PART 17

90 21 0
                                    

Pemanduan yang laju dilakukan oleh Junkyu. Woojin disisi hanya memandang. Kejadian sebentar tadi mengimbau ingatannya.

" Berita hari ini. Tahniah diucapkan daripada pihak kami diatas berita pernikahan anak usahawan terkenal, Kim Angeline Tan dengan salah seorang ahli perniagaan Jepun terkenal, Watanabe Haruto. Mereka bakal melangsungkan perkahwinan mereka dalam majlis tertutup yang diadakan didewan ibu negara. Dikhabarkan, mereka bakal melaksanakan persandingan mereka secara besar-besaran dalam masa terdekat ini. "

Woojin tergamam memandang berita yang baru dismpaikan sebentar tadi. Tangannya menggigil melihat apa yang baru dia saksikan.

Ma..mama bakal berkahwin dengan Haruto? Apa yang terjadi?

Dan Woojin pasti. Pasti ada sesuatu yang Haruto lakukan.

Pasti Haruto dalangnya!

Sebelum Woojin menoleh memandang ayahnya disisi. Junkyu juga nampqk tersentak. Sebelum dahinya berkerut.

" Kau fikir tak apa yang aku fikir ni, Woojin? " soal Junkyu, tiba-tiba. Woojin terdiam sebelum dia mengangguk kecil.

" Woojin rasa kak Angeline kena perangkap ni, bang. "

" Abang harap dia pandai nak lepaskan diri dia. " ujar Junkyu, mengeluh. Woojin menggeleng.

" Bang, kita lah kena tolong kakak! "

" Untuk apa, Woojin? Kita ni bukan sesiapa! "

" Abang jangan tipu Woojin! Woojin tahu abang suka kakak! " teriak Woojin. Nafasnya menderu, memandang Junkyu yang kini dia sifatkan sebagai pengecut.

Gila! Bapaknya ni dah hilang akal ke?

Merelakan sahaja mamanya berkahwin dengan Haruto?

Tersentak, Junkyu terdiam. Renungan matanya bergetar memandang Woojin yang baru menuturkan ayat itu. Sebelum Woojin menggigit bibirnya melihat Junkyu tiba sahaja menitiskan air mata. Ayahnya menangis?

Kenapa?

" Bang... "

" Abang.. abang memang suka Angeline. Bahkan suka sangat. Tapi kita tak boleh jadi gila dengan bermain api. Haruto tu bahaya! "

" Dan Woojin percaya, kita boleh halang dia! "

Junkyu menarik nafas dalam. Sebelum dia mengepal tangannya.

" Kita boleh ke, Woojin? "

" Boleh, bang! Boleh! "

Dan begitulah, Junkyu bersetuju untuk bergerak ke majlis prrtunangan Angeline sekarang. Lantakla apa yang akan berlaku, tapi Woojin janji dia akan selamatkan mama dan papanya dalam masa seminggu ini.

Woojin janji.

Namun, sebaik sahaja Woojin dan Junkyu mahu bergerak keluar, terpancul satu susuk tubuh sedang berdiri diluar rumah Junkyu. Sosok tinggi lampai, tubuh yang sasa bersama kulit keputihan itu.

Seperti dia sedang menunggu Woojin dan Junkyu keluar.

" Ji—Jihoon? " Junkyu terkesima. Memandang sosok tubuh sahabatnya yang menunggunya diluar.

Dan Jihoon tidak sendirian. Disana ada Yoshi juga.

" Aku dan Yoshi akan tolong kau lindungi Angeline. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now