Bab 35

37 3 0
                                    

Demin POV

Di Istana Tissier,

Seekor beastman yang sedang menumpukan perhatiannya terhadap satu alat pelik yang masih di dalam percubaan tiba-tiba sahaja tersentak. Matanya membutang dan alat di tangannya tiba-tiba terjatuh.

"Twigs, ada masalah?" Soal Marena yang menyediakan alat tersebut untuk kegunaan Twigs.

"Ah? Tak ada apa-apa," balas Twigs yang merupakan seekor beastman.

"Hmm... Pahlawan cahaya tu dah balik. Menurut mereka prototaip yang sebelum tak dapat bertahan lama kalau ia dari jauh. Sememangnya alat yang dilekatkan pada tubuh lebih lama bertahan," ujar Marena.

"Hmm... Tentulah sebab alat yang sebelum ini cuma difokuskan pada sasaran. Prototaip ini pula menyerap semua mana di sekitar dan juga sasaran. Ia akan menyerap secara menyeluruh dan secara rawak. Hmm... Ia turut menyerap sekali penggunanya ke?" Terang Twigs dan menyoal semula.

"5% mana digunakan untuk mengaktifkannya. Aku harap kau dapat cipta kristal yang tak memberi kesan pada pengguna. Kau boleh buat?" Soal Marena.

"Hmm... Cik dah suruh mereka cuba membaling alat ni berdekatan dengan sasaran? Mungkin ia terus menggunakan mana daripada sasaran untuk aktif lantas terus dapat menyerap mana mereka. Kristal ni mampu menyerap 80% mana dari sasaran. Ia takkan dapat dikalahkan jika menggunakan lebih dari satu," ujar Twigs dengan senyuman sinis.

"Hmm... Ya, menurut mereka 80% cuma berkesan kepada makhluk liar seperti lich dan makhluk magis rimba. Tapi untuk makhluk humanoid seperti beastman dan manusia hanya dapat menyerap 40% daripada mana keseluruhan. Tuanku harap ia jauh lebih baik kalau berkesan sebelum mereka dapat gunakan magik mereka. Dari pemerhatian prototaip tu, ia turut terkesan pada pengguna. Ia bukan apa yang tuanku harapkan," terang Marena selamba.

"Oh... Begitu... Manusia sememangnya agak kuat ha?" ujar Twigs lalu memecahkan kristal yang dipegangnya dan meletakkan serpihan kristal yang berkecai ke dalam alat yang lain.

"Hmm... Pastikan kau ikut kehendak Tuanku. Kau dan kawan kau akan selamat. Mujur kau ada kelebihan ni Twigs. Kalau tak mungkin nasib kau sama macam 'beastman' yang lain. Hanya digunakan sebagai hamba. Tuanku mahu alat tu dapat digunakan dari jauh. Pastikan kau boleh buat dengan alatan yang aku dah sediakan," ujar Marena lantas keluar dari bengkel tersebut. Seorang diri, Twigs secara tiba-tiba mula tersenyum lebar.

"Sang Raja... Dah kembali," ujarnya dengan wajah memerah. Dia kelihatan lebih bersemangat serta mula bernyanyi seorang diri. Dia kemudiannya mengeluarkan satu alat yang seolah disorok dan memakainya membuatkan tubuhnya menjadi seperti manusia yang asli.

"Tiba masanya untuk kita bertemu Tuanku Izreth. Patik sentiasa menunggu kepulangan tuanku. Selepas ini, takkan ada sesiapa mampu menjatuhkan kita. Empayar kita bakal menjadi empayar paling digeruni lebih hebat dari sebelumnya. Kihkihkih," ujar Twigs dengan mata yang menggila.

.
.
.

Di Sczeir,

"Betul ke tuanku mahu berlatih dengan saya?" Soal Zeon seolah tidak percaya.

"Ya... Aku dengar dari Izreth kau mahir berlawan secara dekat," ujarku tenang. Zeon terus memandang Izreth dengan wajahnya jelas seperti tidak percaya dia dicadangkan oleh Izreth.

"Ada rancangan tersembunyi ke?" soal Zeon ragu sambil terus melihat Izreth.

"Tidak... Hanya latihan semata. Lagipun kau tak boleh menolak permintaan tuanku," ujar Izreth dengan senyuman sinis membuatkan Zeon semakin memandangnya dengan pandangan tidak percaya namun seperti yang dikatakan Izreth, dia tetap tidak boleh menolaknya. Permintaan dariku dianggap sebagai arahan yang mutlak.

DeadassWhere stories live. Discover now