" Penipu. Sekali lagi aku tanya, apa kau buat dalam bilik aku? " nada tenang Haruto lebih menakutkan kini berbanding jika lelaki ini menjerit memakinya.

Dan tamparan yang dia terima membuatkan sudut bibir Hana berdarah.

" Saya nak tahu apa kat dalam. "

" Maksud kau? "

" Saya dah tahu siapa Atsuko dalam hati awak. "

Haruto mengangkat sebelah keningnya sebelum dia tertawa kuat. Haruto tertawa terbahak-bahak.

" Aku tahu semalam kau dah masuk bilik tu. Aku tak bodoh Hana. Aku nampak susunan barang aku dah berubah. "

Haruto mengetap rahangnya. Lantas tangannya dikepal.

PANG!

PANG!

PANG!

Dush!

Hana jatuh terduduk saat dirinya menerima 3 tamparan sekaligus. Gadis itu mengerang kesakitan dan perlahan dia merasakan perutnya juga sakit.

" Har—Haruto.. ingat anak kita... " pujuk Hana cuba menenangkan Haruto yang seakan mahu menggila.

" Tu anak aku dan Atsuko, Hana. Bukan anak kita. "

Haruto bertindak pantas mengendong Hana. Meronta si gadis dalam dukungan Haruto kerana dia tahu kemana dia akan dibawa. Namun segalanya tidak diendahkan Haruto.

Lelaki ini mencengkam kuat tubuh Hana sebelum satu bilik dibuka lantas tubuh Hana dicampak kuat. Mengaduh si gadis saat punggungnya menghempas lantai. Dapat juga dia rasakan perutnya berkelodak.

Dan Hana dapat lihat pemuda Jepun ini mengambil rantai besi dan bertindak mengunci kakinya sekali lagi. Hana pasrah dalam diam. Air mata yang bercucuran laju hanya dihiraukan.

" Aku tak nak kau kacau aku bunuh pembunuh isteri aku. Aku tahu apa plan kau Hana, aku tahu. Jadi aku nak kau mereput dalam ni, sebelum kau lahirkan anak aku lusa. Atsuko berhak lahir ke dunia. Tapi kau...."

Dan jari telunjuk Haruto ditala ke dahi Hana lantas ditunjal berulang kali.

" Kau layak mati Hana. "

———————————

" YOSHI ! "

Dush!

Tertoleh kepala Yoshi kesisi saat Junkyu datang dan menyerangnya. Satu tumbukan kuat dilemparkan menyebabkan bibir sisi Yoshi berdarah.

" WOI KAU KENAPA NI JUNKYU?! " teriak Yoshi. Tidak percaya dia menerima tumbukan secara tiba-tiba. Jihoon disisi juga nampak kaget. Pegawai polis yang lain didalam balai juga cuba menenangkan Junkyu yang menggila.

" Aku ingat kita kawan, Yoshi. Rupanya kau lah musuh dalam selimut. Kau sanggup plan dengan Haruto untuk bunuh isteri aku? "

Yoshi terkesima. Matanya bergetar sebelum dia menggeleng laju.

" Apa kau merepek ni? Aku? Aku? Seorang pegawai polis nak buat kerja tu? Kalau kau dah stres dengan Angeline jangan lah nak lepaskan kat aku! " teriak Yoshi.

Junkyu mengetap rahangnya. Tangan dikepal, nyaris dia mahu melepaskan tumbukan sekali lagi.

" Aku ada bukti kau yang rancang nak bunuh isteri aku. Hana dah beri segalanya. "

" Hana? Dia kan dah kena buang kerja sebab masalah displin! Dan kau masih nak percaya dia tu? " Jihoon mencelah. Kali ini jelas lelaki ini menyebelahi Yoshi.

" Jihoon, kita dah kawan lama kan? Kau kena percaya aku, Ji. Yoshi ni sebenarnya sepupu Haruto! Dia dah rancang nak bunuh Angeline! " rayu Junkyu. Jihoon yang sedang menahan tubuh Yoshi mengangkat keningnya.

" Aku tak pernah suka isteri kau, Kyu. Aku lebih sebelahkan Yoshi kali ni sebab aku percaya Hana dan Angeline yang sebarkan fitnah sebab dia tak suka aku dan Yoshi kan?! " Jihoon membantah.

Junkyu terpana. Dia tidak sangka dua sahabatnya tidak berpihak kepadanya.

" Sanggup kau buat aku macam ni, Ji... Sanggup kau percaya orang luar berbanding sahabat kau sendiri. "

Dan kata-kata Junkyu hanya dianggap angin lalu. Junkyu mengetap bibirnya.

Jihoon dan Yoshi, keduanya pengkhianat.

Sebelum kelibat Mejar Shin menghampiri. Orang tua tegas itu memandang Junkyu dengan tajam sebelum nafas kasar dihela.

" Menyerang seseorang tanpa motif itu jenayah kan, Inspektor Kim Junkyu? "

Junkyu tersentak. Dia memandang Mejar Shin dengan lama.

" Tu—tuan? "

" Penjarakan Kim Junkyu selama dua hari disini. Dia berhak tahu apa kesalahan dia. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now