PART 1

283 43 10
                                    

Bam!

" Tugas baru, der. Kes langgar lari. "

Lelaki yang baru menghempaskan sebuah fail berat terisi penuh kes itu dijeling Kim Junkyu. Ya, lelaki itu.

Park Jihoon.

" Termenung lagi kenapa? Kerja tetap kerja. Gaji kita dapat kena berkat, jangan makan gaji buta. " Nasihat Jihoon lantas bahu Junkyu diraup. Sudah seminggu Junkyu murung begini. Termenung dan lebih banyak mengelamun. Semua kerana gadis itu.

Kim Hana.

Mereka baru sahaja putus seminggu lepas. Pada mulanya Hana mendapat tawaran naik pangkat sekaligus berpindah ke unit lain yang bertempat di balai polis lain. Hana dipindahkan ke Busan. Kim Junkyu sejujurnya memahami, dia tiada masalah untuk hubungan jarak jauh (LDR) , namun serta-merta Hana meminta putus. Katanya Junkyu tidak akan setia jika mereka berjauhan.

Sungguh Jihoon jijik mendengar ayat itu. Junkyu sahabatnya, pasti Jihoon tahu betapa setia dan tulusnya hati Junkyu dalam mencintai Kim Hana.

Heh, curang?

Itu semua khinzir, Junkyu tidak akan pernah curang, Jihoon tahu. Dan Jihoon dapat agak pasti Hana yang merancang mahu mencari yang lain. Iyalah hubungan 7 tahun, Jihoon pasti Hana kian bosan. Namun, bukannya Junkyu tiada usaha mahu menghalalkan.

Semestinya ada!

Namun Hana yang menolak kerana alasan fokus pada karier dulu.

Hak tui!

Anak haram betul, sekarang Hana naik pangkat, Junkyu ditinggal sorang.

" Aku rindu dia, Jihoon... "

Iyuk. Kata jijik itu lagi.

" Hana bahagia dah kat Busan, kenapa kau masih nak bersedih? "

" Macam mana nak happy kalau Hana lah kebahagiaan aku? Kenapa dia kena pergi? Bukan ke semua hubungan cinta akan berakhir bahagia? "

" Siapa kata? Mak kau? Mak kau pun bercerai dengan ayah kau. Tak payah lah percaya sangat, ini dunia, bukannya syurga. Ada cabaran, ada halangan, ada dugaan. "

Kata-kata hikmat Jihoon hanya dipandang sepi oleh Junkyu kerana seksanya lelaki ini menahan rindu. Jihoon faham dan memahami. Dia bukannya lelaki bodoh yang tidak tahu bagaimana rasa sakit itu. Tunangnya meninggal 3 tahun lepas beberapa hari sebelum majlis nikah mereka. Jihoon faham rasa sakit Junkyu itu.

Namun,

Life goes on.

Sedih lama-lama buat apa?

" Macam mana kalau aku pindah Busan? Mungkin Hana tak suka hubungan jauh ni. " cadangan Junkyu disertai jengilan mata Jihoon.

" Eh kau jangan menga— "

" Sekali kau datang Busan, kau nampak Hana dengan pegawai lagi handsome macam mana? "

Seorang lagi lelaki memotong.

Kanemoto Yoshinori.

Mereka bertiga sekawan, dan sentiasa bertiga didalam balai polis ini. Yoshi, Jihoon, Junkyu.

Pada awalnya Yoshi hanyalah polis pertukaran Jepun-Korea. Memandangkan dia banyak menyendiri, Junkyulah orang pertama yang menegur. Mengetahui umur mereka sama, sungguh menggembirakan hati Yoshi. Ketika itu, Junkyu sudah pun berkawan dengan Jihoon, oleh itu jadilah mereka bertiga kawan yang rapat.

" Eh jangan main gila. " Junkyu mengetap bibir. Tidak menyenangi kata-kata yang dilemparkan Yoshi.

"Aku cuma beritahu fakta. " tidak bergandah, Yoshi hanya mengangkat bahu.

" Dah. Tu kes baru kita. Kes langgar lari. Tetapi, suspek kita kali ni agak mencabar. " potong Jihoon, lantas mengundang perhatian kedua mereka tepat kearah kertas kes.

" Mencabar? Kenapa? "

" Suspek kita dah melarikan diri. Dan suspek kita... ialah perompak terkenal tu.. "

" Perompak terkenal? Jangan cakap.. "

" Ya, dia. Kim Angeline Tan. Dia dah kembali. "

—————————-

VROOOOOOMMMMMMM !!!!!

Kalah.

Gadis ini kalah.

Lantas pemenang membuka helmetnya, menayangkan muka bangga kearah gadis itu. Kerana berjaya menewaskan.

" Kau dah kalah race ni. " gelak si pemenang. Lelaki tinggi lampai yang angkuh dan berlagak.

" Aku cuma bagi kau chance. "

" Bukannya sebab kau lemah? "

Menggelegak darah si gadis mendengar ayat yang dituturkan si lelaki itu. Baran dirinya digelar pengecut atau lemah. Kerana semua hasil kejayaannnya kini kerana usahanya sendiri.

" Mana duit? "

Mengeluh, gadis itu mengeluarkan beg besar yang terisi duit yang dia usahakan seminggu ini. Duit hasil rompakan, dan pencurian.

Gadis ini.

Kim Angeline Tan.

" Arigatou. "

Dan lelaki ini.

Watanabe Haruto.

Lelaki samseng yang juga sama seperti dirinya, sama seperti Angeline.

" Aku dalam kes polis sekarang. "

Ujaran si gadis menyentak Haruto, sebelum dia tertawa nyaring.

" Kenapa beritahu aku? Kau nak aku bebaskan kau ke? "

" Bukan. Aku nak berdiam sekejap sebelum mula misi balik. Dan kau dah ambil semua duit untuk aku makan tinggal semua. "

" Kau yang kalah race, bodoh. "

Ah geram. Kalau lah Angeline tidak bertaruh.

Bodoh, Angeline, bodoh.

" Dah, aku nak blah. "

" Bertaruh lagi? " Angeline menjerit lantang. Haruto juga terkenal kerana sikapnya yang suka bertaruh. Semua benda dia mahu taruhkan. Termasuklah ahli keluarga.

" Jaga mulut kau. Harini aku... " Haruto tersenyum sinis. Lantas bibirnya dijilat.

" Ada perempuan aku nak nikmati. Sayangnya, aku belum cuba kau lagi. "

" Dan kau takkan berjaya sentuh walau seinci pun tubuh aku. "

Angeline mendengus. Ah lelaki ini sungguh...

Gila. Watanabe gila.

" Balik dengan selamat, Angeline. Jangan terserempak dengan roadblock... Ops. "

" Sial kau Watanabe Haruto! "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now