja"Kata pembantu Rumah itu

"Farish,Adelia mari lah makan sama sama.."Kata Datin Deana mengajak mereka menjamu selera bersama

"Baik Mommy"Kata Farish sambil mengangguk

***

"Haii Mommy..macam mana pagi tadi abang Farish nak tak?"Ujar Emylia sambil duduk bersebelahan Datin Deana

"Tak payahlah nak berangan nak oii..abang Farish dah ada calon mak terbaik untuk Adelia"Kata Datin Deana sambil menukar channel televisyen

"Alaaa Mommy pujuk lah abang Farish suruh dia kahwin dengan Adik"Ujar Emylia dengan nada yang mengada

"Sorry to say..anak ku,tolong jangan mengada nak jodoh orang,wa sailang kepala lu nanti"Kata Datin Deana Sambil menunjuk pembuatan memotong kepala

"Eee Mommy..Adik serious dengan Mommy ni"Ujar Emylia sambil memegang lengan Datin Deana

"No!no!no!..tolong jangan mengada Emylia Ayda"Kata Datin Deana sambil menjeling Emylia

"Eee tak suka lah mommy ni"Ujar Emylia sambil bangun dari sofa dan berlari naik ke atas biliknya

"Haih budak ni suka kacau aku nak tengok drama"Kata Datin Deana sambil memperbetulkan kedudukannya...

𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐌𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀(OG)Where stories live. Discover now