PART 18

90 21 2
                                    

" Ju—Junkyu?! " Angeline tersentak, memandang sosok tubuh yang kini dihadapannya. Sudah genap seminggu dirinya tidak berjumpa Junkyu kerana mengurungkan diri dan perintah Haruto, kini lelaki yang dia sayangi ada dihadapannya.

" Angeline, awak ikut cakap saya okay? Saya nak bawa awak lari daripada sini. "

" Serius?! " teruja Angeline, nyaris menjerit kuat lantas dia menutup mulutny, mengerti yang dia perlu diam untuk tidak mengambil perhatian sesiapa.

Terutamanya Haruto.

" Awak perlahan-lahan turun daripada situ ya? Dan ikut saya. " mengerti, pantas Angeline menapak perlahan turun daripada altar, tanpa disedari sesiapa. Kemudian, kaki cantik bersarung heels tinggi laju menapak kearah Junkyu yang menunggu.

Lantas tangan cantik itu disambut oleh si putera raja.

Disambut oleh Kim Junkyu.

Pantas dua figura itu berlari pantas sehingga hilang daripada keramaian. Seperti berputar lagu cinta dikepala, setiap langkah yang dibawa Junkyu, tangannya yang digenggam erat, diiringi dengan senyuman lebar dibibir Angeline.

Oh Tuhan, sungguh aku cintai lelaki ini.

Kim Junkyu, lelaki yang tiba dan memberikan warna pelangi didalam hidupnya. Lelaki kurniaan Tuhan yang dijanjikan akan menjaga Kim Angeline. Lelaki yang dihadiahkan untuknya agar lepas daripada cengkaman Watanabe Haruto.

Sungguh Angeline bersyukur. Kerana Tuhan tidak pernah melupakannya.

Terima kasih Tuhan.

" Awak nak bawa saya ke mana? " soal Angeline. Mereka yang masih berlari segera berhenti sejenak bagi mengambil oksigen. Peluh sudah laju membasahi wajah, namun tidak setanding kebahagiaan dihati.

Denyut jantungku berdebar~

" Kita ke satu tempat best. Yang dorang takkan jumpa kita." Senyum Junkyu, menimbulkan rasa tanda tanya dihati Angeline.

Lantas Junkyu membawa gadis pujaannya ke tempat yang sungguh tidak mereka sangka. Bersama dress perkahwinan membaluti tubuh Angeline, dia dibawa ke funfair.

"Funfair? " soal Angeline. Junkyu hanya tertawa nipis.

"Saya perlu buat hati yang muram tu gembira balik. "

Zappp!

Tersentak, Angeline memegang jantungnya yang sudah menggila mendengar ayat Junkyu.

Dup-dap!

Dup-dap!

" Jom! " lantas Junkyu membawa gadis itu menuju masuk kedalam. Pelbagai mainan yang mereka cuba, mengendahkan mata mata yang memandang mereka pelik kerana pakaian Angeline sebegitu.

Apa Junkyu kisah?

Janji Angelinenya gembira.

Selepas hampir dua jam bermain, mereka membeli aiskrim lantas melabuhkan punggung disalah satu kerusi. Nafas dihela kasar, yelah mungkin penat bergembira.

" Kyu.. "

Tersentak, Junkyu memandang. Ini kali pertama ada orang memanggilnya Kyu selain Hana dan Jihoon.

Dan debaran dijantungnya mungkin boleh menggila.

" Ermmm... ya? "

" Terima kasih. Sebab bawa saya lari. " sengih Angeline.

Dan senyuman itu mampu membuatkan Kim Junkyu terdiam. Sungguh menjentik hati lelakinya.

Angeline ini sempurna.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now