BAD[AR]: 26 (yeay update lagi hikhik)

77 12 8
                                    

Iffat masih ingat setiap siri peristiwa di mana Badrul sering dilebihkan dalam segala hal, hatta perkara tersebut berkaitan dirinya.  Hanya Badrul menjadi tumpuan, hanya Badrul menjadi keutamaan buat kedua orang tua mereka. Seolah-olah dia tak pernah wujud dalam keluarga itu.


𖣔𖣔𖣔


Malam itu, tidurnya terganggu disebabkan suhu badan yang tiba-tiba meninggi. Iffat langsung tak boleh tutup mata. Seluruh sendinya terasa sakit dan sengal-sengal. Kepalanya pula sudah terasa berat bagaikan hendak pecah. Akibat tak tahan menanggung sakit, akhirnya nama Badrul diseru. 

"Bad..." Diam. Masih belum bersambut.

Iffat telan air liur. Perit di tekak menyukarkannya untuk melontarkan suara dengan jelas.

Dari ekor mata, Iffat dapat melihat Badrul yang masih diulit lena. Mereka tidur sebilik, cuma berlainan katil. Masing-masing mempunyai meja belajar dan ruang sendiri. Hanya dipisahkan beberapa kaki dengan tirai langsir sebagai privasi. 

"Bad... Badrul!" Suaranya dikuatkan. Berharap Badrul terjaga.

Terpisat-pisat mata Badrul tatkala dikejutkan dari lena. Dalam samar cahaya, dia melangkah mendekati katil Iffat. 

"Kenapa ni?" soalnya sambil sebelah tangan menutup mulut yang terbuka luas menahan kantuk.

Soalan Badrul tidak dijawab. Hanya air mata lesu sebagai jawapan. Iffat tak tahan lagi. Seluruh badannya tak berdaya dan kepalanya terasa sangat berat. Ditambah pula dengan rasa panas di seluruh tubuh saat ini.

Melihatkan Iffat yang masih membisu, Badrul mendaratkan belakang tangannya di dahi si adik. Dadanya lantas berdegup kencang.

"Badan kau panas sangat ni Fat! Aku panggil Mummy dan Daddy kejap." Badrul bingkas meninggalkan Iffat. Tak lama kemudian, telinga Iffat menangkap pintu biliknya dibuka dari luar. 

Riak wajah Encik Bakhtiar begitu risau saat ini menantikan panggilan telefon bersambung dengan pihak ambulans. Sesekali matanya memerhatikan Iffat, bimbang akan segala kemungkinan buruk. Puan Heliza pula sudah membawa Iffat ke dalam pelukan erat bersama ciuman hangat tak lepas dilabuhkan di dahi anaknya. Hati Iffat serta-merta terasa sayu. Sudah lama dia tidak diperlakukan begini tatkala semua tumpuan berpihak padanya. 

Adakah dia berpeluang merasai semua ini hanya ketika sakit? Iffat sendiri tak pasti.

Tak lama kemudian, Iffat sudah tidak sedarkan diri. Dalam pelukan si ibu. 

---

Kelopak matanya cuba untuk dibuka perlahan-lahan sesuai dengan keamatan cahaya. Bauan ubat-ubatan yang menusuk hidung lantas mengingatkan keberadaannya saat ini. Dia di hospital. 

Iffat tarik nafas dalam. Pandangannya melewati ke sekeliling bilik. Hanya seorang yang turut berada dengannya di dalam bilik ini. Pak Yatt, pemandu peribadi keluarga mereka. 

Pak Yatt bingkas bangun daripada duduk tatkala perasan yang tuan mudanya telah sedar. 

"Iffat nak apa-apa ke? Pak Yatt belikan." Lelaki itu menawarkan diri.

"Air. Nak air." Itu jawapan Iffat. Tekak dia betul-betul kering sekarang.

Pak Yatt mencapai cawan plastik di atas meja kecil bersebelahan katil. Cawan itu kemudian disua perlahan-lahan ke mulut Iffat. Penuh hati-hati tanpa tumpah sedikit pun.

Setelah selesai, Iffat membuka mulut bertanyakan soalan. 

"Mummy dan Daddy mana?" 

Lelaki lebih kurang separuh abad itu terdiam. Wajahnya juga kelihatan serba-salah hendak menjawab. Iffat menanti penuh sabar. 

"Tuan dan Puan... teman Badrul. Badrul pun dimasukkan ke dalam wad semalam," ujarnya dengan nada rendah. 

Kali ini Iffat yang kehilangan kata. Apa yang dia tahu, hatinya yang baru membaik kian hancur. Lebih hancur daripada sebelumnya. 

"Tak apa, Pak Yatt ada temankan Iffat kat sini. Tuan dan Puan kata petang nanti mereka datang melawat." Pak Yatt cuba menyedapkan hati Iffat. Bukan dia tak tahu, remaja lelaki itu sedang terluka.

"Kau boleh keluar sekarang. Aku tak perlukan sesiapa." Tegas permintaan tersebut keluar daripada mulut Iffat. Riak wajahnya kosong menatap muka pintu. Sebagai isyarat yang dia betul-betul memaksudkannya. 

Lambat-lambat Pak Yatt menurut jua untuk pergi. Berbelah bagi juga sebenarnya hendak meninggalkan Iffat sendirian kerana dia telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga Iffat sepanjang hari ini. Namun apakan daya, Pak Yatt sendiri tiada kuasa hendak membantah.

Sebelum selak pintu tertutup rapat sepenuhnya, sempat telinganya menangkap bunyi sesuatu. Pak Yatt mengeluh berat. Sayup-sayup esakan Iffat kedengaran. Tuan mudanya menangis. Ya, Iffat menangis. 






Hai! Another chapter here. 

Salam 10 Ramadan terakhir. Moga segala amal ibadah kita diterima Allah 😉❤






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAD[AR]Where stories live. Discover now