Dan disinilah mereka kini. Dalam kenderaan bersama memandu ke dewan yang disebut didalam berita sebentar tadi. Yoshi dan Jihoon duduk ditempat belakang, dan mereka giat membaca berita kerana majlis perkahwinan ini sudah mendapat liputan yang meluas.

" Kenapa tiba-tiba kahwin weh? " soal Yoshi. Junkyu yang sedang memandu hanya mengangkat bahu.

" Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, berita mama Angeline meninggal. Lepas tu terus kahwin macam ni. Agak-agak majlis start pukul berapa? " soal Junkyu, resah. Jihoon melihat berita yang baru dibaca sebelum dia menggigit lidah bawahnya.

" 2 petang ni. Lagi setengah jam weh. Sempat ke? " Jihoon menyoal. Yoshi juga menggaru kepalanya melihat keadaan lalu lintas yang sungguh sesak kini.

Bandaraya Seeoul dan kesesakan lalu lintas adalah wajib.

Dan kini mereka terperangkap didalamnya!

" Kyu, aku rasa kita tak sempat la—— SKREEEEKKKKK! Woi! " mata Jihoon membulat sebaik sahaja Junkyu membelok laju membelah jalan raya kelorong yang sempit. Keretanya dipandu laju, bagi memuatkannya masuk kedalam lorong itu.

Bergesel sedikit, tapi Junkyu tahu dia akan berjaya lepas.

PAM!

PAM!

PAM!

" Kau memang dah gila, Kyu. " geleng Yoshi. Sebelum Woojin tersenyum lebar.

" Inilah kuasa cinta. "Tutur Woojin, bangga.

Ya, dia bangga dengan ayahnya.

Bangga sangat.

——————————-

Junkyu hanya mwmarkirkan keretanya diluar majlis. Mata mereka berempat teguh memandang kedalam. Sepertinya majlis perkahwinan belum berlaku.

Jadi mereka berfikir bagaimana mahu mensabotaj majlis itu. Bagaimana?

" So plan korang apa? " soal Jihoon. Junkyu memggigit bibirnya sebelum dia tersenyum sinis.

" Kita kena culik Angeline. "

" Kau gila? " teriak Yoshi. Lain kes ni polis menculik!

" Tak apa, Yoshi. Biat kami bagi kau biasakan diri dengan cara Junkyu dan Jihoon bekerja. " tawa Jihoon. Woojin yang melihat, hanya tersenyum segaris.

" Kyu. " panggil Jihoon. Junkyu yang masih berfikir memandang sekilas.

" Yup? "

" Aku nak mi ta maaf tau. Pasa kes haritu. "

" Jangan buat kerja bodohlah, Junkyu! " marah Jihoon. Junkyu mendengus dan mengabaikan Jihoon.

" Kau tak pernah nak sokong aku kan, Ji? "

" Bukan aku tak sokong. Tapi kau ni dah melebih. Penjenayah macam Angeline kau nak bela. Kau dah hilang akal? "

" Aku sayangkan dia, Ji. Aku sayang dia sangat."

" Wooo, apa jadi dengan cinta hidup mati kau kat Hana? Mati macam tu je? "

" Hana dah lupakan aku, aku pun kena lupakan dia. "Tutur Junkyu, masih utuh mengemas peralatannya diatas meja. Waktu macam ni lah Jihoon ajak berbalah.

" Kau tahu kan, Kyu? Aku boleh dakwa kau sebab simpan penjenayah? "

" Angeline bukan penjenayah, Ji. "

"Dia tu penjenayah, Kyu! "

" SUDAHH!! Kalau kau rasa kehadiran kau kat sini untuk hina aku, jangan muncul dah depan aku, Ji. Aku bersumpah atas nama Tuhan, Kim Angeline ialah perempuan yang baik. "

" Kenapa kau datang bantu aku, Jihoon dengan Yoshi? " soal Junkyu, dingin. Junkyu juga tahu Yoshi juga sentiasa menyebelahkan Jihoon.

Kerana mencintai Angeline, dia kehilangan dua sahabatnya.

Dan Junkyu redha.

" Sebab kau masih kawan kitorang,Kyu. Masih orang yang kami anggap sahabat. Sebab tu lah kami ada untuk kau. " balas Yoshi.

" Dan aku harap kau maafkan kami, Kyu. "

Tersentak, Junkyu mengabaikan sebelum dia melihat dua figura yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Angeline dan Haruto.

Gadis itu kelihatan cantik dan ayu dalam busana perkahwinan itu. Cuma satu sahaja yang kurang.

Senyuman diwajah itu.

Wajah masam Angeline yang jelas menunjukkan gadis ini benci akan situasi kini.

" Abang, tengok tu! "Woojin pantas menundingkan jarinya.

Dia ternampak seorang gadis menapak kearah pasangan Angeline dan Haruto.

" Weh.. tu kan... "

" Tu Hana. "

——————-

Misi sudah dibahagi. Woojin dan Jihoon akan mengintip Hana yang sebentar tadi diseret oleh Haruto pergi. Manakala Yoshi dan Junkyu akan membawa Angeline pergi dengan sembunyi.

Dan Woojin harap mereka akan berjaya.

Woojin dan Jihoon bersembunyi disebalik batu, mengintip Haruto dan Hana yang seperti bertengkar. Telinga mereka cuma menangkap setiap bait yang dituturkan mereka.

" Kenapa you kat sini?! " marah Haruto. Tangannya mencengkam kuat pergelangan tangan Hana.

" Sakitlah! " teriak Hana, lantas menarik tangannya. Matanya juga mencerlung tajam memandang Haruto.

" I ask you again, Hana. Why you kat sini? "

" Why? Hey, why are you getting married with that woman?! "

" Problem ke bagi you?"

PANGGGGGG!!!

" Shit, Haruto! Jantan tak guna! Berani kau tinggalkan aku?! " teriak Hana. Air matanya turun membasahi pipi seperti air terjun. Gadis ini jelas terluka.

Selepas apa yang dia lakukan, beraninya Haruto meninggalkannya. Selepas semua yang dia korbankan.

Begitukah nilai dirinya dimata Haruto?

" HEY PEREMPUAN! " pantas Haruto mencekak pipi Hana. Dicengkam kuat sehingga meninggalkan rasa sakit dipipi Hana.

" Berani kau cari pasal dengan aku? KAU DAH GILA?! " tengking Haruto. Matanya membulat menahan amarah.

Berani sungguh perempuan murahan ini melempangnya!

" Ha—Haruto... uhuk! Uhuk! I'm.. "

" I'm pregnant... "

MY ANGELINE / KJKWhere stories live. Discover now