🔥 TERBIT NOVEL FIZIKAL 🔥

343 19 16
                                    

Hello, Abang Bodyguard! merupakan cerita pertama sy ketika masuk Wattpad pada 13 Mei 2020.

Alhamdulillah setelah genap 4 tahun Hello, Abang Bodyguard! wujud di Wattpad, akhirnya ia dibukukan

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Alhamdulillah setelah genap 4 tahun Hello, Abang Bodyguard! wujud di Wattpad, akhirnya ia dibukukan. Dan tajuknya berubah kepada INFERNO BODYGUARD.

 Dan tajuknya berubah kepada INFERNO BODYGUARD

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

BLURB

Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang.

Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun.

Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid.

"Jangan pandang rendah kat aku."
- HANA MIKAYLA

Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka.

Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah?

"Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN

Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja?

Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka?

Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi!

"Selagi bukan ajal, aku takkan mati."

_________________________________________

Novel ni diterbitkan oleh Fajar Pakeer sempena terbitan khas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL'24). Inferno Bodyguard juga boleh dibeli di mana-mana kedai buku, Shopee & Tiktok Shop.

Sedikit maklumat tentang Inferno Bodyguard.
1. Gabungan jalan cerita Hello, Abang Bodyguard!, Hades The Untold Story dan Team Satria Hitam.
2. Jalan cerita berubah 80% daripada cerita Hello, Abang Bodyguard! asal.
3. Jalan cerita seterusnya dan ending tidak sama dengan versi Wattpad.
4. Perubahan karakter & perkaitan watak.
5. Gaya bahasa dan susunan jalan cerita lebih logik dan matang berbanding yg asal.

Kenalkan Rayyan Razien dalam bayangan sy.

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Ini adalah gambar AI (copyright protected)

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


Ini adalah gambar AI (copyright protected). Sy mula melatih AI Rayyan Razien sejak bulan 12 tahun lepas, iaitu ketika pihak Fajar Pakeer melamar sy untuk terbitkan novel ini. Semestinya banyak cerita suka duka untuk melatih kestabilan AI ini, termasuklah kos yg agak tinggi perlu sy keluarkan untuk dapatkan hasil sebegini.

Alhamdulillah, akhirnya sy dapat Rayyan Razien versi sy sendiri. ❤️

Apa pun, ini hanyalah bayangan sy. Awak bebas untuk bayangkan Rayyan Razien versi awak sendiri. 🥰

Insya-Allah sy akan ada di PBAKL'24 pada 24 - 26 Mei 2024 (Jumaat - Ahad: Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) untuk sesi tandatangan buku di booth Fajar Pakeer. Jumpa di sana dan dapatkan cenderahati khas daripada sy, iaitu photocard Rayyan & Ryzen. Terhad kepada 200 orang terawal sahaja.

Akhir sekali, terima kasih awak semua yang sudi support sy sejak awal sy masuk Wattpad, tulis cerita Hello, Abang Bodyguard! dan cerita2 lain. Semoga Allah merahmati kalian. Amin.

Salam sayang sejuta kali sayang,
Angel_k20

INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora