" Aku nak kita sama-sama jaga anak kita ni. Okay Hana? "

" Ta—tapi... "

"Aku sedar aku jahat dulu Hana. Tapi kali ni aku nak kita sama-sama jaga dia okay? Kita sama-sama jaga Atsuko. "

" Atsuko? " Hana berkerut, lantas mengundang tawa Haruto.

" Aku perasan kau hilang seri sejak pregnant. Aku rasa tu mungkin anak perempuan, sebab seri mama dia semua baby dah ambil. " tawa Haruto. Hana memuncung lantas mengusap perut.

" Aish anak mama ni dah ambil seri mama ya? Habislah mama tak cantik. " bebel Hana.

Dengan perlahan, Haruto mengelus lembut perut Hana juga. Senyuman tidak lekang di bibir lelaki ini.

Seperti mensyukuri apa yang dia saksikan kini.

" Walaupun mama tak cantik, papa tetap sayang.. "

————————

Angeline menghembus nafas lembut.

Semalam dia sudah pun membawa permohonan ini ke mahkamah, dan diluluskan. Mungkin mengambil masa seminggu untuk diselesaikan sebelum syarikat itu sepenuhnya hak milik dirinya.

Semuanya berlalu dengan singkat, berkat bantuan Junkyu.

Lelaki itu sabar ada dengannya. Disisinya saat susah dan saat bahkan membantunya naik turun mahkamah.

Kini dia hanya perlu menunggu keputusan mahkamah untuk membenarkan syarikat itu jatuh miliknya.

Dapat Angeline lihat betapa kecewanya wajah papa dan mama tirinya. Yelah semua kekayaan kini jatuh ke tangan orang lain.

Angeline jenis tidak berdendam, namun dia ingat apa yang orang lakukan padanya. Kalaulah papa berbuat baik padanya, pasti Angeline tidak terfikir ingin menidakkan hak papa dalam urusan syarikat ini.

Namun papa jahat. Kerana itulah Angeline berfikir biarlah papa hidup sendiri bersama isteri barunya tanpa sebarang harta.

Kerana ini semua hasil titik peluh mama yang tak layak papa dapat.

Dan kini, hari yang indah bagi Angeline dan Junkyu.

Hari ini mereka bakal menikah.

Walaupun tanpa kehadiran papa Angeline, dia masih bahagia. Dan walaupun dia tahu Junkyu anak yatim, gadis ini pasti majlis ini akan berakhir bahagia.

Cukuplah ada Jihoon, Yoshi, dan beberapa kenalan yang dia kenal.

Terutamanya Woojin yang disisinya sejak dulu.

Angeline mengelus lembut rambut Woojin yang masuk kedalam bilik persalinannya. Kini hanya ada Angeline seorang menunggu masa tuan paderi tiba dan menikahkan mereka.

Woojin tersenyum lebar.

Kerana nyatanya hari ini ialah hari terakhir Woojin di sini. Menyaksikan mamanya bernikah dengan papa cukup menyejukkan hatinya. Syukurlah dia mengubah takdir.

Dan tanpa disangka, Hana dan Haruto kini sudah berbaik.

Atsuko juga terkejut saat menyaksikan mama dan papanya tidak bergaduh bahkan seperti pasangan kekasih.

Sekaligus mematikan andaian Atsuko ingin membunuh Hana.

Atsuko juga turut hadir ke majlis perkahwinan Junkyu dan Angeline. Dia juga turut tumpang gembira dengan Woojin.

" Terima kasih tau Woojin selalu sokong akak dengan Abang Kyu. " kata Angeline. Woojin tersenyum.

" Semoga berbahagia dengan abang Kyu, kak. Woojin doakan akak bahagia dan dapat anak handsome! " sengih Woojin. Angeline tertawa.

"Handsome je? Cantik taknak? "

" Cantik juga kak. Tapi bagi handsome lebih. "

Angeline tertawa. Bersama Woojin juga yang turut tersenyum.

Syukurlah Ya Tuhan. Akhirnya mama papanya bahagia.

Sebelum pintu diketuk, menyaksikan ada yang menyuruh Angeline untuk keluar kerana paderi sudah tiba.

Menyaksikan harini Kim Junkyu akan disatukan dengan Kim Angeline Tan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia.

" Sudikah kamu menerima Kim Angeline sebagai isteri kamu? "

" Saya sudi. "

" Sudikah kamu menerima Kim Junkyu sebagai suami kamu? "

" Saya sudi. "

"Kalian kini pasangan suami dan isteri. You may kiss your bride. "

Syukurlah.

Bahagiakanlah Junkyu dan Angeline.

Mereka berdua layak mengetahui apa itu kebahagiaan.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now