𝑩𝑨𝑳𝑸𝑰𝑺 𝑵𝑨𝑫𝑬𝑬𝑳𝑨:27

22 2 0
                                    

"Woii"Suara bising yang berasal dari ruang tamu kedengaran di telinga Farish

"Aduh apa yang bising sangat ni"Ujar Farish sambil bangun dari tidurnya

"Hey Anak Babah belum bangun ye?"Kata Farish kepada Anaknya yang sedang nyenyak tidur

"Comelnya anak babah..nanti babah cari Mommy baru untuk Adelia okey?"Kata Farish seorang diri,dia dengan lantas bangun dari katilnya dan pergi ke tandas untuk membersihkan dirinya

"Tok tok.."Bunyi pintu diketuk

"Assalamulaikum ada orang ke?"Ujar Balqis lalu dia memutarkan tombol pintu bilik tersebut

Tidak terkunci..makna nya tiada sesiapa kecuali Adelia yang sedang nyenyak dilamun mimpi

"Hey Liaa..goodmorning"Ujar Balqis sambil memandang Adelia yang sedang enak terbaring di atas katil

"Eh baju siapa ni?"Baju yang berwarna hitam itu diambil

Bau perfume milik Farish itu masuk ke dalam hidung Balqis

"Wangi nya Ya Allah..perfume apa dia pakai ni"Ujar Balqis di dalam hati

Baju kepunyaan Farish itu dibawa sampai ke bilik persalinan..

"Eh bilik persalinan ke ni?..sumpah mewah betul bilik ni"Ujar Balqis seorang diri

Meja solek berwarna hitam menarik perhatian Balqis..Meja yang dipenuhi minyak wangi itu didekati

"Woww banyak betul..mamat ni mandi guna minyak wangi ke?"Ujar Balqis sambil menggapai minyak wangi Berjenama Absolu Aventus Creed

"Ni lah bau yang aku hidu dekat baju ni tadi,standard tinggi eh mamat ni"Ujar Balqis

"Awak panggil saya apa tadi?"Tegur Farish dari belakang

"Eh ma-af tuan"Ujar Balqis dengan lantas ia mahu keluar dari bilik itu tapi dihalang oleh Farish

"Apa yang awak buat dalam bilik saya ni?..nak mencuri?"Tanya Farish kepada Balqis

"Sa-ya cuma nak kemas bilik awak je.."Ujar Balqis dengan hati yang berdebar kerana Farish memang melarang untuk sesiapa masuk ke dalam bilik itu tanpa persetujuan dirinya

"Nak kemas atau nak mencuri?"Tanya Farish dengan wajah yang dingin

"Aku nak kau letak balik perfume dan baju aku yang kau pegang tu!"Jerkah Farish

Dengan lantas Balqis meletakkan perfume di tempat asal berserta baju nya diletakkan diatas meja berwarna hitam itu

Balqis terus berlari keluar dari bilik Farish

***

"Babah"Ujar Adelia yang sedang duduk dimeja makan

"Yes babylia"Jawab Farish sambil membetulkan tali lehernya

"Babah jom lah makan dulu"Kata Adelia sambil tersenyum

"Woww sedapnya lauk lunch harini"

"Siapa masak ni Umi?"Tanya Farish kepada Datin Faten

"Umi lah yang masak.."Jawab Datin Faten sambil tersenyum memandang Anak kedua nya yang segak bergaya itu

"Babah nak tahu tak..nanti petang Adelia nak pergi jalan jalan dengan Aunty Balqis"Ujar Adelia

"Babah tak benarkan"kata Farish sambil memandang Balqis yang sedang berdiri di sisi Datin Faten

"Alaaa babah boleyh laaa"pujuk Adelia

"No..Adelia Medina"

"Petang nanti babah Ambil Adelia kita pergi rumah grandma"Kata Farish sambil memandang Adelia

"Eee Adelia merajuk babah!"Ujar Adelia sambil menundukkan kepalanya

"Adelia Medina..Dengar cakap Babah please,nanti babah belanja Aiskrim"Kata Farish sambil mengusap Rambut Adelia

"hm yela..babah belikan banyak banyak tauu!"Ujar Adelia sambil memandang Ayahnya itu

"Ye sayangg"jawab Farish

𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐌𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀(OG)Where stories live. Discover now