Special Chapter 4(Puasa+Raya Edition)

1K 54 6
                                    

Emir meraba ruang kosong disebelah. Rasanya lepas subuh tadi, dia dan Hanan sama-sama terlelap. Nampaknya Hanan bangun lebih awal dari dia. Tapi ke mana pula Hanan pergi? Dengan mata yang masih berat, dia bangun dari katil. Bilik air pula dituju untuk dia cuci muka. Biar rasa segar sikit.

Usai cuci muka, dia menuju ke bilik anak-anaknya. Kebiasaannya, Hanan ke bilik anak mereka. Bilik Eriq dia tuju. Buka saja pintu, terlihat Eriq sedang bermain bersama Eiman.

"Eriq, mama mana?" soal Emir pada anak sulungnya.

"Mama? Entah. Eriq tak nampak lagi mama hari ni," jawab Eriq. Kemudian sambung semula bermain dengan Eiman.

Eriq mengangguk kemudian dia tutup semula pintu bilik itu. Bilik Haura pula dituju. Hanan sering juga tidur bersama Haura. Mungkin Hanan ada disana. Dengan yakin, Emir melangkah menuju ke bilik tidur Haura. Namun hampa. Hanan tiada juga disitu.

Kepala sudah pusing. Kenapa pula Hanan menghilang? Dia cukup risau bila Hanan menghilangkan diri tanpa pengetahuannya. Dia risau Hanan akan tinggalkan dia.

"Hanan..." senyap. Tiada sahutan dari Hanan.

"Hanan Auliya!" Makin kuat suara Emir memanggil isterinya. Dari tingkat atas sampai ke tingkat bawah dia mencari Hanan.

"Papa cari mama?" soal Hanim yang baru muncul.

"Ya, papa cari mama. Hanim ada nampak mama tak? Dari tadi papa cari,"

"Tadi Hanim nampak mama pergi dapur. Papa cubalah cari papa dekat sana," kata Hanim membuatkan Emir kerutkan kening.

"Dapur? Mama buat apa?" soal Emir pada anaknya.

Hanim jongketkan bahu tanda dia tak tahu. Dia cuma nampak mama dia ke dapur. Tak tahu pula mama dia buat apa dekat dapur tu.

"Hanim naik atas dulu ya, papa?" Emir mengangguk sebelum Hanim meneruskan langkah menuju ke biliknya.

Kening Emir berkerut. Masih memikirkan apa yang Hanan buat didapur. Nak kata memasak untuk berbuka. Awal sangat ni. Zuhur pun belum masuk waktu. Kakinya segera di atur menuju ke dapur. Rasa rindu bila Hanan tiada depan mata. Sambil tersenyum-senyum Emir berjalan ke dapur. Alang-alang tu, dia nak buat Hanan terkejut. Tiba saja didapur...

"Hanan Auliya!" bergema satu rumah dengan jeritan Emir. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Hanan terus berpaling ke arah suara tu. Terlepas ayam goreng dari mulutnya. Alamak, kantoi!!

"Hanan buat apa ni? Kenapa makan ayam goreng tu? Hanan tak puasa? Hanan ponteng puasa ke?" Bertubi-bertubi soalan yang disoal Emir. Dia mahu buat Hanan terkejut. Tapi dia pula yang terkejut.

"Heheh tak. Hanan uzur," jawab Hanan sambil tersengih menayangkan gigi. Dia sambung makan semula ayam goreng tadi.

"Bila masa sayang uzur ni?"

"Baru tadi," jawab Hanan.

"Ya Allah, Hanan. Macam budak kecil perangainya. Kalau anak-anak nampak macam mana?"

"Sebab anak-anak tak adalah yang Hanan makan ni. Tapi kalau Eriq dengan Hanim dah faham. Yang susah sikit nak faham tu, Haura. Mesti banyak tanya nanti kalau dia nampak Hanan,"

Tergeleng kepala Emir melihat Hanan yang selamba makan ayam goreng. Nasib baik dia sudah biasa dengan perangai Hanan. Makin lama dia kahwin dengan Hanan, makin jelas perangai tak matang Hanan. Tapi itu yang membuatkan dia semakin sayangkan isterinya. Comel.

"Abang jadi ke tidak nak pergi bayar zakat?" soal Hanan.

"Jadi. Tapi kejap lagi abang pergilah. Ingat nak ajak Hanan. Tapi Hanan pula, tengah sedap makan ayam goreng."

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now