Tidak! Tidak!

Yoshilah satu satunya keluarganya yang tinggal. Yang menjaganya sejak mama papa pergi. Yang mengganti peranan sebagai seorang orang tua.

Perginya Yoshi, lebih sakit daripada perginya Atsuko.

" Yoshi! Tolong jangan tinggalkan aku. "

" Aku sayang kau sebagai adik aku, Ruto. Jaga diri. "

Dan nafas terakhir dihembus. Yoshi sudah pergi.

" Aku harap Yoshi tenang kat sana, Ji. " balas Junkyu. Jihoon tersenyum lebar lantas dia tertawa.

" Yoshi orang baik, Kyu. Dia akan bahagia kat sana. "

Junkyu berdehem, dia mendudukkan dirinya dibantu Jihoon.

" Ji, aku ingat nak tengok Angeline. "

" Tak payah. Aku dah tengok tadi, dia elok je tidur lepas doktor bagi ubat. Kau tu pun belum sihat, luka kaki pun baru je kena balut. " bebel Jihoon. Junkyu tertawa.

" Apa salahnya aku nak tengok anak dan isteri aku? "

" Tak salah kalau kau sihat. "

Junkyu hanya mendiamkan diri. Haih, tak boleh lawanlah kalau Jihoon dah bebel. Lagi pun dia tahu Jihoon penat. Baru sebentar tadi dia membantu proses pengecaman mayat Hana.

Hana...

Dia tidak sangka secepat itu Hana pergi. Gadis itu pernah jadi pemilik hatinya. Kerana itulah Junkyu terkilan tidak dapat menyelamatkan Hana. Anak Hana juga sudah diselamatkan dan dirawat dengan baik.

Mejar Shin, si pengkhianat itu sudah disumbat kedalam penjara. Kesemua pegawai bawahan yang melaporkan kepada pegawai atasan, menyebabkan Mejar Shin disiasat.

Dasar makan rasuah.

Haruto juga sudah ditahan dan kini sedang direman bagi menunggu tarikh siasatan bermula. Segala bukti yang didalam pendrive sudah lebih daripada cukup untuk menghukum Haruto.

Terima kasih Hana.

——————————-

2 bulan kemudian....

" Jaga diri papa. " tangis Angeline. Dia tersenyum tawar memandang papanya.

Kini dia dan Junkyu berada di rumah penjagaan orang tua. Dia baru sahaja diberitahu yang mama tirinya membuang papa disini selepas sahaja harta papa dikaut.

Semudah itu papa dibuang selepas papa berkorban segalanya. Bahkan keluarga sendiri juga papa buang demi mama tirinya itu.

Sungguh perempuan perampas tak tahu diri!

Meskipun sudah sarat, Angeline gagahkan diri menjejakkan kaki kesini bersama Junkyu. Suaminya juga mengambil cuti kerja pada hari ini demi menemani isterinya.

Dan menyaksikan papa duduk diatas kerusi roda dalam keadaan sugul dan lemah membuatkan Angeline menjadi sedih. Walau apa pun, itu masih ayahnya.

Hampir dua jam melawat papanya, Angeline meminta izin pulang. Dia juga sudah meminta papa mengikutnya pulang, namun papa menolak.

" Papa anggap ini balasan sebab dulu papa aniaya kamu dan mama. Papa buat korang macam binatang. Orang macam papa ni tak layak digelar ayah. " tangis papa. Angeline mengemam bibirnya, menahan sebak. Tangannya naik mengelus lembut tangan sang ayah.

" Papa.. papa tetap ayah yang terbaik bagi Angeline. Angeline sayang sangat kat papa. "

" Papa pun sayang anak papa. Sayang sangat.... " Papa tersenyum nipis. Papa memandang Junkyu yang berdiri disisi anaknya sebelum tangan Junkyu diraih.

" Terima kasih Junkyu sebab jaga anak papa. Terima kasih sebab bagi dia kasih sayang yang papa gagal beri dulu. Terima kasih. "

Junkyu pantas membongkok dan menyamakan ketinggiannya dengan papa dikerusi roda. Senyuman manis dilemparkan lantas tangan papa dikucup.

" Junkyu akan jaga anak papa sampai Junkyu mati. Junkyu akan sayang anak papa sampai Junkyu mati, pa. Sebab Angeline ni dah jadi nyawa Junkyu. "

Dan papa kelihatan sebak. Mata tua itu memandang Angeline dan Junkyu, lantas air matanya mengalir laju.

Papa mengusap lembut perut Angeline yang kian membuncit lantas senyuman tua dilemparkan.

" Nanti dah lahir, baby main dengan atuk okay? Atuk tunggu baby lahir.... "

Ya Tuhan, aku telah gagal menjadi seorang ayah. Aku gagal membimbing anak dan isteriku. Aku dah gagal membina sebuah keluarga yang bahagia.

Usai melawat papa, Angeline dan Junkyu menapak ke kereta. Sebentar tadi mereka mendapat panggilan telefon daripada pihak hospital berkenaan anak Hana.

Angeline masih mengingati amanat Hana kepadanya. Yang mahu dia menjaga anaknya. Haruto juga sudah ditempatkan kedalam penjara dengan hukuman penjara seumur hidup.

Jadi biarlah Angeline dan Junkyu menjadi orang tua bayi yang tidak berdosa itu.

Junkyu memandu menuju ke hospital sambil sebelah tangannya menggenggam erat tangan Angeline. Mimpi terburuknya kerana dia hampir kehilangan Angeline.

Dia hampir kehilangan cinta hatinya.

Oleh itu, tiada lagi. Junkyu hanya mahukan bahagia bersama anak mereka yang bakal lahir kelak.

Sebaik sahaja tiba, mereka menuju ke bahagian bayi dan wajah nurse yang menelefon mereka itu menerpa. Senyuman manis dilemparkan bersama doktor disisi.

Jururawat itu lah insan yang bertugas merawat bayi Hana selepas sahaja dia dilahirkan. Dia dipaksa untuk membantu Haruto melahirkan anaknya.

Oleh kerana itulah, jururawat itu bertekad ingin membantu menjaga anak Hana sehinggalah dia sihat.

" Saya cuma nak beritahu yang bayi ini dah boleh discharge. Dia dah sihat. "

" Syukur. " senyum Angeline, lantas bayi yang diserahkan disambut dan didukung lembut.

Alahai wajahnya seperti Hana dan Haruto...

Pulas sekali tertidur, bagaikan tiada masalah didalam hidupnya.

Sebelum Angeline dan Junkyu berkerut. Kejap.

Ada sesuatu yang lain...

" Erm tapi nurse, bukan ke bayi Hana ni perempuan?" Soal Angeline. Dia tidak salah melihat ketika Hana melahirkan.
Junkyu terdiam seketika sebelum nurse menghela nafasnya.

" Bayi mendiang Puan Hana bukan perempuan. Tetapi, lelaki... "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now