PART 6

108 29 5
                                    

Ada dua berita yang ingin Woojin kongsikan. Berita baik dan buruk.

Baik, mulakan dengan yang buruk, so ending akan dapat yang baik, right?

Berita buruknya, bukan Woojin yang dilanggar kereta masa tu. Tetapi, mamanya yang berpatah balik dan menadah tubuh dilanggar kereta agar tubuh Woojin tidak diapa-apakan. Sejak tahun 2024 lagi, pengorbanan seorang ibu sudah pun Angeline lakukan. Dan ini membuatkan Woojin sedih, kerana sekarang dia sedang berada dihospital disisi katil Angeline.

Berita baiknya, Woojin sudah menjumpai mamanya. Mamanya yang tidak pernah membesarkannya sejak lahir kerana kekangan didalam penjara. Woojin dilahirkan didalam penjara, dan sebaik sahaja dia lahir, papa pula menjaganya sehingga umurnya 17 tahun.

Kerana itulah, Woojin ingin mengubah sejarah. Tidak lagi ingin menyaksikan mamanya didalam penjara.

Dia mahu membebaskan mama.

" Ergh.. " tersentak, Woojin pantas memandang Angeline yang perlahan mulai sedar. Syukurlah, mamanya tiada kecederaan yang parah. Cuma kepala yang sedikit berdarah dan tangan yang berkemungkinan terseliuh.

" Mama..? " tegur Woojin, sebelum dia menyedari kebodohan diri. Dia tidak mahu mama tidak selesa pada hari pertama mereka berjumpa.

" Maaf, cik okay? "

" O—okay.. Kejap, saya di hospital ke? Saya kena ba—balik! Nanti polis— " gelabah Angeline. Gila betul dia ada ditempat terbuka macam ni. Sekali polis datang, terus dia dihumban kedalam penjara.

" Maksud awak, kami ke? " belum sempat Woojin menjawab bagi menenangkan Angeline, ada satu suara terlebih dahulu menyampuk dan memotong. Woojin tersentak dan berpaling kebelakang melihat empunya suara.

Oh..

Papa dan Pakcik Jihoon...

Pa—papa?! Papa disini?

Papa sendiri datang berjumpa mama? OMG!

" Po--polis.. " Angeline gagap, sungguh tubuhnya bergetar. Sedikit mengenangi hidupnya yang kini akan berakhir dijeriji besi.

" Cik Angeline ingat muka ni? " soal Jihoon lantas menepuk bahu Woojin, manja. Sekaligus mengundang kerutan dimuka Angeline. Mata cantik itu beralih ke wajah Woojin. Jelas sekali tidak dia ketahui siapa.

" Tak.. "

" Ni lah mangsa kes langgar lari yang Cik Angeline didakwa. " jawab Jihoon. Tegas sekali nada dia. Melambangkan integriti dia sebagai pegawai polis.

Dan ini kali pertama Woojin saksikan mamanya menumpahkan air mata. Mama yang dia sayangi menangis didepannya kini. Kerana kata-kata Park Jihoon.

Woojin mengetap rahangnya. Tak boleh, dia kena backup mama.

Dia tidak mahu walau setitik pun air mata membasahi pipi mulus mamanya.

" Tapi kan saya dah kata bukan Ange—"

" Kami dah jumpa bukti yang bukan Cik Angeline pelakunya. Bukti CCTV dan juga bukti keterangan Woojin. "

Kata-kata Woojin dipatahkan terus oleh seseorang yang tidak Woojin sangka akan membela Angeline.

Woojin tidak menyangka Junkyu sendiri akan menuturkan ayat itu.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now