0 5

45 11 1
                                    

         BUNYI riuh suara menarik perhatian Iman yang berada di dapur

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

         BUNYI riuh suara menarik perhatian Iman yang berada di dapur. Takkan suara Atilia pula seriuh itu. Bunyi macam suara ramai orang.

Atilia buka TV ke?

Hesy, Atilia ni memanglah. Suka langgar peraturan. Bos mereka dah banyak kali pesan jangan usik harta benda pelanggan. Mereka datang bekerja, bukannya nak berhibur.

“Iman...” Atilia masuk ke dapur.

“Kau buka TV ke?”

“Mana ada. Tuan rumah dah sampai la.” Sedap saja Iman tuduh dia.

Tak ada masa dia nak tonton TV. Dia pun kalau boleh nak siapkan kerja cepat dan balik berehat.

Petang ini jadual dia dan Iman sama-sama kosong. Jadi, nanti bolehlah mereka terus balik asrama.

Lagi pula perut dia dah berkeroncong. Pagi tadi dia sarapan ringan saja. Tak sempat nak beli nasi lemak. Nasi lemak mak cik yang dia suka sangat tu dah habis masa mereka singgah di gerai itu dengan Abang Din. Tinggal mi dengan mihun goreng saja.

Yang si Iman ni tak lapar ke? Santai sungguh muka. Makan dah la tak pernah banyak. Sarapan pagi pun tak. Cukup ke air kosong yang Iman bawa ke hulu ke hilir tu?

“Hah, dah sampai? Cepatnya. Kata pukul tiga.”

Sekarang baru pukul 1.30 tengah hari. Awal sejam setengah. Aduhai, ini yang dia malas. Bertembung dengan tuan rumah, lagi-lagi ramai orang.

Atilia jongket bahu. Dia dah jumpa tuan rumah. Boleh tahan segak orangnya. Tuan rumah datang dengan seluruh ahli keluarganya.

“Kau dah mop ke kat depan?”

“Dah, elok siap mop tadi dia orang sampai. Tapi kan…”

“Apa?”

Apa agaknya hal yang buat bola mata Atilia teruja dan bersinar nakal.

“Tuan rumah ni handsome ooo… Macam gini!” Atilia angkat ibu jari.

Iman memutar bola mata. Gatal nau anak dara Haji Sudin ni.

“Nasib baik aku jenis sedar diri. Kalau tak…”

“Dah. Tak payah nak berangan,” potong Iman cepat.

Buang masa berangan hal yang jelas-jelas orang seperti dia dan Atilia takkan dapat gapai.

Lebih baik berpijak di bumi yang nyata, hati pun tak sakit. Kalau jatuh pun, boleh bangun lagi.

“Tak bagi can la kau ni. Bagi la aku berangan macam cerita dalam novel kejap.”

“Kita datang nak kerja, bukan berangan.”

Lagi-lagi Iman patahkan khayalan Atilia. Kalah dia.

Tidak mahu memanjangkan hal itu, Atilia kembali kepada pekerjaan mereka.

TENTANG IMAN (SIRI HERO 1)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें