PART 27

72 19 3
                                    

Jihoon memarkirkan kenderaannya sebelum dia pantas keluar daripada kereta. Jam ditangan dikerling seketika sebelum dia berkerut kehairanan mendengar suara bising daripada dalam balai polis.

Telinga mengamati sebelum dia mendapati ianya suara..

Junkyu!

Suara Junkyu menjerit dan memberontak kuat.

Jihoon pasti ianya suara Junkyu. Pantas lelaki Park ini berlari masuk kedalam balai. Matanya membulat sebaik sahaja dia melihat Junkyu sedang mengacukan pistol kearah semua anggota polis yang lain.

" Jangan berani sentuh aku! Aku tembak korang nanti! " jerit Junkyu. Anggota lain kelihatan cuba menenangkan Junkyu, namun Junkyu masih agresif.

" Kyu! Kenapa ni? Kenapa kau kat sini? " kaget Jihoon. Dia perlahan menghampiri Junkyu. Tangannya naik, ingin bertindak menenangkan Junkyu.

Rasa pelik menghampiri dirinya. Mengapa Junkyu disini? Dan mengapa lelaki ini tiada menyelamatkan Haruto sekarang?

" Jihoon! Ji! Tolong aku! Angeline, Ji! "

" Kenapa dengan Angeline? "

Dada Junkyu naik turun. Jihoon perlahan cuba menurunkan pistol ditangan Junkyu, sebelum akhirnya dia berjaya. Sahabatnya sedikit mengurangi agresifnya dan pistol dirampas oleh Jihoon.

" Kenapa ni? "

" Inspektor Junkyu ditahan oleh kami tadi. Dan dia bertindak lagi agresif selepas sampai balai polis. " terang salah satu pegawai. Jihoon berkerut, dia memandang Junkyu yang masih termenung.

Pantas dia mengarahkan pegawai lain beredar.

" Saya minta kalian tinggalkan kami berdua dulu? Biar saya yang cakap dengan Inspektor Junkyu. "

Akur, kesemuanya pergi. Jihoon memandang Junkyu lantas bahu sahabatnya ditepuk.

" Kyu, kenapa ni? "

" Ji, Mejar Shin tu memang jahat, Ji. Dia bekerjasama dengan Haruto. Dia tangkap aku tadi masa aku nak pergi serang Haruto, dan dorang bawa aku kesini. " jelas Junkyu. Jihoon mendengus.

Kini dia mengerti mengapa tiada bantuan tiba saat Jihoon meminta. Ianya kerana Mejar Shin. Jihoon tahu dia memang orang suruhan Haruto, namun dia tidak sangka sejauh ini Mejar Shin sanggup bertindak.

" Ji, kenapa kau kat sini? Siapa jaga Angeline? "

" Angeline ada kat rumah, aku dah suruh dia jangan kemana-mana. Aku terpaksa ke sini, tiada bantuan yang dihulurkan kepada kau. Kenapa? "

Junkyu mengurut dadanya perlahan.

" Aku rasa tak sedap hati, Ji. Aku— "

Kringgg!!

Tersentak, Junkyu pantas melihat telefonnya. Nombor yang tidak dikenali, Junkyu tahu ini siapa.

" Hello? "

" Woah Inspektor Junkyu! Terima kasih kerana kotakan apa yang aku suruh! "

Haruto.

Namun Junkyu berkerut. Apa maksud Haruto berkenaan kotakan apa yang disuruh? Junkyu masih disini, dia bahkan tidak sampai lagi di gudang lama.

" Apa maksud kau? "

" Terima kasih sebab hantar Angeline kesini macam aku suruh. Nampak sangat, kau ni tak sayang bini. HAHAHAHAHAHAAHAHHAHA !! "

Darah Junkyu berderau. Apa yang dikatakan Haruto membuatkan dia tersentak.

"Apa maksud kau ni sialan? "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now