Besi karat itu akan perlahan menghakis dan menyiksa kulit si gadis.

Kebahagiaan Watanabe Haruto.

" Hey. " panggil suara garau itu. Kaki itu menyepak perlahan tubuh sang gadis yang ketiduran sambil memeluk tubuh.

Sebelum gadis itu terjaga dan mata itu bergetar memandang Haruto. Bibirnya juga menggigil.

" Asal kau tak nak makan, Hana? "

Hana. Gadis yang dikurung itu ialah Kim Hana.

Hana ingin menangis melihat Haruto yang berdiri didepannya kini. Sungguh berlainan dengan Haruto yang dia kenali. Haruto yang menyayanginya dengan penuh kasih sayang.

" Eh sayang! "

GREP!

" Eh Haruto apa you buat ni? " kaget Hana sebaik sahaja Haruto mendukung tubuhnya. Wajahnya kini dirapatkan ke dada Haruto.

"Kaki cantik you tak layak nak berjalan kat tanah kotor ni sayang. " senyum Haruto pantas menggeselkan hidungnya ke hidung Hana.

Ah bahagia sungguh saat itu. Saat Haruto merupakan lelaki paling baik pernah dia kenali.

Saat hati Hana melupakan dan mencurangi Kim Junkyu.

Namun Haruto kini? Seperti malaikat maut yang boleh mencabut nyawanya bila-bila masa.

" HANA! "

Tersentak, Hana terdiam. Lamunannya terhenti sebaik sahaja Haruto menengkingnya.

Wajahnya menikus memandang Haruto yang seakan serigala kelaparan.

" Kenapa kau tak nak makan sayang? "

Haruto mengelus lembut wajah Hana. Senyuman lembut diberikan.

" Haruto... kenapa you buat I macam ni? " rayu Hana. Haruto yang pada mulanya tersenyum, berubah bengis.

PANG!

" SEBAB KAU! "

PANG!

" DAH ROSAKKAN! "

PANG!

"PLAN AKU! "

Terdiam, Hana kaku selepas pipinya ditampar 3 kali. Memerah meninggalkan bekas tamparan Haruto. Bibirnya juga pecah sehingga mengeluarkan darah menunjukkan betapa kuatnya tamparan Watanabe Haruto.

" SEBAB ANAK SIAL KAU NI, ROSAK PLAN AKU SEMUA! " teriak Haruto. Tanpa belas kasihan, dia menendang Hana berulang kali.

DUSH!

DUSH!

DUSH!

DUSH!

Hana mengaduh kesakitan namun tangannya masih memegang ampuh perutnya. Takkan dia biarkan manusia dajjal seperti Haruto membuatkan dia kehilangan anak.

Ya Tuhan, selamatkanlah anak ni...

Sebelum pandangannya menghitam.

Hana pengsan.

———————-

" Kejap Angeline. " balas Junkyu, perlahan meleraikan pelukannya. Dia mengambil pistol yang diselit dipinggang sebelum perlahan lelaki ini menapak kearah satu bilik yang dia yakini berkunci.

Namun bunyi itu datang daripada bilik ini.

Angeline hanya diam di posisinya, sedikit juga rasa gementar. Mungkin itu Haruto.

Cukup membuatkan Angeline trauma.

Dia mahukan hidup yang bahagia kini. Dia berdoa agar Haruto berhenti menganggunya.

Kerana Angeline lebih sukakan hidupnya kini.

" Hati-hati, Kyu. " pesan Angeline sebelum Junkyu menapak. Tangan kekar itu memegang tombol pintu ingin membuka rakus.

Sebelum...

KREEK!

" Jangan bergerak! "Teriak Junkyu kearah sosok tubuh yang membelakangnya didalam gelap.

Pantas jari Junkyu menekan suis lampu, dan persekitaran bilik itu terus terang-benderang. Segalanya kini cerah.

Dan Junkyu tersentak sebaik sahaja dapat mengenal pasti siapa lembaga itu. Ianya lelaki yang dia kenali.

" Yo bro, jangan tembak. Aku bukan penjenayah! " tangannya dinaikkan tinggi ke udara.

Tanda menyerah.

Junkyu mengeluh lantas menyimpan pistolnya pantas dia menghampiri.

" Apa kau buat dalam gelap ni, Yoshi? Aku ingatkan penjenayah! "

" Apa gila penjenayah nak rompak balai polis? " kerut Yoshi. Lantas senyuman berlabuh dan dia tertawa keras.

" Aku dah datang sebelum kau datang lagi. Tapi aku saja je taknak kacau korang sebab tu aku senyap je. Jangan risaulah aku bukannya penjenayah. "

Junkyu angguk, mengerti. Nafas kasar dihela. Hampir sahaja dia melepaskan tembakan tadi.

Kerana sekarang, keselamatan Angeline nombor 1 baginya.

" Eh Angeline! Buat apa kat sini? " ramah Yoshi. Angeline menunjukkan jarinya pada fail yang diselak olehnya sebentar tadi.

"Kami dalam proses nak dakwa mak ayah Angeline ke mahkamah. Maaflah Yoshi, aku ganggu kau ke? " soal Junkyu. Yoshi menggeleng laju.

Senyuman manis itu berlabuh dibibirnya.

" Jihoon mana? " Angeline mencelah. Yoshi terdiam sebelum dia mengangkat bahu.

" Tadi tak silap dia bawa Woojin balik. Kenapa? Woojin belum balik ke? "

Yoshi memandang pasangan itu. Sebelum...

Angeline dan Junkyu menggeleng.

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now