Special Chapter 5 (Puasa+Raya Edition)

709 47 1
                                    

Usai membersihkan diri, Emir segera menuju ke wardrobe untuk bersiap. Sebentar lagi dia akan keluar untuk mengambil ibu dan ayah mertuanya di stesen bas. Tahun ini, mak dan ayah Hanan akan beraya di Kuala Lumpur.

Selesai bersiap, Emir menuju ke bilik tidur Haura. Selepas subuh tadi Hanan terus menghilangkan diri disana. Haura banyak meragam kerana dia demam. Nak dekat raya, sakit pula anaknya itu.

Tolak saja daun pintu, Emir melihat Hanan yang sedang tidur sambil dipeluk oleh Haura. Segara kakinya diatur menghampiri. Bahu hantar disentuh perlahan. Tak mahu Hanan terlalu terkejut  dengan kehadirannya.

"Hanan," panggil Emir perlahan.

Hanan buka kelopak matanya. Pandangannya dialihkan kepada Emir.

"Abang nak pergi ambil mak dengan ayah ke?" soal Hanan.

"Hmm. Hanan tak ikutkan?"

"Tak, abang. Haura ni tak mahu lepaskan Hanan. Asyik nak peluk je. Payahlah kalau nak ikut,"

"Abang rasa abang pun demamlah," ujar Emir.

"Eh? Abang pun demam? Teruk ke?" soal Hanan polos membuatkan Emir tersenyum.

"Hmm abang rasa nak peluk sayang je. Barulah sembuh demam abang ni. Sebab abang ni demam rindu,"

"Ish abang ni. Main-main pula. Hanan betul-betul risaukan abang tadi. Mengada betul. Nak rindu apanya, hari-hari ada depan mata."

Emir ketawa melihat wajah cemberut Hanan. Hidung mancung Hanan dicuit manja.

"Kalau Hanan nak tahu, abang sentiasa rindukan Hanan. Hanan pergi mandi pun abang rindu. Abang langsung tak boleh berpisah dengan Hanan. Kalau tidak, abang tak boleh hidup."

"Amboi, dia punya mengada tu. Abang hidup, sebab abang masih boleh bernafas. Bukan sebab Hanan,"

"Itu lain, sayang. Sekarang abang ada Hanan. Hanan tu dah jadi jantung hati abang. Mama kepada anak-anak abang. Hanan sangat penting dalam kehidupan abang,"

"Abang...sambung lain kali boleh? Hanan risau mak dengan ayah lama menunggu dekat stesen bas tu. Kalau nak tunggu abang habiskan pidato abang tu, mungkin mak dan ayah dah balik kampung semula."

"Sampai hati, sayang. Dulu Hanan suka je kalau abang bagi ayat romantis. Sekarang Hanan dah tak suka. Hanan dah tak sayangkan abang ke?"

"Ya Allah, abang ni. Hanan sayangkan abang. Tapi Hanan pun sayangkan mak dan ayah Hanan. Kesianlah diaorang terpaksa menunggu lama. Cepatlah pergi, abang."

"Yalah-yalah. Malam ni abang sambung lagi,"

Cup! Sempat Emir hadiahkan satu kucupan didahi Hanan sebelum dia keluar dari bilik itu.

Hanan menggelengkan kepalanya sambil memandang Emir yang berlalu pergi. Suaminya...mengada betullah. Penat dia nak melayan.






SAAT TIBA di stesen bas, mak dan ayah sudah menunggu. Untung saja mak dan ayah mertuanya baru tiba. Jadi tidak terlalu lama menunggu. Kalau tidak, habislah Emir kena bebel dengan Hanan nanti.

"Maafkan Emir mak, ayah. Emir lambat datang ambil mak dan ayah," ujar Emir. Rasa bersalah juga kerana membiarkan mak dah ayah mertuanya menunggu.

"Tak apalah. Mak yang patut minta maaf sebab susahkan kamu,"

"Papa lambat sebab tengah beromantik dengan mama, Nek. Puas kami bertiga tunggu tadi," ujar Eriq Haiyan membuatkan Emir menjegilkan matanya. Anaknya langsung tak boleh simpan rahsia.

Eiman dan Hanim mengangguk setuju dengan Eriq. Lama jugalah mereka bertiga tunggu diruang tamu tadi. Papanya langsung tak muncul-muncul.

"Hmm patutlah. Nasib baik datang juga ambil Atuk dengan Nenek. Kalau tidak, puaslah kami menunggu." Ayah pula menyambung. Saja nak mengusik Emir.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now