"Y-ye ye mummy! Tahan Humaira! Abang bawa ke hospital sekarang juga!" Emir langsung mencempung tubuh isterinya. Emir lemparkan pandangan pada anak bujangnya.

"Yayad! Yayad stay sini okay? Duduk dengan pak su! Daddy nak sambut adik Yayad!" ujar Emir kepada anak bujangnya yang kelihatan ingin menangis. Mungkin sedih kerana melihat mummy nya kesakitan. Yayad... Ketahuilah! Daddy lebih sakit sebab mummy pegang tangan daddy macam nak putus!

Eiyad mengangguk sayu. Dia memandang pemergian mummy dan daddy nya dengan pandangan sayu dan mata yang berkaca. Sampai hati mummy dan daddy tinggal Yayad...

"Hei Yayad! Strong boy mana boleh cry." Adam mengambil alih tugas. Tubuh Eiyad di dukung. Pipi gebu itu dicium.

"Mummy sakit ke?" soal Eiyad polos. Dia melilitkan tangannya di leher Adam. Adam tersenyum kecil.

"Mummy Yayad kan kuat! Kalau Yayad tak nak mummy sakit, Yayad kena doa pada Allah supaya hilangkan sakit mummy dan mudahkan urusan mummy untuk bersalin."

"Bercalin?"

"Yep! Bersalinkan adik Yayad yang ada dalam perut mummy. Nanti kalau mummy dah bersalin, Yayad boleh tengok adik!" ujar Adam dan tersenyum kecil. Akhirnya Adam berjaya membuat Eiyad tersenyum.

Qaylisha ikut senyum melihat Adam begitu pandai memujuk budak kecil. Tutur kata Adam sangat lembut apabila memujuk atau pun bercakap dengan budak kecil.

"EMYRA LUTHFIA. Princess daddy. Welcome to this world, princess," sapa Emir lembut kepada anak perempuannya yang baru sahaja selamat melahirkan. Bibir Emir tidak berhenti menguntum senyum melihat wajah bayi comel itu. Senyuman itu melebar sehinggakan lesung pipitnya terlihat.

Nadine tersenyum nipis melihat pemandangan itu. Emir mengucup lembut dahi Emyra dan mengalunkan iqamat tepat di telinga Emyra.

Air mata Nadine gugur mendengar suara iqamat Emir yang amat merdu. Terasa segala kesakitan hilang melihat Emir dan Emyra yang berada di dukungan Emir.

Usai iqamat kepada bayi yang baru sahaja dilahirkan, pintu wad dirempuh oleh seorang budak kecil. Sudah semestinya, Eiyad Luhaidan.

Eiyad berkeras pada Adam supaya menghantarnya ke hospital kerana dia mahu lihat adik perempuannya dan juga mahu lihat keadaan mummy nya. Adakah mummy nya baik-baik saja setelah melahirkan?

"Mummy! Are you okay?" Eiyad meluru ke arah Nadine. Dengan susah payah dia panjat ke atas kerusi kerana mahu melihat keadaan mummy nya. Sampai hati adik buat mummy sakit!

"I'm okay sayang... Eiyad datang dengan siapa ini hm?" soal Nadine dan mengusap rambut Eiyad. Sekarang ini Eiyad secara rasminya menjadi abang kepada Emyra Luthfia.

"Dengan pak cu!"

"Habis itu mana pak cu?" Emir menyampuk secara tiba-tiba. Dia melangkah ke arah isteri dan anaknya yang berada di katil. Emir cuba mencari sosok Adam namun kosong. Eiyad sahaja yang masuk ke dalam wad ini.

"Pak cu dah balik. Dia kata dia yindu mak cu sebab itu dia suruh Yayad macuk corang-corang," jawab Eiyad polos. Emir berdecit. Ditinggalnya anak aku seorang diri masuk dalam ini. Esok aku jumpa kau memang aku headlock kau!

"Daddy... Yayad nak tengok adik!" pinta Eiyad dan tersengih.

"Come." Emir labuhkan punggung di atas kerusi selepas Eiyad bangkit dari kerusi. Selepas itu Eiyad naik semula ke atas kerusi dan duduk di atas riba Emir. Wajah Emyra yang sedang tidur itu dipandang dengan begitu teruja! Cantik dan comelnya adik dia!














SENYUMAN Adam mati usai melihat sekeping gambar yang ada di tangan Qaylisha. Adam melangkah masuk ke dalam bilik dan mendekati Qaylisha yang sedang duduk di birai katil sambil merenung sekeping gambar. Gambar yang cukup dia kenal. Adam langsung melabuhkan punggung di sebelah Qaylisha dan saat itu juga mata mereka bertembung.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now