PART 15

107 22 2
                                    

" Saya tak boleh lama kat sini. " keluh Angeline. Woojin mengangkat keningnya, serentak dengan Junkyu. Kedua lelaki ini tampak pelik apabila Angeline seperti tergesa mahu pulang.

" Kenaap? Awak nak balik rumah sewa awak? " soal Junkyu. Angeline menggeleng perlahan.

" Gila. Rumah sewa tu pun Haruto bagi. Macam masuk mulut buaya lah kalau saya nak balik. "

" Kenapa akak kena balik? " soal Woojin, pula. Semestinya dia rasa sedih apabila mamanya hendak pulang. Dia belum cukup menyaksikan bagaimana Junkyu melayan Angeline.

Dia mahu membantu papanya mendapatkan mama. Dia mahu papanya melupakan Hana itu.

Ya sudah jelas Hana bakal mengandungkan anak Haruto. Tapi kenapa?

Kenapa Atsuko juga dapat travel ke masa lampau? Adakah ada sesuatu yang Tuhan mahu Atsuko baiki juga?

Pelik.

" Mama saya dalam bahaya. " balas Angeline, mengundang kerutan kedua belah pihak. Baik Junkyu mahupun Woojin merasa bingung.

" Bukan ke mama akak tu yang dera akak juga? Kenapa akak risaukan dia? "Soal Woojin. Junkyu pantas menepuk bahu remaja itu.

" Seteruk mana pun dia, tetap tu mama Angeline. Seteruk mana pun mak ayah kita, tu tetap orang yang melahirkan dan membesarkan kita. " Nasihat Junkyu. Dia tidak mahu Woojin berfikiran ianya okay untuk menderhaka kepada ibu dan ayah. Kerana Junkyu sendiri pun sudah kehilangan kedua orang tuanya. Kerana itulah dia tidak mahu Woojin mahupun Angeline mengabaikan orang tua mereka.

" Tu.. tu bukan mama kandung saya pun. " tutur Angeline. Wojin tersentak, memandang Angeline dengan pelik.

" Maksud akak? "

Angeline menelan air liurnya. Nampak seperti sukar mahu dia bercerita. Pantas memahami, Junkyu menarik tangan si gadis dan membawanya ke sofa berdekatan. Woojin juga turut sama mengikuti. Rasa simpati mulai menjalar dihatinya.

Pasti ada lagi kesedihan yang mama sembunyikan, Woojin pasti.

" Semuanya bermula masa mama sakit. Masa tu umur saya baru 10 tahun. "

" Angeline jaga diri okay? Mama sakit.. " batuk si mama. Angeline yang masih kecil itu, menangis disamping katil si ibu. Runtun hatinya melihat ibu sendiri sakit sebegini.

" Mama janji mama akan cepat sihat okay? "

Mama tersenyum segaris lantas wajah anak diusap lembut. Wajah si mama penuh rasa kasih akan anak tunggalnya.

" Mama janji, sayang. "

" Mama saya sakit lumpuh separuh badan, dan dia tak dapat buat kerja seperti biasa. Dia dirawat dalam rumah je, kami hire doctor peribadi kami sendiri. Tapi masa tu umur saya kecil lagi, saya belum faham apa jadi pada mama dan papa... "

Angeline si kecil berlari riang dalam rumahnya. Langkah diatur ingin menuju ke bilik si ibu sedang dirawat. Tidak pun berllau satu harinya tanpa berborak dengan mamanya. Kerana ibunya itulah nyawanya.

" Mam—- "

Tersentak, Angeline kaku dipintu sebaik sahaja dia melihat sosok si ayah sedang bersemuka dengan mama.

" Awak sign jelah borang ni, apa masalahnya? " tengking papa. Mama yang berbaring, menggeleng perlahan.

" Saya belum mati lagi. Kenapa saya kena sign borang tu? "

" Tapi awak sakit. Siapa nak uruskan syarikat? "

" Awaklah, sebagai suami saya. Doktor kata saya akan sihat cepat jika saya buat rawatan fisioterapi tu. " terang mama. Namun, papa nampak baran. Lantas kertas itu dihempas keatas meja.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now