Ya untuk apa dia mengubah masa depan? Kerana...

Kerana Woojin benci keluarganya dimasa depan. Dia benci kenyataan mamanya banduan dan papanya pengecut.

Kerana itulah Woojin ingin ubah segalanya. Woojin dan Atsuko sama.

Kami benci keluarga kami.

Woojin mendiamkan diri. Atsuko menghela nafas kasar sebelum dia mendengus.

" Malaikat maut bawa aku ke masa selepas aku dilahirkan. Dia beri aku tengok sendiri apa jadi. "

" Uweeek! Uweeek! "

" HEY DIAMLAHH !! " teriak Hana. Rambutnya yang kusut masai beserta kantung bawah mata yang semakin menghitam.

Gadis ini menjerit kepada bayinya. Yang baru dia lahirkan seminggu lepas. Bayi perempuan yang sihat.

Watanabe Atsuko.

" Kau tu beban aku, kau tahu tak?! Kau tahu kenapa aku simpan kau? " pantas Hana mencekak pipi si bayi, membuatkan Atsuko menangis lebih kuat. Tangisannya bergema memenuhi bilik kecil ini.

" Kalau ikutkan dah lama aku bunuh kau! Tapi aku simpan kau sebab aku percaya Haruto akan sayang aku lebih! Tapi kau tahu apa jadi????!!! "

PANGGGG !!

Hana melempang pipi si bayi. Fikirannya seolah dirasuk. Tangisan bayi yang semakin menggila membuatkan fikirannya berkecamuk.

" Haruto letak nama kau sebagai nama bekas isteri dia! BEKAS ISTERI DIA, ATSUKO !! Dan sampai sekarang dia masih tak cintakan aku! Dia cuma kisahkan kau! HANYA KAU! Kau tu bawa malang dalam hidup aku! Sepatutnya kau mati je dulu! Sepatutnya aku ikut cakap Haruto untuk gugurkan kau bayi hodoh! "

Dan disisi, ada dua sosok halimunan yang memerhati. Ianya malaikat maut dan Atsuko yang berusia 17 tahun.

Perlahan, air mata Atsuko mengalir menyaksikan sendiri betapa bencinya mama kandungnya kepada dirinya. Betapa Hana membenci kehadirannya ke dunia.

Terdiam Woojin saat mendengar cerita Atsuko. Bibirnya terkunci seakan turut bersimpati. Kerana sekurangnya, mama tidak pernah membencinya. Angeline sangat menyayangi Woojin.

" Jadi aku minta kau jangan halang aku. Aku tahu apa aku buat kat keluarga aku. Dan kau Woojin... "

Jari telunjuk Atsuko dihala kepada Woojin. Matanya bernyalang seakan memberi lelaki ini amaran.

" Jaga jaga dengan kawan-kawan Junkyu. Jangan terlalu percaya.  "

—————————

Malam menjengah. Hanya Angeline dan Junkyu sahaja dipejabat, fokus membuat surat penyokongan mahkamah.

Angeline ingin membawa perkara ini ke mahkamah. Dia tahu keluarganya kini sedang mencarinya.

Dia tahu mereka pasti sedang naik angin kepadanya. Kerana itulah Angeline ingin membawa bukti surat penyerahan aset mama kepadanya dan bukti penderaan dan penganiayaan mama oleh papa dan isteri baharunya.

Akan Angeline pastikan mama tidak mati dengan sia-sia.

Oleh itu, mengikut prosedur, Angeline perlu membuat surat bantuan bukti penderaan itu. Kerana itulah bantuan Junkyu diperlukan memandangkan lelaki itu ialah pegawai polis. Kemudian, akan dia bawa surat sokongan itu ke mahkamah esok.

Namun, jam sudah mencecah angka 2 pagi. Dan ketika ini, dapat Angeline lihat Junkyu sudah pun separa ngantuk.

Sebelum akhirnya lelaki itu terlena.

Angeline tersenyum manis. Memandang wajah kacak Junkyu yang tertidur itu. Sungguh Ya Tuhan dia bersyukur kerana mengurniakan Kim Junkyu kepadanya.

Kerana lelaki ini lebih daripada kata sempurna.

Lelaki ini lah pelengkap jantungnya.

Angeline kembali menaip surat sokongan. Hanya beberapa ayat yang diperlukan sebelum surat itu akan dicetak. Angeline hanya mahukan hidup yang tenang sebelum mengahwini Junkyu kelak.

Dia mahu hidupnya lebih bahagia bersama suami dan anak-anak disisi.

45 minit menghadap, akhirnya surat itu sudah pun siap. Angeline pantas menekan butang ' print ' sebelum mesin pencetak perlahan memuntahkan surat sokongan yang berjaya dia siapkan.

Dan bunyi mesin itu mengganggu tidur Junkyu.

" Hmm sekarang pukul berapa? " Junkyu mengenyit matanya, memandang Angeline yang cuba mencetak surat.

" 2.45 pagi. Kenapa awak? "

" 45 minit saya biar awak sendirian? Aish Angeline, kenapa tak kejut saya? " keluh Junkyu. Mengusap wajahnya sebelum pantas dia bangun menghampiri Angeline.

Tangannya yang bertindak membantu mencetak surat.

" Tak apa. Saya tahu awak penat. "

" Selagi orangnya awak, Angeline, saya takkan pernah penat. Jangan buat apa-apa sendirian dah, saya kan dah ada kat sini. Saya dah janji nak ada dengan awak susah dan senang, Angeline. " Junkyu mencebik. Angeline tertawa nipis.

" Awww baiknya. Terima kasih Kyu, saya hargai. Kalau macam tu, tolong saya print surat ni. "

Junkyu tersengih, memandang huluran surat yang dihulur Angeline. Sebelum...

Zap!

Tersentak, Angeline kaku.

" Kejap, bagi saya recharge tenaga. " tawa Junkyu, memeluk erat tubuh Angeline. Huluran surat yang Angeline beri tadi Junkyu abaikan lantas tangannya mendakap erat tubuh Angeline yang sungguh dia cintai.

" Janji ada dengan saya sampai bila-bila, Angeline. "
Bisik Junkyu. Dan dibalas dengan anggukan Angeline, lantas gadis ini mengeratkan pelukan.

Mereka berpelukan agak lama, sebelum Junkyu menyedari sesuatu.

" Shhh Angeline. "

" Eh kenapa? " soal si gadis sebaik sahaja Junkyu tidak mahu meleraikan pelukan, malah menyuruhnya untuk diam.

" Saya rasa ada orang lain kat sini. "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now