" Kenapa kau selamatkan aku? "

Soalan Junkyu sekali lagi diutarakan.

" Aku nak minta maaf, Kyu. "

" Minta maaf dan sekali lagi hancurkan hidup aku, Jihoon? "

Jihoon terdiam mendengar ayat Junkyu. Jujur dia banyak kali menyakiti hati Angeline. Gadis sebaik malaikat itu, banyak kali menelan tohmahan yang Jihoon lemparkan.

Dan Jihoon juga sudah tahu akan plan jahat yang Yoshi lakukan. Dia mendengar perbualan antara Haruto dan Yoshi. Kerana itulah, Jihoon menyesal.

Menyesal menyamakan Angeline itu sejahat Haruto. Kerana akhirnya Haruto itulah sekeji-keji manusia pernah dia tahu.

Dalam diam Jihoon juga mendoakan kesejahteraan Hana. Dia tidak tahu dimana gadis itu sekarang, dia cuma berharap Hana dapat melepaskan diri daripada cengkaman lelaki sesial Haruto.

" Junkyu, aku tahu pasal plan Yoshi dan Haruto. Aku juga tahu berkenaan kau dan Angeline yang bakal dibunuh. Jadi, aku nak bantu. Lagipun.... "

Jihoon menyerahkan sesuatu diatas peha Junkyu. Lelaki ini fokus memandu, hanya menyerahkan satu barang kepada Junkyu.

Mengundang kerutan didahi sang lelaki.

" Apa ni, Ji? "

" Aku curi ni daripada Yoshi masa dia call Haruto. Aku dah buka pendrive tu. Dan dalam pendrive ada semua bukti dan data berkenaan kes jenayah Haruto. Lengkap dalam tu. Cukup nak heret dia ke tali gantung. "

Junkyu membulatkan matanya. Pantas pendrive itu dicapai.

" Aku dengar pendrive tu Haruto yang rampas daripada Hana. Aku rasa mungkin Hana nak beri pada kau. Syukurlah akhirnya jatuh ke tangan kita. "

Junkyu mengemam bibirnya lantas dia mengangguk. Ini bukti yang lebih daripada cukup untuk mengheret Haruto ke penjara.

" Terima kasih, Ji. "

—————————

Haruto menapak masuk kedalam bilik bawah tanah yang menempatkan Hana. Langkah gah itu diatur, tidak sedikit pun menyesal kerana telah mengunci isterinya 2 hari didalam.

Bilik gelap yang berkunci itu ditolak kasar, lantas menyisakan wajah sang isteri yang lesu dan sayu, bersama rantai yang mengunci ketat pergelangan kaki dan tangan sang isteri.

Haruto kini berubah. Tiada lagi belas kasihan bahkan hanya dipenuhi benci. Yang dia fikirkan kini hanyalah anak, anak, anak.

Atsuko sayang, saya akan pastikan anak kita lahir dengan selamat.

Haruto menapak masuk, hanya mengerling sekilas pinggan-pinggan makanan yang tidak disentuh Hana.

" Apahal kau tak makan, Hana? "

Hana hanya mendiamkan diri. Sesekali berkerut kerana perutnya semakin menendang kesakitan.

" Hana? Aku nak kau makan. Aku nak anak aku sihat. "

Hana mendengus sebelum matanya tajam memandang Haruto yang kini berdiri dihadapannya. Masih memakai baju kemeja bersama suitnya, Hana yakin Haruto mahu bersiap ke tempat kerja.

" Kalau aku mati, lebih bagus anak aku mati sekali. "

Dush!

Hana mengeringis kesakitan saat satu tumbukan Haruto utarakan ke wajahnya. Hana mendengus kesakitan, hanya membiarkan hujung bibirnya berdarah hasil ulahan Haruto.

Sakit, tapi hatinya lebih sakit.

" Jangan cari pasal dengan aku, Hana. Tugas kau kat sini cuma bawa zuriat aku dan Atsuko. Jangan main gila. "

Hana hanya mendiamkan diri. Tiada kata yang mahu dia lemparkan kepada lelaki sebangsat Haruto ini lagi.

" Semalam aku jumpa seorang doktor untuk urusan bersalin kau. Dan by hari ini, aku akan pastikan kau lahirkan anak aku dan Atsuko, Hana. Doktor akan bagi kau Pitocin injection, nak bagi kau bersalin cepat kalau harini kau takkan lahirkan anak aku. "

" HARUTO! "

" Kau relax, Hana. Memang itu tugas kau kat sini. Lahirkan anak aku. HAHAHAHAHAAHAHAHAH! " Haruto tertawa kuat, matanya menjengil memandang Hana dengan senyuman sinis diwajah.

Pantas pipi Hana dicekak kuat.

" Kau tak bersyukur Hana. Aku dah layan kau baik, tapi kau sanggup betray aku. "

Haruto mendengus kegeraman. Nafasnya menderu hebat, menahan getar.

" Malam ni aku akan laksanakan plan aku bunuh Angeline. Dan malam ni juga aku nak kau lahirkan anak aku. Dua benda aku akan dapat malam ni... " tawa Haruto. Hana membulatkan matanya.

" Apa maksud kau ni Haruto?! "

" Aku akan dapat anak aku, dan kematian Angeline. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now