EDISI RAMADHAN II

Začít od začátku
                                    

Hafiy jelir lidah. Baru saja dia nak goyangkan pinggang, satu suara garau kedengaran dari arah tangga.

" Hafiy Danish Grey bin Huzhaid Grey. "

Sekelip mata Hafiy duduk secara sopan di atas sofa. Betul-betul sebelah Hadif. Kecut perut dia dengar suara Hifzan.

Melihat pandangan tajam daripada Hifzan, semua naik ke atas untuk bersiap. Malam ini mereka ada majlis berbuka yang bakal dihadiri keluarga belah Puan Dairisya.

- the story started -

credit : slma_zhra

Malam ini, di mana Keluarga Kelabu itu mengadakan majlis berbuka puasa di rumah agam mereka. Ramai tetamu yang hadir malam itu. Tetamu yang datang kebanyakannya adalah saudara-mara mereka sendiri. Pada ketika ini, mereka baru sahaja selesai menunaikan solat isya' beramai-ramai yang telah diimamkan oleh Habib Dhani.

Beria-ia Hadif, Hafiy dan Helena mengatakan bahawa mereka akan melaksanakan cukup 20 rakaat solat tarawih.

Belum sempat Hifzan ingin melafazkan selawat tarawih, Hafiy sudah bangun dari saf.

" Nak pergi tandas tau, " katanya kepada abang keduanya. Heidi hanya membiarkan. Asalkan budak tu datang balik untuk mengerjakan solat tarawih. Namun lepas beberapa minit, batang hidung Hafiy pun dia sudah tak nampak. Mana budak ni? Buang air besar kut.

Hifzan melafazkan selawat tarawih dan disambut oleh makmum-makmum yang lain. Sekarang Imam Habib dah bangun dan sudah bersedia untuk melaksanakan solat tarawih. Makmum-makmum di belakangnya turut bangun mendirikan saf.

Habib mengangkat takbir. Begitu juga yang lain.

Sebelum Heidi mengangkat takbir, matanya memandang ke arah sesuatu tempat. Masih belum lagi muncul lagi si Hafiy tu. Mungkin betul kut yang dia pergi membuang air besar. Tanpa melengahkan masa, dia turut mengangkat takbir.





Habib memberi salam pertama dalam solat tarawih. Dua rakaat telah selesai. Sekarang, Hadif pula yang bangun dari duduknya, dipandangnya si Heidi.

"Aku pergi tandas jap," Heidi hanya mengangguk. Ingin dia pesan kepada Hadif jikalau dia ternampak Hafiy suruh dia kembali masuk ke dalam saf, tapi kaki Hadif lebih laju meninggalkan ruang solat itu.

Ini sudah masuk hari ketiga Hafiy tidak menyertai mereka mengerjakan solat tarawih. Tidak patut dicontohi.





Hadif menghayunkan kaki ke arah dapur. Tangan mencapai gelas yang berada di tepi singki dapurnya itu. Diisinya dengan air sunquick oren. Lalu, dihabiskan dengan hanya beberapa teguk sahaja. Dahaga betul tu.

Matanya pula tertancap ke arah makanan-makanan yang masih banyak berada di atas meja makan. Perut memberikan isyarat untuk memenuhkannya semula. Hadif mula berfikir.

"Aku dah solat 2 rakaat. Kira cukup la juga tu, kan?" mulut melepaskan sengih. Tangan pula sudah mengambil pinggan dan mula mengisinya dengan nasi dan lauk-pauk yang ada.






Sekali lagi Habib mengangkat takbir. Heidi melihat sekeliling. Lah... Hadif pula yang hilang. Kepalanya digelengkan. Kini, kedua-dua belah sisinya tiada orang. Dia merapatkan saf disebelah Hifzan. Yang lain juga membetulkan saf mereka agar tiada ruang yang terdapat di antara mereka.

Hifzan pandang Heidi, dilihat pula ke arah kiri dan kanan Heidi.

"Mana Hadif ngan Hafiy?" soalnya setelah perasan dua daripada adik-adiknya itu sudah hilang.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Kde žijí příběhy. Začni objevovat