Special Chapter 6 (Puasa+Raya Edition)

953 40 2
                                    

Semua sudah berkumpul didepan TV. Menunggu mengumuman tarikh hari raya puasa daripada penyimpan mohor besar raja-raja.

"Maka dengan ini, saya mengisytiharkan tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri diseluruh Malaysia ialah pada...."

"Yeay!! Esok raya," penuh bersemangat Haura bersorak. Satu rumah hanya suaranya saja kedengaran.

"Bukan main dia gembira. Puasanya tidak. Sibuk je nak beraya," kata Eriq pada Haura. Menyampah betul dia dengan adik bongsunya itu. 

"Ala biarlah. Mama tak puasa pun boleh beraya. Kenapa pula Haura tak boleh beraya?"

"Eh jangan nak heret mama sekali. Mama ni kes lain." Hanan sudah menjeling anak bongsunya itu. Suka sangat nak heret orang lain dalam masalah dia.

"Nenek, mama cakap orang perempuan ni special sebab Allah bagi ponteng puasa. Nenek ponteng puasa juga ke?" soal Haura pada mak.

"Nenek ni dah menopause. Allah dah tak izinkan nenek ponteng puasa. Jadi nenek puasa penuh tahun ni,"

"Oo macam tu pula. Tapi menopause tu apa?" soal Haura bingung. Tak pernah pula dia dengar perkataan tu.

"Malaslah nenek nak bagitahu kamu. Nanti kamu banyak soalan yang akan kamu tanya nenek. Penat nenek nak menjawabnya,"

"Ala nenek ni, tanya sikit pun tak oyeh. Hmphh!" Haura berpeluk tubuh sambil memuncung panjang. Merajuk dengan nenek sebab tak mahu jawab pertanyaannya.

Mak ketawa kecil. Hati tercuit dengan gelagat cucunya itu.

"Adik, jom kita main bunga api dekat luar. Papa beli bunga api siang tadi," ajak Hanim.

"Yeay! Jom, kakak." Cepat-cepat Haura mengikuti kakaknya ke luar rumah.

"Ayah nak tengok budak-budak tu main bunga api dekat luar," pamit ayah kemudian dia bangkit dari duduknya.

Hanan dan maknya mengangguk dan memberi laluan kepada ayah. Tinggallah Emir yang masih duduk bersama mereka sebelum bergerak ke dapur untuk menyediakan bahan memasak.

Seronok betul ayah melayan cucu-cucunya yang sedang bermain bunga api. Ayah membantu Eiman dan Haura untuk bermain. Mereka kecil lagi. Risau juga kalau terkena percikan daripada bunga api.

"Atok, boleh tolong Eriq tak?" soal Eriq. Ditangannya ada sekotak bunga api. Banyak betul Emir belikan buat anak-anaknya.

"Tolong apa?"

"Pelita dekat sana terpadam. Boleh atok hidupkan balik tak? Eriq nak main bunga api ni,"

Ayah berpaling ke arah pelita yang ditunjukkan oleh Eriq. Memang benar pelita itu terpadam.

"Haura, duduk sini dulu. Jangan nyalakan dulu bunga api tu. Tunggu atuk. Atuk nak bantu abang kamu sekejap,"

"Okay atuk!"

Kemudian ayah mengekori Eriq. Pemetik api dikeluarkan dari poket untuk menyalakan sumbu pelita. Baru saja ayah hendak kembali kepada Haura, tiba-tiba dia terdengar Haura menjerit.

"Ahhh atukk! Sakittt!" jerit Haura sekuat.

"Allahuakbar, cucu aku!" Pantas ayah mendapat Haura.

Api yang mula menyala diseluar Haura cuba dipadamkan. Mujurlah api itu tidak menyala kuat. Sempat terbakar sedikit saja.

"Kenapa ayah?" Hanan menyoal. Dari dalam rumah dia dengar Haura menjerit.

"Seluar Haura terbakar akibat terkena bunga api ni. Tadi ayah tinggalkan dia sekejap sebab nak bantu Eriq. Ayah pun tak pasti macam mana seluar dia boleh terkena bunga api tu. Kamu bawalah dia ke klinik, Auliya. Merah juga ayah tengok paha dia tu. Takut melecur,"

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now